Fesyen

Kim Kardashian Muncul Di MET Gala Dengan Saiz Pinggang Tak Masuk Akal & Netizen Berang!

Share

Tidak sah sekiranya pempengaruh dan usahawan sensasi, Kim Kardashian tidak mendatangkan elemen sensasi setiap kali menghadiri acara tahunan, Met Gala di kota New York.

Sebagaimana tahun-tahun sudah, Kim, 43 membuat kemunculan di tangga keramat Muzium Met pada awal pagi tadi waktu tempatan sempena acara Met Gala bagi edisi 2024.

Bertemakan kod pemakaian ‘The Garden of Time’, Kim menggayakan rekaan khas Maison Margiela oleh John Galliano serba metalik dengan perincian dedaun, bungaan, mutiara, kristal dan elemen kaca yang diwarnakan perak. Gaya itu dilengkapkan dengan kardigan cashmere yang mendakapi  bahagian lengan serta bahunya.

Biarpun pemilihan kardigan Kim itu sedikit sebanyak menjadi titik perdebatan dalam kalangan netizen sejak pagi tadi, apa yang membuatkan netizen berang dengan Kim (seperti kebiasaan) di Met Gala tahun ini adalah disebabkan saiz pinggangnya yang tidak seiring dengan ketinggian serta bentuk badan asalnya.

Pada bahagian bodice gaun tersebut, Kim mengenakan korset metalik ketat yang diperbuat daripada fabrik brocade vintaj yang cukup menepati tema acara.

Imej pinggang Kim yang tidak masuk akal ini justeru meraih pelbagai komen negatif di media sosial yang risau sekiranya pengikutnya turut ingin mengekori jejak langkah Kim yang mengamalkan diet ekstrem atau lebih teruk, menjalani pembedahan kosmetik semata-mata demi fesyen.

“Anda boleh tahu dia sedang mengalami kesukaran untuk bernafas. Saya tidak cemburukannya. Saya kasihaninya.” – @mycolombiandaydream

“Kali ini, tidakkah di sedang berdepan simptom body dismorphia?? Ingat lagi zaman dahulu di mana wanita dipaksa memakai korset yang terlalu ketat dan secara kerap untuk mencipta tubuh badan sempurna? Kim bukan bergerak ke hadapan, dia mengambil bermacam-macam langkah ke belakang.” – @lmc1077

“Anak perempun kecil sepatutnya ingin kelihatan seperti ini satu hari nanti? Amat tidak sihat.”- @missjgfit24

“Saya benar-benar merasa sedih untuknya. Kehidupan Kim penuh dengan realiti kepalsuan dan dia harus mengekal imejnya itu setiap kali keluar dari rumah. Saya berharap dia akan mengecapi ketenangan dalam dirinya satu hari nanti.” – @sfclou

Ini bukanlah kali pertama Kim menerima kritikan disebabkan imej pinggangnya itu. Pada tahun 2022, ibu kepada empat cahaya mata itu pernah menggayakan gaun asal milik primadona Hollywood, Marilyn Monroe ke acara Met Gala.

ARTIKEL BERKAITAN: Gaun Marilyn Monroe Dikhabarkan Rosak Selepas Dipakai Kim Kardashian – REMAJA

Bukan hanya pemilihan gaun ikonik itu yang mencetuskan kontroversi.

Pendedahan Kim dalam satu temubual bersama Vogue di mana dia berbangga kerana berjaya menurunkan 11.33kg dalam tempoh 2 minggu sebelum acara tersebut turut dikritik hebat kerana beliau mempromosikan diet tidak sihat sehingga mengakibatkan kesakitan pada tubuhnya yang disebut sebagai psoriasis flareup

.

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Kardashian Sanggup Turunkan Berat Lebih 7 Kg Untuk Muat Gaun Marilyn Monroe – REMAJA

BACA LAGI: Uh-oh! Pelakon Riverdale Menempelak Taktik Kim Kardashian Turun Berat Demi Fesyen – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ