
Prestasi gemilang pemain muda sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman di atas padang memang tidak boleh dipertikaikan lagi.
Terbaru, jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan Gon, meramalkan masa depan yang cerah Arif Aiman Hanapi. Menurut beliau, Arif Aiman memiliki potensi besar untuk menjadi salah seorang pemain terbaik di Asia dalam beberapa tahun akan datang jika terus bekerja keras dan mengekalkan prestasi cemerlangnya.
ARTIKEL BERKAITAN : Dapat Jolokan ‘Messi Malaysia’, Fakta Arif Aiman Hanapi Yang Ramai Tak Tahu
Kim Pan Gon turut menyatakan rasa bangganya terhadap perkembangan Arif Aiman dalam pasukan kebangsaan, terutama selepas menyaksikan prestasi mantap pemain muda ini dalam beberapa perlawanan terkini.
“Proud with Arif Aiman.. soon he will be a top player in Asia”, Kim Pan Gon on Arif Aiman. 🔥@ASTROARENA pic.twitter.com/3eIVOKeD0T
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 4, 2024
“Saya amat bangga dengan Arif Aiman,” kata Kim Pan Gon dalam satu sidang media baru-baru ini. “Dia memiliki bakat yang luar biasa dan mentaliti juang yang tinggi. Dengan bimbingan yang betul, saya yakin dia mampu bersaing di peringkat tertinggi.”
Menurut Kim Pan Gon, sikap profesional dan disiplin tinggi yang ditunjukkan Arif Aiman dalam latihan dan perlawanan adalah faktor utama yang membawa kepada perkembangan pesatnya sebagai seorang pemain.

Kim Pan Gon turut menasihatkan Arif Aiman agar sentiasa merendah diri dan fokus pada peningkatan prestasinya, sambil menambah bahawa cabaran sebenar adalah untuk mengekalkan konsistensi di peringkat tertinggi. Dengan umur yang masih muda, Arif Aiman diharapkan mampu menjadi bintang yang menyinar dalam bola sepak Asia dan mencipta sejarah untuk negara.
Dalam masa yang sama, Kim Pan Gon mengajak peminat bola sepak Malaysia untuk terus memberikan sokongan penuh kepada Arif Aiman dan pemain muda lain yang berbakat, yang dianggap sebagai aset berharga kepada masa depan bola sepak negara.
BACA LAGI : Pemain Tempatan Termahal, Nilai Arif Aiman Kini Mencecah RM2.82 Juta
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Filem Aksi Terbaik, Brad Pitt Buat ‘Comeback’ Dalam Bullet Train

Selepas menonton tayangan perdana Bullet Train bersama penonton bertuah majalah Remaja, apa yang boleh kami katakan korang bakal terhibur selama lebih kurang dua jam menonton filem lakonan utama Brad Pitt ini.
Mengisahkan tentang seorang pembunuh yang berusaha untuk menyelesaikan misi di dalam kereta api, namun tidak menyangka di situ ada lagi empat penjahat lain yang mempunyai misi yang sama.
Dia menaiki kereta api Tokyo untuk mendapatkan semula beg bimbit misteri, tetapi terpaksa bersaing dengan sekumpulan pembunuh upahan yang lain untuk mendapatkan beg itu juga. Akhirnya, berlaku pergelutan di dalam bullet train sehingga ke stesen yang terakhir.
Setelah dua tahun tidak keluar dalam mana-mana filem box office, filem terakhir Brad Pitt adalah pada tahun 2019 iaitu Ad Astra. Namun begitu, pelakon legend ini baru sahaja muncul dalam filem The Lost City tetapi hanya sebagai watak cameo yang pastinya membuatkan peminat tidak puas untuk menonton lakonan Brad Pitt.
Kali ini, Brad Pitt kembali beraksi di layar perak dengan menghadiah sebuah filem aksi terbaik arahan David Leitch yang kini sudah pun berada di pawagam.
Apa yang boleh kami katakan, korang pasti akan berpuas hati menonton filem ini di panggung wayang kerana bukan hanya memaparkan aksi perlawanan yang hebat, malam penonton bakal disajikan dengan babak-babak menghiburkan yang juga turut diselit unsur komedi.
Watak Lemon dan Tangerine sangat membantu memberikan humor dalam filem Bullet Train dan tidak terlepas menampilkan aksi-aksi lucu daripada pasangan ‘kembar’ ini.
Apa yang paling menarik adalah penampilan istimewa daripada bintang-bintang cameo yang turut muncul dalam filem aksi ini. Nak tahu siapa? Ha, korang kenalah tonton sendiri di pawagam okay? Tak best pula kalau kami bagi spoiler lebih. Hiks!
Secara keseluruhannya, filem lakonan Brad Pitt ini memang berbaloi untuk ditonton dan sangat sesuai bagi mereka yang gemar menonton babak-babak aksi. Pertembungan budaya Jepun juga merupakan salah satu daya penarik bagi filem tersebut.
Selamat menonton!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pengeluaran Akaun 1 KWSP Maksimum RM60K Menerusi i-Sinar, SIAPA LAYAK?

Isi Kandungan
Toggle
Kena tengok syarat-syarat kelayakan terlebih dahulu, tak semua orang dibenarkan tau..
Minat rakyat untuk mengetahui lebih mengenai pembukaan i-SINAR semakin hari semakin meningkat apabila sejumlah besar rakyat Malaysia kini berdepan dengan pendapatan yang terjejas akibat wabak Covid-19.
Namun, menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini, tidak semua 8 juta orang ahli KWSP layak untuk mendapatkan kemudahan i-Sinar ini.
KWSP dengan jelas menerangkan siapakah golongan yang layak dan apakah tuntutan yang diperlukan daripada mereka untuk pemohonan ini. Jom lihat setiap kategori yang disenaraikan oleh KWSP.
Kategori 1
Golongan yang layak
Ahli KWSP yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau ahli yang menerima notis cuti tanpa gaji (CTG).
Syarat-syarat
1 Ahli tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
2 Ahli masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas Mac 2020.
Info
1 Ali tidak perlu memberikan dokumen sokongan
2 Ahli hanya perlu memohon secara online di SINI mulai 21 Disember 2020
3 Kelulusan secara automatik dibuat berdasarkan data dalaman KWSP
4 Pembayaran kepada ahli pula akan dimulakan pada pertengahan Januari 2021
Kategori 2
Golongan yang layak
Ahli KWSP yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas Mac 2020.
Syarat-syarat
1 Ahli perlu menyediakan dokumen sokongan seperti slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan
2 Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa
3 Sekiranya ahli tidak boleh mengemukakan dokumen di atas, dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan dipertimbangkan.
Info
1 Ahli boleh memohon secara online di SINI mulai 11 Januari 2021
2 Surat permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa 2 hingga 3 minggu selepas permohonan dibuat untuk mengetahui jika permohonan mereka diluluskan.
3 Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya
Jumlah Layak Diterima
Seperti biasa, ini adalah satu lagi perkara yang hangat diperkatakan oleh rakyat. Berapakah jumlah yang layak mereka terima berdasarkan kelayakan?
Bagi ahli yang mempunyai baki Akaun 1 bernilai RM100,000 dan ke bawah, mereka layak membuat pengeluaran maksimum sehingga RM10,000. Bayaran pertama maksimum adalah sehingga RM5,000 dan bayaran penuh akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh 6 bulan.
Manakala, bagi ahli yang mempunyai baki Akaun 1 bernilai lebih RM100,000, mereka layak membuat pengeluaran maksimum sehingga 10% daripada jumlah ataupun RM60,000 (yang mana satu lebih rendah), Bayaran pertama maksimum adalah sehingga RM10,000 dan bayaran penuh akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh 6 bulan.
Ini adalah contoh mudah yang disediakan oleh pihak KWSP agar korang mudah memahami.
Bagi memastikan permohonan korang lancar, korang digalakkan untuk mendaftar i-Akaun, mengemas kini nombor telefon bimbit bagi menerima Transaction Authorisation Code (TAC) di kios atau kaunter KWSP.
Selain itu, pastikan nombor akaun bank korang aktif tau. REMAJA juga ingin mengingatkan jangan mudah tertipu dengan info yang tidak belum sahih.
KWSP Ingatkan Pengguna Jangan Terpedaya Dengan Aplikasi Palsu i-Sinar – REMAJA
Tidak Tinggal Serumah Tapi ‘Menumpang’ Akaun Netflix? Bersedialah Dicaj RM13 Sebulan

We get it. Barangan keperluan naik harga. Barangan kehendak naik harga. Segala-galanya pun mengalami kenaikan harga dari semasa ke semasa tanpa mengira sektor.
ARTIKEL BERKAITAN: Grab Naikkan Harga Per Minit, Jangan Pelik Kalau Dicaj Lebih Mahal – REMAJA
Namun apabila platform penstriman video terkenal, Netflix dilaporkan akan mengenakan bayaran lebihan kepada pengguna tidak lama lagi, ramai nampaknya yang tidak boleh menerima pengumuman tersebut.
Let’s break this down.
Khabarnya, Netflix akan mula mengenakan caj sebanyak RM13 sebulan khas kepada pengguna yang tidak tinggal serumah dengan pemegang akaun yang melanggan perkhidmatan tersebut.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Netflix menjelaskan bahawa akaun Netflix adalah bertujuan untuk digunakan oleh satu isi rumah.
Oleh itu selepas ini, bagi pelanggan di Malaysia yang tidak menetap bersama tetapi ‘menumpang’ akaun Netflix seseorang, mereka akan menerima hantaran emel oleh Netflix bagi menjelaskan mengenai caj baharu RM13 ini.
Manakala bagi pelanggan yang ingin berkongsi akaun mereka dengan individu di rumah lain pula boleh memindahkan profil sendiri kepada mereka. Lalu, rakan atau ahli keluarga mereka itu akan menjadi pelanggan baharu dan perlu membayar yuran langganan bulanan seperti pelanggan sedia ada.
Kejam? Well..
Terdahulu, timbul laporan bahawa Netflix sedang berusaha untuk mengatasi tren perkongsian akaun meluas dan di luar kawalan mereka. Lalu di Amerika Syarikat, Netflix telahpun mula melaksanakan peraturan ini untuk mengehadkan tontonan hanya kepada pelanggan yang tinggal di kediaman yang sama.
ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Pandang Imej Seksi Je..” Peserta Single’s Inferno Di Netflix Rupanya Pelajar Perubatan Harvard! – REMAJA
Hhm, apa pandangan korang?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.