Terbaru, pelakon sensasi, Kim Soo Hyun dilaporkan bahawa beliau berdepan risiko untuk dikeluarkan dari satu acara besar yang berlangsung di Kaohsiung, Taiwan yang dijadualkan pada 19 Mac lalu.
Menurut laporan daripada media Taiwan ET Today, penampilan pelakon yang berusia 37 tahun itu dalam acara Festival Bunga Sakura Kaohsiung yang ditaja oleh Seven-Eleven berada dalam keadaan ‘bahaya’ berikutan kontroversi yang melibatkan dirinya baru-baru ini.
Difahamkan, sebelum beliau terlibat dalam kontroversi yang melibatkan mendiang pelakon Kim Sae Ron, Soo Hyun pernah terbang ke Taiwan untuk berbincang tentang kolaborasi bersama jenama tersebut.
Pada masa yang sama, Seven-Eleven turut bersedia melancarkan tiga produk edisi terhad dengan wajah pelakon drama ‘It’s Okay To Not Be Okay’ itu termasuk makanan, cawan kopi dan penutup cawan istimewa bersempena festival tersebut.
Walau bagaimanapun, menurut laporan media, segala perancangan untuk kolaborasi bersama Soo Hyun terpaksa dipertimbangkan semula dan peluang beliau untuk muncul adalah sangat nipis.
Untuk pengetahuan, acara festival bunga sakura ini merupakan acara yang paling dinantikan oleh orang ramai kerana pada tahun lalu, lebih 60,000 peminat membanjiri festival ini.
Ads
Selain itu, bagi tahun 2025 pula, acara ini dijangka akan lebih meriah kerana ia akan dihadiri oleh selebriti dari Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan Hong Kong, termasuk Koda Kumi dan pastinya, Kim Soo Hyun sebagai selebriti utama yang akan membuat persembahan istimewa selama 40 minit pada hari terakhir festival.
Melihat pada skala acara tersebut, denda pembatalan tersebut mungkin akan mencecah kira-kira TWD30 juta iaitu lebih kurang RM4.5 juta.
Terdahulu, keluarga mendiang Kim Sae Ron mendakwa bahawa Kim Soo Hyun pernah menjalin hubungan selama enam tahun, dari 19 November 2015 hingga 7 Julai 2021 namun pihak pengurusan, Gold Medalist tampil menafikan dakwaan tersebut.
Tumpuan juga terarah kepada ‘Knock-Off’ iaitu drama terbaru Kim Soo Hyun yang bakal ditayangkan di Disney+ pada tahun 2025 membuatkan orang ramai mempersoalkan apakah ia akan menerima kesan negatif yang sama dari isu ini selain menjejaskan nama Soo Hyun sebagai salah seorang pelakon Korea paling berpengaruh?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi muda, Sharifah Aishah Retno atau lebih dikenali sebagai Aisha Retno tidak perlu disangkal lagi mempunyai bakat dan vokal yang mantap. Terbaru, Aisha Retno selangkah kehadapan apabila memenangi tempat kedua Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL 38).
Aishah Retno tampil dengan persembahan memukau dan mengejutkan penonton apabila ‘terbang’ setinggi 30 kaki di tengah gelanggang Axiata Arena sebelum mengakhiri lagu Sutera di pertandingan berprestaj tersebut.
Pernah mengakui terpaksa melalui pelbagai onak dan duri demi mencipta namanya.
Walaupun empat tahun dilihat seperti tempoh yang singkat, namun ia bukanlah suatu perjalanan mudah buat wanita berusia 23 tahun itu. Mengenang kembali momen dirinya baru bertatih dalam industri ini, Aisha yang mula dikenali selepas program realiti televisyen, Big Stage 2022 tidak dapat menahan sebak ketika berkongsi tentang perjalanan kariernya.
Dia mengakui, banyak onak liku yang perlu ditempuhinya sebelum berjaya melakar nama di pentas antarabangsa.
Rahsia Kecantikan Kulit
Berkongsi rahsia penjagaan kulit wajahnya, gadis kacukan Malaysia-Indonesia ini memberi tahu dia mempraktikkan pemakaian makeup remover walaupun tidak bersolek! Katanya, walaupun kita hanya berada di rumah terutamanya ini, masih ada kotoran yang mungkin menutup liang pori pada wajah kita.
Bagi mengelakkan kulit berjerawat pula, Aisha mengamalkan rutin penjagaan wajah seperti biasa iaitu dengan memastikan kulit sentiasa dibersihkan selepas mengenakan solekan. Malah, seboleh-bolehnya tidak akan menyentuh kulit muka dengan tangan. Jika masalah kulit berlaku, akan minum banyak air dan tidak mengambil pengambilan makanan berminyak.
Petua Dari Ibu!
Aisha juga kongsikan rutinnya pada setiap pagi. Biasanya, dia akan mengurut muka terutamanya pada bahagian rahang pipi dengan menolak ke atas untuk menegangkan kulit wajah secara semualajadi. Yang ini merupakan petua dari ibu Aisha sendiri tau!
Untuk info, Ibunya, Jean Retno Aryani yang berasal dari Indonesia merupakan bekas penyanyi era 1980-an.
So lepas ni, korang bolehlah cuba tip yang dikongsikan oleh Aisha Retno.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kumpulan punk rock lagenda, Green Day disahkan bakal membuat kunjungan sulung mereka ke Malaysia bagi menjayakan sebuah konsert pada tahun 2025!
Ditubuhkan pada tahun 1986 di California, Green Day merupakan salah satu kumpulan punk rock yang mempunyai rekod jualan album paling laris dalam sejarah dengan sebanyak 76 juta rekod terjual di seluruh dunia dan pencapaian penstriman sekerap 10 bilion secara kumulatif.
Malah, media antarabangsa Rolling Stone juga pernah menobatkan Green Day sebagai ‘kumpulan paling berpengaruh bagi generasinya’ dan telah menginspirasikan banyak kumpulan-kumpulan muzik muda untuk bertapak dalam industri seni muzik.
Ujar penganjur iaitu Live Nation Malaysia, konsert kumpulan yang pernah memenangi lima trofi anugerah Grammy itu dijadualkan berlangsung pada 18 Februari 2025 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.
Selain Kuala Lumpur, hanya satu lagi destinasi di rantau Asia Tenggara yang menjadi pilihan Green Day iaitu Jakarta, Indonesia.
REMAJA difahamkan penjualan tiket konsert akan mula dibuka untuk pemegang Mastercard dari 24 September (10 pagi) hingga 26 September (10 pagi). Buat ahli Live Nation pula, korang boleh mendapatkan tiket pada 26 September bermula jam 12 tengah hari hingga 11.59 malam.
Manakala jualan am pula boleh direbut mulai 27 September dari jam 11 pagi.
Perkara yang paling merisaukan perempuan bila bersukan adalah kalau pakaian yang dikenakan tidak sesuai dengan aktiviti. Boleh potong mood nak bersenam tau.
Namun begitu, kebanyakkan yang melakukan aktiviti bersukan terutamanya workout di gimnasiumini memilih baju sukan yang agak menjolok mata dan mengenakan jersi ketat.
Pernah menimbulkan perbalahan netizen mengenai aurat wanita terutamanya wanita bertudung, isu tersebut agak sensitif memandangkan ia dilihat kurang manis kerana tidak sesuai dengan penampilan.
Pergi gym pakai dress
Walau bagaimanapun, penyanyi bersuara lunak, Aina Abdul Aina Abdul telah mematahkan stereotaip itu dengan hadir ke gimnasium dengan memakai dress labuh serta tidak ketat sama sekali.
Rileks dan bersahaja, Aina mampu sahaja mengangkat dumbbells dan bersenam seperti biasa tanpa perlu menggayakan baju sukan yang ketat ataupun mendedahkan bentuk fizikalnya.
Posting tersebut juga disertakan dengan kapsyen mengatakan yang dia hadir ke gimnasium selepas bekerja dan terserempak dengan penyanyi lelaki, Syamel yangg turut berada di sana.
Perkongsian video di Intagram penyanyi itu telah mendapat pelbagai maklum balas positif daripada rakan selebriti dan juga warganet. Rata-rata memuji penampilan Aina yang masih lagi menjaga penampilan walaupun sedang bersenam.
Foto Via Instagram Aina Abdul
Tidak dinafikan Aina memang sering tampil dengan gaya unik yang pastinya mencuri mata peminat. Apa-apa pun penampilan Aina di Gym ini memang cool dan patut dipuji!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkhabaran yang menggemparkan dua pertandingan ratu cantik terbesar dunia, Miss Universe dan Miss World baru-baru ini melibatkan jelitawan dari Thailand, Opal Suchata Chuangsri nyata...