Kim Seon Ho Tolak Sebarang Projek Hiburan Untuk Tahun 2022

Share

Pada akhir tahun lalu, nama Kim Seon Ho sering disebut-sebut oleh peminat di seluruh negara kerana kontroversinya bersama bekas kekasih yang dikatakan menggugurkan kandungan atas permintaan selebriti itu.

Disebabkan kontroversi tersebut, Kim Seon Ho mendiamkan diri sejurus selepas drama hitnya Hometown Cha Cha Cha berakhir. Dia turut membuat permohonan maaf atas segala perkara yang telah berlaku dan beberapa projek yang disertainya dikhabarkan telah dibatalkan.

Foto: Allkpop

Terbaharu, aktor Korea ini dikatakan menolak semua tawaran projek baharu pada tahun 2022 dan hanya menyelesaikan penggambaran filem Sad Tropics yang sudah dijalankan pada tahun lalu.

Menurut Allkpop, terdapat sumber yang mengatakan bahawa Kim Seon Ho hanya akan mengisi jadual kerjanya dengan penggambaran dan hal-hal berkaitan promosi filem tersebut. Tawaran-tawaran lain seperti lakonan, modeling dan sesi bertemu peminat di luar negara juga akan ditolak.

Foto: CNA Lifestyle

Hm, nampaknya sepanjang tahun ini kita tidak boleh menonton aksi Kim Seon Ho di kaca televisyen melainkan menerusi filem Sad Tropics. Semoga oppa Seon Ho berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman