Inisiatif Bantu Pelajar IPT. KPT Umum Pakej Pelan Data Dan Diskaun Peranti Kepada Golongan B40

Share

Jangan terlepas peluang guys!

Rasanya hampir semua universiti awam  dan institut pengajian tinggi (IPT) swasta melaksanakan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) dalam talian atau e-Learning seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 yang sedang kita alami sekarang akibat pandemik COVID-19.

Sumber Gambar : Photo by Keira Burton from Pexels

Namun, mesti banyak cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh para mahasiswa sewaktu belajar di alam maya terutamanya kekangan peranti dan kos data yang perlu ditanggung.

Ada berita baik untuk pelajar IPT, baru sebentar tadi melalui laman Twitter Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi @MOHEOfficial memaklumkan inisiatif ini.

Menerusi kenyataan media KPT hari ini, inisiatif KPT juga termasuklah mendapatkan tawaran terbaik daripada syarikat pembekal pelan data dan peranti seperti yang dinyatakan di dalam kenyataan tersebut.

Bukan itu sahaja, KPT juga telah mengadakan perbincangan bersama Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk inisiatif pinjaman kewangan di bawah SKim BSN MyRinggit-COMSIS bagi mempembelian komputer riba oleh pelajar IPT.

Komitednya KPT bagi untuk memastikan semua pelajar tidak ketinggalan dan mampu mendapatkan capaian internet walau di mana berada. So korang jangan yang terlepas peluang untuk mendapatkan bantuan-bantuan ini okay!

Sumber : Twitter Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi @MOHEOfficial

Published by
Nana