Pendedahan terbaru melibatkan nama-nama selebriti antarabangsa yang menerima wang daripada ahli pernigaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low terus mendapat liputan meluas sepanjang prodising kes 1Malaysia Development Malaysia Berhad (1MDB).

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendengar pendedahan nama terbaru ketika pengarah penyiasatan di Kroll Advisory Lth, Richard Templeman memberi keterangan dari pejabatnya di United Kingdom berhubung kes saman AS$6.59 bilion yang difailkan 1MDB terhadap bekas Pengerusinya, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Arul Kanda Kandasamy.

Kim Kardashian, Pharell Williams Antara Selebriti Terima Wang 1MDB Mencecah Jutaan Dolar
Low Taek Jho atau Jho Low.

Kata beliau, Jho Low yang didakwa menjadi dalang di sebalik kes penipuan kewangan global itu telahpun memindahkan AS$306,000 kepada akaun bintang TV realiti dan usahawan sensasi, Kim Kardashian dan AS$100,000 lagi kepada suaminya pada waktu itu, Kris Humphries.

Kim Kardashian, Pharell Williams Antara Selebriti Terima Wang 1MDB Mencecah Jutaan Dolar
Kim Kardashian bersama bekas suaminya, Kris Humphries.

Turut terpalit dengan aktiviti pemindahan wang oleh Jho Low ialah penyanyi, komposer dan pengarah kreatif jenama Louis Vuitton, Pharell Williams. Jho Low didakwa memindahkan AS$2,205,000 kepada Pharell melalui Talamasca Inc.

“Saya ambil maklum bahawa maklumat yang tersedia secara umum mengubungkan Talamasca inc dengan pemuzik, Pharell Williams. Saya tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai pemindahan dana ini,” katanya.

Kim Kardashian, Pharell Williams Antara Selebriti Terima Wang 1MDB Mencecah Jutaan Dolar
Pharell Williams.

Kedua-dua pemindahan itu hanyalah sebahagian daripada banyak lagi pemindahan bernilai berjuta-juta dolar yang didakwa diterima oleh Jho Low daripada 1MDB melalui syarikat samarannya, Good Star Ltd.

“Dana ini telah dipindahkan melalui beberapa syarikat luar pesisir dan digunakan untuk, antara lain, manfaat peribadi konspirator bersama dan saudara mara serta sekutu mereka” kata Templeman lagi dalam kenyataan saksinya.

Wang yang diterima itu pula hanyalah sebahagian daripada dana bernilai AS$1.03 biliion  daripada perjanjian usaha sama di antara 1MDB dengan PetroSaudi Limited yang telah diselewang dan dipindahkan secara salah kepada Good Star.

Sebagai info, Richard Templeman merupakan pengarah penyiasatan yang mengetuai siasatan berterusan terhadap dana yang diselewengkan daripada 1MDB dan SRC International Sdn Bhd.

SUMBER: (1) (2)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI