Beauty is pain? Or is it just painful (and icky)?
Sama ada perlu melalui proses menyakitkan atau menggelikan, semua itu tidak menjadi masalah untuk usahawan dan bintang realiti televisyen popular, Kim Kardashian.
Menerusi episod terbaru program The Kardashians di saluran Hulu minggu ini, pemilik nama penuh Kimberly Noel Kardashians itu membuat pengakuan mengejutkan kepada ibunya, Kris Jenner sewaktu berada di set dengan memaklumkan mengenai rawatan kecantikan terbaru yang sedang dipraktikkan olehnya.
“Saya mendapat salmon sperm facial dengan mencucuk cecair sperma ikan salmon ke wajah saya.”
Err… sebelum korang merasa geli, rawatan berkenaan hakikatnya sedang popular dalam kalangan selebriti terkenal dan wanita yang mendambakan rawatan yang memberikan efek seperti mendapatkan cucukan Botoks.
Malah di aplikasi TikTok juga, ramai penggunanya yang telah memberikan reviu – sama ada positif mahupun negatif – selepas mendapatkan rawatan salmon sperm facial.
Juga dikenali sebagai Polynucleotides, salmon sperm facial mengandungi molekul DNA yang diekstrak daripada sperma ikan dan sebaik sahaja dicucuk ke kulit wajah, ia akan mengaktifkan fibroblasts yang merupakan molekul regangan dalam kulit yang membantu mengekalkan struktur tisu wajah.
Justeru, korang akan memperolehi kulit selembut bayi, kelihatan lebih segar, kurang garisan serta kedutan. Salmon sperm facial juga menjadi rawatan pilihan ramai kerana dikhabarkan kurang memberi kesan kepada struktur wajah seperti Botoks mahupun filler. Malah, kesannya juga kelihatan lebih natural berbanding rawatan lain.
Bagaimanapun, rawatan yang dilaporkan bernilai 400 Pound atau kira-kira RM2400 bagi setiap sesi itu turut memberi kesan sampingan termasuklah meninggalkan kesan lebam, lumps (ketulan biji-biji kecil) serta tompokan darah pada wajah untuk jangka masa pendek susulan sesi dijalankan.
Terdahulu, REMAJA pernah kongsikan langkah-langkah yang diguna pakai oleh Kim Kardashian untuk tampil cantik termasuklah diet tidak masuk akal dan rejim senaman yang ketat.
ARTIKEL BERKAITAN: Kim Kardashian Muncul Di MET Gala Dengan Saiz Pinggang Tak Masuk Akal & Netizen Berang! – REMAJA
BACA LAGI: Wanita Ini Sanggup Berhabis Lebih RM200 Juta Untuk Kelihatan Seperti Kim Kardashian! – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.