Berita

Khutbah Jumaat Negeri Selangor Tempelak Eksploitasi GISBH Terhadap Mangsa Kanak-Kanak

Share

Eksplotasi yang dicetuskan oleh kumpulan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) terhadap mangsa kanak-kanak, buruh paksa dan pelajar yang didedahkan oleh media tempatan baru-baru ini telahpun mendapat perhatian Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

21 September lalu, Baginda telahpun menitakan kesemua agensi agama Islam Selangor termasuk MAIS, JAIS, Jabatan Mufti Selangor dan Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor bersama PDRM (Kontinjen Selangor dan Bukit Aman) untuk bekerjasama mengambil langkah tegas dalam membuat siasatan menyeluruh bagi memastikan kesemua pohak yang terlibat dalam kesalah jenayah ini akan menerima tindakan sewajarnya.

Demi memastikan masyarakat memahami betapa seriusnya eksploitasi yang sudah lama beroperasi di rumah-rumah amal di bawah GISBH di beberapa buah negeri termasuklah di Selangor ini, isu tersebut telahpun dimuatkan sebagai topik khutbah Jumaat terbitan Unit Khutbah, Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada hari ini.

Dengan tajuk ‘Kenapa GISBH Buat Begini Kepada Kanak-Kanak’, khutbah di seluruh negeri Selangor pada hari ini memberi fokus ebtapa kejinya amalan bertentangan dengan akidah yang dikesan berlaku di beberapa premis kumpulan GISBH.

Akibat menormalisasikan perbuatan sebegitu, ia sekaligus mencemarkan nama baik dan kesucian agama Islam terutamanya pada mata masyarakat bukan Islam.

Mengakhiri khutbah, khatib turut menyampaikan nasihat Baginda Sultan yang menasihati agar ibu bapa dan penjaga menyemak terlebih dahulu latar belakang sesebuah sekolah agama atau pusat penjagaan amal sebelum menghantar anak-anak mereka ke sana.

Ini demi memastikan perkara yang tidak diingini dapat dielakkan berlaku kepada anak-anak seperti pengabaian, penderaan serta eksploitasi berbentuk seksual.

Klik pada PAUTAN INI untuk membaca teks penuh khutbah terbitan JAIS pada hari ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN