Khuatir Pelajar Lelaki Terangsang, Pelajar Perempuan Di Jepun Dilarang Ikat Rambut Gaya “Ponytail”

Share

Is this for real?

Kedengaran mengarut bukan? Tetapi inilah realiti yang terpaksa dihadapi oleh pelajar-pelajar di beberapa buah sekolah yang terletak di negara Jepun.

Walaupun tiada statistik menyeluruh mengenai berapa banyak sekolah yang meletakkan syarat ini, namun dalam tinjauan pada 2020, satu daripada 10 sekolah di Fukuoka menguatkuasakan larangan ikatan rambut ponytail kepada pelajar perempuan.

Bercakap kepada Vice, seorang guru yang dikenali sebagai Motoki Sugiyama berkata pihak pengurusan sekolah memberitahu kepadanya yang pelajar perempuan tidak boleh menggayakan ikatan rambut ponytail

yang mendedahkan leher mereka.

Ini kerana pihak sekolah khuatir gaya tersebut akan merangsang pelajar lelaki secara seksual.

“Saya selalu mengkritik peraturan ini tetapi kerana kurangnya kritikan secara menyeluruh, perkara ini menjadi normal. Pelajar tiada pilihan kecuali menerimanya,” ujarnya.

Sugiyama telah mengajar di lima buah sekolah sepanjang 11 tahun berada di wilayah Shizuoka; kira-kira 90 batu di barat daya Tokyo dan kesemua sekolah itu mengharamkan gaya ikatan ponytail.

BACA JUGA: Harga Satu Hidangan Cecah RM72, Restoran Nasi Kandar Di Tokyo Jadi Kegemaran Orang Jepun

Kerana percaya yang peraturan itu tidak berasas, dia telah menjadikan isu ini sebagai misi peribadinya untuk mendedahkan hal yang tidak munasabah kepada pelajar. Misi ini selari dengan seruan yang semakin meningkat terhadap sekolah untuk menggugurkan peraturan yang seksis dan secara terang-terangan menghalang ekspresi diri bagi pelajar.

Larangan menggayakan ikatan rambut ponytail hanyalah salah satu daripada larangan lain yang dikenali sebagai buraku kosoku, yang dikenakan ke atas pelajar di Jepun.

Senarai sekatan di bawah peraturan ini menentukan warna seluar dalam dan stoking pelajar, panjang skirt dan bentuk keras yang dikenali sebagai Buraku Kosoku, yang dikenakan ke atas pelajar di Jepun.

Antara senarai peraturan lain seperti menentukan warna seluar dalam dan stoking pelajar, panjang skirt dan bentuk kening.

+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

 

 

 

 

 

Published by
Fiezreen