Lebih kurang setahun yang lalu, peminat kumpulan iKON telah meluahkan rasa sedih apabila salah seorang daripada kumpulan itu, Kim Han Bin atau lebih dikenali sebagai B.I meninggalkan iKON setelah skandal dadahnya tersebar.
Personaliti itu telah memohon maaf secara terbuka di laman instagramnya dan pihak pengurusan YG Entertainment turut mengesahkan bahawa Kim Han Bin akan meninggalkan iKON.
BACA: Terpalit Isu Skandal Dadah, B.I Bakal Tarik Diri Daripada iKON
Terbaru, Hanbin dilihat memuat naik dua gambar di akaun Instagram rasminya pada tengah malam semalam dan ini merupakan kemas kini pertamanya setelah 500 hari.
Salah satu gambar yang dimuat naik adalah pantulan dirinya di permukaan air dan sebuah gambar bangku kayu kosong.
Foto yang mendapat lebih 800 ribu tanda suka itu menerima pelbagai reaksi peminat dan mereka mula membuat tweet dengan menggunakan tanda pagar #KimHanbinIsBack di Twitter.
Walaupun tidak menunjukkan wajahnya, namun peminat pasti bahawa ini merupakan come backnya selepas lebih kurang setahun mendiamkan diri.
Welcome back, oppa!
Sumber: allkpop