Minat anak muda terhadap permainan video khususnya Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG) bukanlah baru. Malah dapat dilihat rata-rata tanpa mengira usia cukup leka bermain permainan video ini termasuklah di kalangan pelajar universiti.
Menyedari minat anak muda dalam permainan ini, pengendali syarikat telekomunikasi baru, Yoodo mengumumkan kejohanan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG Mobile) Campus Championship 2019 untuk pertama kalinya bagi pelajar-pelajar di universiti.
Permainan video PUBG mendapat sambutan hangat dari semua kalangan peminat tanpa mengira usia.
Menjalin kerjasama dengan Tencent Games dan ESL, kejohanan di peringkat universiti ini menjanjikan hadiah wang tunai sebanyak RM60,000 dan bertarung mendapatkan Chicken Dinner kepada lebih 6000 pelajar universiti dan juga kolej di seluruh Malaysia. Tidak hanya wang tunai sebanyak itu, pemenang akan menerima pelan telco percuma selama setahun dari Yoodo dan menerima jemputan terus ke Grand Final Kejohanan Kebangsaan PUBG Mobile (PMNC) 2020.
Ads
Ketua Yodoo,Chow Tuck Mun semasa sidang akhbar mengumumkan PUBG Mobile Campus Championship Malaysia 20196000 pelajar universiti dan kolej bakal bertarung merebut Chicken Dinner dan merebut hadiah wang tunai RM60,000.
Menurut Chow Tuck Mun yang juga ketua Yoodo, matlamat mereka dalam industri e-sukan ini adalah untuk menggilap dan mencari bakat-bakat baru tempatan. Ia satu permulaan untuk pencarian bakat di kalangan pelajar yang berbakat besar di peringkat akar umbi.
“Kami tahu terdapat ramai gamer yang berbakat dan bakat mereka perlu dicungkil. Kami sendiri tidak sabar menyertai kejohanan ini,”katanya memaklumkan PUBG Mobile Campus ini akan bermula pada 24 September dengan tujuh pusingan kelayakan di serata Malaysia. Kejohanan akhir akan diadakan pada 24 November 2019 akan datang.
Ads
Bagi menghangatkan lagi pertandingan ini, peminat PUBG Mobile boleh menyaksikan kejohanan ini di viewing parties yang diadakan dengan kerjasama universiti berkaitan dan pelajar-pelajar. Ada pelbagai aktiviti dilakukan termasuk promo kejohanan, barangan eksklusif dan pertarungan antara pemain professional selama 28 hari di 14 buah universiti terpilih.
Untuk info lanjut, layari www.facebook.com/yoodoesports ataupun laman rasmi www.yoodo.com.my/pmcc2019
Ads
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wow amazing. Bermula pagi tadi, 9 Mac, telefon bimbit terbaru, Honor 9 Lite sudah menemui pengguna.
Dijual pada harga RM749 untuk jualan tetapi bagi memberi kejutan kepada peminat jenama Huawei, harga atas jualan dibuka pada RM699 sahaja.
Menakjubkan, menurut jurucakap Shopee Mall, dalam tempoh 5 minit dibuka untuk jualan, kesemua telefon bimbit berkenaan sudah ditempah sekaligus membuatkan pihak Huawei menambah lagi 1000 buah telefon bimbit. Dan jika sekali lagi jika jualan ini “sold out” di media platform itu, banyak lagi Honor 9 Lite akan ditawarkan pada pembeli dengan harga jualan runtuh itu iaitu RM699 berbanding harga biasa RM749.
500 buah telefon bimbit Honor 9 Lite sold out dalam tempoh 5 minit sahaja pagi ini
Didatangkan dalam dua warna iaitu variasi Sapphire Blue dan Glacier Gray bagi yang gemar berswafoto, telefon bimbit ini pasti mengujakan.
Sementara itu, tiga hari sebelum pelancaran harga runtuh ini, pihak media menerima jemputan untuk merasaikan kelebihan honor 9 lite ini.
Jom baca apa yang best tentang telefon bimbit ini. Lagipun ada masa sebelum kesemuanya dimiliki orang lain.
Abadikan Kenangan Anda Secara HD (Definisi Tinggi) dengan Empat Kamera – Honor 9 Lite menampilkan kamera dua lensa 13MP+2MP di bahagian hadapan dan belakang, yang membolehkan pengguna mengambil gambar yang jelas dan cantik tanpa mengira masa, tempat dan teknik. Dengan ciri-ciri kecantikan yang telah dinaiktaraf dan boleh diubahsuai, serta kesan ‘bokeh’ setaraf standard perisian komputer, telefon pintar ini pasti menjadi peranti pilihan bagi penggemar swafoto.
Rekaan dan Paparan Yang Menawan – Direka dengan ciri-ciri yang cantik dan praktikal, honor 9 Lite menampilkan teknik pembuatan yang tiada tolok bandingan dari semua sudut. Telefon ini mempunyai skrin paparan tanpa ‘bezel’ FullView HD (Berdefinisi Tinggi) dan kemasan seakan-akan cermin dengan nisbah skrin-ke-badan yang tinggi, menjanjikan penggunanya rekaan yang mewah.
Berprestasi Tinggi – Telefon honor 9 Lite ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Kirin 659 dan dilengkapi dengan 3GB RAM dan ruangan storan 32GB (boleh ditambah sehingga 256GB). Ia turut dibina dengan bateri berkuasa 3,000mAh yang boleh menampung penggunaan harian.
Dari kiri : Deckson Lim, George Zhai Zhi Wei, Zhang Shu Bao, Ian Ho, Xiong Jun Min, Calvin Teng dan Vysia Yoong yang mewakili kerjasama ini
Dalam pada itu, Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan telah menandatangani usahasama rasmi dengan honor Malaysia untuk melancarkan telefon pintar honor 9 Lite yang akan dijual secara eksklusif di platform Shopee. Usahasama tersebut membolehkan kira-kira 9 juta pengguna Shopee di Malaysia untuk membeli telefon pintar 4-kamera tersebut pada harga istimewa sebanyak RM699 sahaja (Harga pasaran: RM749) untuk masa terhad pada 9 Mac 2018. honor merupakan jenama terbaharu yang menyertai Shopee Mall, portal membeli-belah dalam talian khas yang membariskan lebih daripada 400 jenama terkemuka dan pengedar sah yang menawarkan pengalaman membeli-belah yang premium kepada pengguna Shopee.
“Kami berbangga dapat bekerjasama dengan honor untuk pelancaran eksklusif honor 9 Lite ini. Sejak beberapa tahun lalu, kami menyaksikan pertumbuhan bilangan pengguna yang membeli produk elektronik secara dalam talian, khususnya telefon pintar. Kami gembira dapat bekerjasama dengan honor untuk menawarkan pelbagai lagi pilihan kepada pengguna kami,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. “Sejajar dengan rancangan 2018 kami, kami berazam untuk mengukuhkan lagi usahasama strategik dengan pelbagai jenama terkemuka dengan menjual produk mereka di platform kami. Sebagai pemain e-dagang utama di rantau ini, kami mahu membantu lebih banyak jenama meluaskan rangkaian dalam talian mereka dan mengembangkan lagi perniagaan mereka dengan pengkalan pengguna yang lebih besar”.
“Kami teruja bekerjasama dengan Shopee untuk memperkenalkan telefon 4-kamera pertama kami, honor 9 Lite untuk pasaran Malaysia. Sebagai jenama telefon pintar terkemuka global, kami dapat melihat potensi besar menerusi usahasama dengan Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Usahasama ini adalah titik tolak bagi kami dan kami pasti, masih banyak lagi lapangan yang boleh kami terokai bersama,” kata Zhao Zhiwei, Ketua honor Malaysia.
Zhao menambah, “honor menjanjikan kejutan yang mengujakan untuk peminat dan pengguna kami. Malaysia merupakan pasaran global pertama kami semasa pelancaran honor View10 Crush Red dan kini kami berbangga untuk memperkenalkan siri honor Lite buat pertama kali untuk pasaran tempatan – lazimnya kami melancarkan produk baharu di pasaran Eropah dan India. Dengan memperkenalkan honor 9 Lite di pasaran tempatan, kami percaya keputusan ini dapat mengukuhkan kedudukan dan komitmen kami di Malaysia. Honor 9 Lite akan menjadi teman setia peminat tegar swafoto dengan dua kamera hadapan”.
Bagi meraikan pelancaran ini, Shopee turut menganjurkan pertandingan swafoto di Instagram dari 12 hingga 31 Mac yang memberi peluang kepada peserta untuk memenangi telefon honor 9 Lite baharu ini. Pengguna Shopee hanya perlu memuat naik satu swafoto dengan rakan baik mereka di Instagram, letakkan keterangan yang menyatakan sebab mereka rasa rakan baik mereka adalah seorang yang cantik atau kacak, tag pada @shopee_my dengan tanda pagar #ShopeeXhonor. Dua pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi sebuah honor 9 Lite untuk mereka dan rakan mereka. Manakala 10 pemenang lain akan menerima hadiah berbentuk 10,000 syiling Shopee setiap seorang. Selain itu, dari 7 hingga 9 Mac, pengguna Shopee boleh bermain permainan Facebook Live untuk membuka kunci ‘Code of Honor’ yang menawarkan hadiah berupa sebuah honor 9 Lite setiap hari.
150 pembeli pertama honor 9 Lite akan menerima set solekan khas untuk swafoto dari Maybelline New York, peneraju dalam industri kosmetik global, bernilai RM50. Nantikan kejutan yang mengujakan daripada jenama solekan No 1 Malaysia yang diispirasikan daripada trend terhangat dari New York yang akan bekerjasama dengan honor pada sambutan ‘Hari honor’.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
‘Timeline’ korang di aplikasi Instagram baru-baru ini pastinya dihujani dengan hantaran wajah-wajah avatar kosmik dan adiwira.
Kesemua itu boleh disunting menggunakan aplikasi ‘photo editing’ bernama Lensa yang baru-baru ini memperkenalkan fungsi ‘Magic Avatar’. Ia membolehkan korang menukar gambar swafoto yang diambil menggunakan kamera telefon pintar menjadi 50 potret fantasi menarik dengan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence atau AI).
Hanya dengan bayaran serendah USD3.99 hingga USD7.99, 1o gambar swafoto dan dalam masa 20 minit sahaja, korang akan memperolehi avatar sendiri untuk dimuat naik ke Instagram.
Ramai pempengaruh media sosial juga sudah berkongsi pelbagai jenis avatar sehingga membuatkan ramai pengguna Instagram teringin untuk turut mencubanya.
Namun sebelum korang mencubanya, sila ambil tahu dahulu risiko yang diambil oleh pengguna Lensa apabila memuat naik swafoto menerusi aplikasi itu.
Sebilangan pakar telah memberi amaran mengenai risiko pencerobohan privasi data yang diambil daripada pengguna.
Aplikasi Lensa yang dicipta dan dimiliki oleh syarikat Prisma Labs telah menyatakan dalam terma & syaratnya bahawa penggunaan aplikasi akan memberi kebenaran kepada syarikat berkenaan untuk, “mengekal dan membatal secara tidak eksklusif, bebas royalti, di seluruh dunia dan dibayar secara penuh, boleh memindah milik, menggunakan lesen , mengeluarkan semula, mengubah suai, menyesuaikan, menterjemah dan mencipta karya terbitan,” dengan foto korang.
(Using the app grants the company perpetual, revocable, nonexclusive, royalty-free, worldwide, fully-paid, transferable, sub-licensable license to use, reproduce, modify, adapt, translate, create derivative works with your photos.)
Ini bermakna syarikat Prisma Labs berhak ke atas sebarang avatar digital yang telah dihasilkan menggunakan gambar swafoto tersebut.
Wakil daripada Prisma Labs juga memaklumkan bahawa syarikat itu akan memadam foto pengguna daripada simpanan ‘cloud services’ selepas mereka menggunakannya untuk melatih teknologi AI.
Hal ini menggusarkan sebahagian pengguna Lensa kerana dalam tidak sedar, ramai orang telah membenarkan foto mereka digunakan bagi tujuan ‘melatih AI’ yang dimiliki Prisma Labs.
*
Nampak seperti satu aplikasi menyunting foto yang menghiburkan. Namun sebelum korang mencubanya, korang wajar tahu risiko yang diambil.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biarpun telah menakluki kejohanan Badminton Asia pada awal bulan ini lalu meraih pingat emas untuk Malaysia dan menginjak ke kedudukan dari ranking ke-7 ke ranking ke-6, pemain perseorangan badminton lelaki negara Lee Zii Jiatidak terus duduk diam.
Misinya harus diteruskan menerusi beberapa lagi kejohanan dunia lain termasuklah kempen Piala Thomas yang sekarang rancak berlangsung di Bangkok, Thailand.
Seperti biasa, para peminat dunia sukan terus memberikan kata-kata semangat kepada Zii Jia dan ahli pasukan badminton yang lain untuk melakukan sehabis baik dalam memperbaiki keputusan yang mereka perolehi pada tahun lalu.
Selain menerima ciapan di Twitter dan pelbagai lagi ucapan di platform media sosial lain, Zii Jia juga nampaknya menerima kata-kata semangat menerusi penggunaan set sticker GIF terbaru yang comel ini!
Sticker yang dilancarkan oleh Zii Jia bersama penajanya, Victor menunjukkan rupa animasi pemain itu sendiri yang berbaju hitam dan sedang ‘beraksi’ dengan raket badmintonnya. Ada yang menunjukkan dia sedang tersenyum riang dengan mengenyit mata ada ada juga aksi Zii Jia sedang membalas pukulan bulu tangkis.
Menerusi hantaran di Instagram, Zii Jia bukan sekadar mempromosikan sticker baru itu. Malah dia juga meminta peminatnya untuk menamakan set sticker ini.
“Come, come, let’s name the little (guy),” catatnya.
Pelbagai cadangan nampaknya diberikan kepada Zii Jia termasuklah daripada Persekutuan Badminton Dunia sendiri. “Surname Wo, name Di Ai,” kata mereka yang bermaksud apabila digabungkan bermaksud “cinta”. Rakan sepasukannya, Soh Wooi Yik pula mencadangkan, “Bruce Lee” sebelum dibalas oleh Zii Jia secara berseloroh, “Idea awak sangat ‘noob‘”.
Apapun, korang jangan lupa untuk terus berikan sokongan kepada skuad badminton Malaysia dengan menggunakan sticker GIF Lee Zii Jia ini menerusi Instagram & Facebook Story okay.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
"Alhamdulillah, Araff okay je..."Begitulah kemas kini terbaru yang dimaklumkan oleh peserta Big Stage Alpha (BSA), Araff Mohamed setelah mengalami tekanan darah terlalu tinggi di...