Rasanya hampir semua universiti awam dan institut pengajian tinggi (IPT) swasta melaksanakan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) dalam talian atau e-Learning seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 yang sedang kita alami sekarang akibat pandemik COVID-19.
Namun, mesti banyak cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh para mahasiswa sewaktu belajar di alam maya terutamanya kekangan peranti dan kos data yang perlu ditanggung.
Ada berita baik untuk pelajar IPT, baru sebentar tadi melalui laman Twitter Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi @MOHEOfficial memaklumkan inisiatif ini.
Ads
[KENYATAAN MEDIA]
Bantuan Pelan Data dan Peranti kepada Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) pic.twitter.com/ETsH964vlF
Menerusi kenyataan media KPT hari ini, inisiatif KPT juga termasuklah mendapatkan tawaran terbaik daripada syarikat pembekal pelan data dan peranti seperti yang dinyatakan di dalam kenyataan tersebut.
Ads
Bukan itu sahaja, KPT juga telah mengadakan perbincangan bersama Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk inisiatif pinjaman kewangan di bawah SKim BSN MyRinggit-COMSIS bagi mempembelian komputer riba oleh pelajar IPT.
Ads
Komitednya KPT bagi untuk memastikan semua pelajar tidak ketinggalan dan mampu mendapatkan capaian internet walau di mana berada. So korang jangan yang terlepas peluang untuk mendapatkan bantuan-bantuan ini okay!
Sumber : Twitter Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi @MOHEOfficial
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kontroversi yang melanda personaliti dan usahawan, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman (Sajat) yang kononnya nekad keluar daripada agama Islam kerana tekanan yang dihadapinya selama ini telah mendapat reaksi pelbagai pihak.
Ini termasuklah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr. Zulkifli Mohd Al-Bakri yang diminta untuk mengulas berkenaan isu tersebut, hari ini.
Untuk pengetahuan, Sajat semalam telah melakukan sesi Instagram Livve di mana dia berkata adalah lebih ‘afdal’ untuknya keluar saja dari agama Islam.
“Saya cakap ini bukan saya nak mengugut ke tak. Secara sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak saya, saya dah tak nak menjadi orang Islam.
“Saya tak main-main, saya cakap betul,” katanya dalam video berdurasi 1 minit 45 saat itu.
Justeru, Dr Zulkifli yang sebelum ini pernah memberi peringatan kepada Sajat ingin mengingatkan semula Sajat mahupun orang Islam secara amnya agar tidak sesekali bergurau dengan kenyataan serta niat untuk murtad.
“Bukan hanya untuk saudara Sajat saja tetapi kepada semualah.
“Kalimah untuk keluar Islam atau murtad bukanlah satu kalimah yang kita boleh buat gurauan. Tapi kita hendaklah merasakan izzah atau mulia apabila kita memeluk agama Islam dengan syahadah yang kita lafazkan.. ikrar yang kita janjikan.
“Perkara ini sepatutnya kita pandang serius kerana ia merupakan tunjang kepada agama Islam,” ulas beliau kepada Berita TV Al-Hijrah.
Sambil itu, beliau turut menyerahkan isu ini kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menanganinya kerana kes tersebut masih dalam siasatan jabatan berkenaan.
Sebagai manusia dan mahkluk Allah, kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Namun sejahat mana sekalipun seseorang Muslim itu, janganlah sesekali bertindak atau berniat untuk keluar daripada agama Islam.
Salah seorang warganet juga turut menasihati semua orang agar kita sentiasalah cuba untuk berubah menjadi lebih baik. “Jika tidak sempat berubah, sekurang-kurangnya biarlah kita meninggal dalam agama Islam.”
Terdahulu, Sajat pernah mencetuskan kontroversi awal tahun ini apabila dia mendakwa dirinya sedang berdepan isu depresi perasaan.
Setelah video seorang pelajar lelaki dibuli oleh rakan-rakannya di sebuah kampus Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) tular pada minggu lalu sehinggakan kes ini mendapat perhatian pihak polis, hari ini tindakan lanjut telah diambil ke atas pelaku yang telah dikenal pasti oleh pihak MARA.
Menurut Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) iaitu Datuk Azhar Abdul Manaf, Jawatankuasa Displin Maktab (JDM) telah mengkaji kes ini dengan teliti dan akhirnya mengambil keputusan untuk menamatkan pengajian 10 orang pelajar yang terlibat pada hari ini.
Enam daripada mereka terlibat dalam perbuatan membuli manakala empat lagi dipercayai bersubahat. Sembilan pelajar itu baru berusia 13 tahun (Tingkatan 1) manakala seorang lagi berusia 15 tahun (Tingkatan 3).
Keputusan tersebut dibuat berdasarkan garis panduan dalam senarai Panduan Pengurusan Displin Pelajar MRSM. Ibu bapa kepada 10 pelajar itu juga telah dimaklumkan mengenai keputusan jawatankuasa.
“Pihak MARA mengambil serius kejadian buli yang berlaku pada minggu lalu itu dan hukuman yang diputuskan ini menunjukkan pihak kita tegas dan tidak berkompromi terhadap kesalahan buli dalam kalangan pelajar-pelajar di bawah mana-mana Institusi pendidkan MARA, IPMA mahupun (pelajar) tajaan MARA,” kata beliau sewaktu ditemui di sidang media hari ini.
Tambah beliau, keputusan ini diharap akan dijadikan sebagai pengajaran kepada para pelajar lain agar tidak sesekali tersalah laku sewaktu menyambung pengajian di mana-mana institusi pendidikan di bawah MARA.
Selain memantau aktiviti pelajar di dalam kelas, MARA juga katanya akan terus memantau segala aktiviti pelajar pada waktu lain agar kejadian seumpama itu tidak akan berulang.
Buat masa ini, mangsa masih menerima rawatan di sebuah hospital di Selangor. Namun keadaan dilaporkan stabil dan tidak mengalami kecederaan serius.
Terdahulu, pengetua MRSM yang terletak di Kuala Kangsar, Perak itu sendiri telah membuat laporan mengenainya kepada pihak polis sehari setelah klip itu tular di media sosial. Bapa kepada mangsa pula telah membuat laporan polis kedua.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Wabak corona virus atau disebut COVID-19 yang melanda dunia sudah mencecah hampir 3 juta orang dijangkiti. Di Amerika Syarikat sahaja jumlah dijangkiti adalah seramai 905,333 dengan jumlah kematian seramai 51,949.
Di Malaysia sendiri, kes setakat semalam (26 April 2020), keseluruhan kes positif ialah 5780 kes dengan kadar kematian 98 orang. Berita baiknya seramai 3862 orang sudah sembuh sementara bakinya iaitu 1820 orang masih menerima rawatan.
Di Malaysia, langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dibuat oleh pihak kerajaan yang sudah memasuki fasa ke 4 dilihat agak berjaya membendung wabak ini dari menjangkiti lebih ramai orang. Walau ada kelonggaran diberikan kepada beberapa perkhidmatan untuk meneruskan pekerjaan sementara yang lain diperintahkan mengikut PKP tetapi penularan kes ini tidak begitu ketara berbanding negara Asean lain.
Beberapa hari lalu kita membaca Pasar Borong Selayang ditutup selama 4 hari untuk proses sanitasi manakala kawasan sekitarnya di lockdown selama dua minggu bagi mengelak lebih ramai dijangkiti.
Bermula proses sanitasi Pasar Borong Selayang, semalam media melaporkan Pasar Besar Awam Bahau diarahkan ditutup bermula hari ini selama 14 hari sehingga 10 Mei ini bagi proses sanitasi selepas seorang peniaga di pasar berkenaan disahkan positif pandemik COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Jempol, Syahrul Nizam Saleh berkata, peniaga berumur 44 tahun itu dipercayai ada kaitan dengan kluster Pasar Borong Selayang, Selangor.
Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya mewajibkan kesemua 60 peniaga di pasar awam itu menjalani ujian saringan di Medan Niaga Kiara, di sini bermula 8.30 pagi esok seperti dilaporkan Astro Awani.
Jika semalam Pasar Awam Bahau ditutup, hari ini seorang pengguna fb Mohd Razif Janan pula memuat naik gambar Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya ditutup selepas seorang peniaganya dikatakan positif COVID-19.
Walau belum ada kes melibatkan penularan besar-besarkan melibatkan kluster pasar tetapi apa yang pasti dengan penutupan pasar basah begini, bekalan bahan mentah akan mula berkurangan. Jika ada pun harganya mungkin agak naik berbanding kebiasaan.
Ironinya jika semakin banyak pasar awam ditutup, bekalan ke kedai runcit sudah tentu terputus bekalan. Lalu bersediakah kita untuk memikirkan menu baru atau berfikir, makan apa saja di bulan Ramadan yang baru memasuki hari ke empat? Bersediakah kita mengubah menu makanan harian kita yang sebelum ini banyak bergantung kepada makanan basah seperti ayam, ikan, sayur dan sebagainya.
Apa pilihan yang ada kecuali makanan pilihan terakhir, kita perlu bergantung kepada makanan segera? Bagi anak muda, ia mungkin tiada masalah kerana life style kita sudah terbiasa dengan makanan fast food tetapi agak kasihan kepada warga tua yang mungkin mahu “makan agak sedap” ditambah ikan-ikan atau sayuran ini masih segar lagi tetapi mereka tidak dapat menikmatinya.
Apa pun kita mengharapkan wabak ini segera berakhir dan semua rakyat Malaysia dilindungi Allah taala dan tidak dijangkiti dari virus ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...