Kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool FC sememangnya layak dinobatkan sebagai juaran Liga Perdana untuk musim 2019-2020 setelah jelas mendahului liga dengan 18 mata di hadapan pasukan tangga kedua, Manchester City.
Skuad Jurgen Kloop itu mengecapi 99 mata sepanjang 38 perlawanan pada musim lepas, lantas merekodkan kutipan mata kedua terbanyak dalam sejarah penganjuran Liga Perdana Inggeris!
Bukan itu saja, Liverpool FC turut merampas gelaran juara Eropah dan Kejohanan Kelab Dunia.
Justeru pada hemat penulis, ini tentunya adalah masa terbaik untuk Liverpool mengeluarkan kit pasukan terbaru bagi musim akan datang. Yes, your call has been heard The Reds..
Liverpool FC dan Nike telah melancarkan kolaborasi pertama di antara dua jenama besar sukan tersebut untuk home kit kelab sepanjang musim 2020-2021. Tentunya, peminat Liverpool tidak sabar untuk mendapatkan jersi terbaru dengan penambahbaik rekaan, inovasi dan daya kreatif di antara Liverpool FC dan Nike.
Seperti tradisinya, home kit ini mengekalkan warna merah pada jersi, seluar dan stokin. Penggunaan tona warna merah yang sedikit cerah menyerlahkan keremajaan dan semangat pasukan semasa berada di atas padang.
Apa yang berbeza pada kali ini adalah warna putih dan biru muda (teal) pada bahagian leher dan lengan jersi.
Dari segi teknologi menurut Nike, ia cukup efektif untuk gerak daya pemain semasa perlawanan dan mengawal kelembapan daripada peluh badan dengan konsisten.
Malah, penggunaan bahan guna-semula pada fabrik poliyester yang diperbuat daripada botol plastik lama menambah lagi keunikan jersi ini.
Sementara itu, jersi penjaga golnya juga tidak kurang menarik dengan warna serba hitam dan paten lain daripada yang lain pada bahagian hadapan dan belakang.
Untuk pengetahuan korang yang berminat dengan kit terbaru Liverpool FC, ia boleh didapati seawal 6 Ogos ini di kesemua stor rasmi dan boleh didapatkan secara online
di store.liverpoolfc.com.Walaupun kami belum mengetahui harga rasmi jualannya, namun tinjauan kami di laman web untuk tempahan awal mendapati ia dijual sekitar harga RM350.
Tak sabarnya!
Oh BTW! Korang tahu tak bahawa Menteri Hal Ehwal Agama kita juga merupakan peminat tegar Liverpool FC?