
Pelakon lelaki berlesung pipit, Kim Seon Ho nampaknya semakin berjaya mencuri perhatian peminat dengan drama bersiri Hometown Cha Cha Cha.
Terbaharu, syarikat pengurusan pelakon ini telah pun mengesahkan bahawa Kim Seon Ho bakal bergandingan dengan YoonA dalam sebuah filem yang berjudul 2 O’clock Date.

Filem romantik ini khabarnya mengisahkan tentang seorang wanita yang menyimpan sebuah rahsia besar dan lelaki yang tinggal di tingkat atas rumahya, secara kebetulan asyik terserempak satu sama lain setiap hari.
Bakal diarahkan oleh pengarah filem ‘Exit’, Lee Sang Geun, 2 O’clock Date dijadualkan bakal memulakan penggambaran pada bulan Mac tahun hadapan.

Wah, mesti ramai yang dah tak sabar nak melihat Kim Seon Ho di layar perak kan? Hiks! Sama-sama kita nantikan update terbaharu filem ini nanti.
Sumber: (1)
Amelia Christie Akui Solo, Idam Lelaki Bertanggungjawab & Sopan Santun

Pelakon meningkat naik, Amelia Christie akhirnya membuka mulut mengenai dirinya kini berstatus solo sekali gus menamatkan teka teki dan spekulasi bahawa hubungan cinta dengan pelakon Sharnaaz Ahmad sememangnya sudah berakhir.
Menurut Amelia, dia tidak mempunyai masalah untuk menjawab pertanyaan netizen mengenai status hati memandangkan dirinya sudah sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN: “Ini Adalah Permulaan Untuk Mencintai Diri Sendiri” – Fasa Amelia Christie Utamakan Hati Sendiri, Netizen
“Saya single. Jangan risau sebab saya okey dengan soalan itu (status hati) sebab kita kena lah bagi tahu orang yang kita memang single,” katanya menerusi video temu bual dengan wakil satu jenama tudung.
Ditanya ciri-ciri yang dimahukan dalam diri pasangan hidup, pelakon berusia 24 tahun itu memaklumkan dirinya mengidamkan lelaki baik budiman, bertanggungjawab dan sopan santun.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Amelia supaya mencari lelaki yang benar-benar ikhlas dan paling penting telah ‘move on’ dengan kisah lalu.
“Cari lelaki yang sesuai dengan awak Amelia, awak cantik dan baik, cari yang bujang berlambak mahukan awak,” komen seorang netizen.
Sebelum ini Sharnaaz memaklumkan tidak pernah mengesahkan bercinta dengan Amelia, sekali gus enggan mengulas gosip konon hubungan mereka sudah terlerai.
Ia mula menjadi bualan ramai selepas mereka dilihat tidak lagi menjadi pengikut akaun media sosial masing-masing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Amelia Christie
“Standby Tau Nak Saman” Dituduh ‘Gay’, Atiq Azman Bakal Saman Seorang Netizen

Selain berlakon, bintang meningkat naik, Atiq Azman juga dilihat aktif berkongsi rutinnya melakukan aktiviti workout di gimnasium. Tubuhnya yang dilihat semakin ‘sado’ itu sekaligus meraih perhatian netizen terutama pengikutnya di media sosial.
Niatnya melakukan senaman hanya untuk mengekalkan kesihatan yang baik dan gaya hidup sihat, namun lain pula yang ada difikiran segelintir netizen.
Oleh kerana bertubuh sasa, ada segelintir mulut ‘celupar’ mendakwa pelakon drama popular Nur itu ‘tidak lurus’.
ARTIKEL BERKAITAN: Aedy Ashraf Jelaskan Mengapa Tubuhnya Kini ‘Fit’ Semacam, Siap Bawa Dumbbell Lagi Dalam Kereta!
Menerusi satu perkongsian terbaharu di Instagram, terdapat seorang jejaka yang meninggalkan komen ringkas iaitu ‘gay’, apabila foto yang dimuat naik Atiq itu dilihat dirinya sedang menunjuk biceps dan sixpacknya.
Tidak berdiam diri dengan tuduhan tersebut, Atiq tampil membalas komen berkenaan dengan menyatakan mahu bertindak untuk menyaman individu yang menyebarkan berita palsu tersebut.
“Standby tau nak saman. Jangan padam dan sekat pula ya,” balas pelakon itu semula beserta emoji.
Menjengah ke komen lain, rata-rata pengikutnya turut menzahirkan rasa berang terhadap komen yang tidak berasas pengguna berkenaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Atiq Azman
Ruhainies Mohon Maaf Secara Terbuka, Mahu Bersemuka Dengan Bella & Sarah

Pelakon kontroversi, Ruhainies tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Bella Astillah berhubung kontroversi membabitkan mereka sebelum ini.
Menerusi perkongsian Instastory awal pagi tadi, adik kepada pelakon Nur Risteena Munim itu turut berharap dapat bersemuka dengan Bella bagi menjernihkan kembali keadaan.
“Dengan penuh rendah diri, saya ingin memohon maaf kepada Bella Astillah atas segala apa yang terjadi. Saya juga ingin bertemu dengan anda bagi meniernihkan keadaan.
“Saya juga mahu menutup buku, lupakan apa yang berlaku dan kembali gembira. Saya memilih berdiam diri bukan untuk mengiya atau menidakkan, tetapi atas niat mengelakkan sebarang pertelingkahan dalam media sosial, sekali gus memanjangkan isu tersebut.
“Saya juga ingin memohon maaf pada semua pihak yang terkesan dengan segala berlaku,” katanya.
Menerusi hantaran lain, pelakon berusia 31 tahun itu juga mahu bertemu empat mata dengan wanita yang mendakwa dirinya kekasih Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine bagi tujuan sama.
“Saya juga dengan penuh keikhlasan ingin menjemput Sarah Yasmine bersama menyertai pertemuan kami bagi mengakhiri segala kemelut yang berlaku.
“Saya berharap Bella dan Sarah memberi peluang kepada saya untuk bersemuka dengan mereka,” coretnya lagi.
Sebelum ini, Sarah mendakwa dirinya adalah kekasih Aliff, sekali gus membuka episod baharu kecurangan aktor tersebut.
Menerusi hantaran di Instagram, pelbagai pendedahan lain dibuat Sarah yang turut mengaitkan beberapa nama selebriti lain seperti Caprice, Emma Maembong dan Chacha Maembong.
Sekadar info, kontroversi rumah tangga Aliff dan Bella tercetus lagi selepas Aliff ditangkap khalwat dengan Ruhainies di sebuah kondominium mewah, di ibu negara, Mac lalu.
SUMBER: Instagram Ruhainies
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.