Menyambut kelahiran cahaya mata sulung semestinya memori yang akan kekal terpahat di minda ibu bapa buat selamanya.Sembilan bulan mengandung bukanlah masa yang singkat.
ARTIKEL BERKAITAN: Kenal Di Sekolah Menengah, Sofyank Selamat Bernikah Selepas 7 Tahun Menyulam Kasih
Baru-baru ini, Sofyank, seorang pengaruh dan artis VFX Malaysia selamat bergelar seorang bapa setelah isterinya, Nabilah binti Ramli, berjaya melahirkan puteri pertama mereka pada 12 Disember.
Awhhh… cantik sangat tarikh kelahiran, 12.12!
Sofyank berkongsi berita gembira ini melalui cuitan di laman X (Twitter @sofyank96) berserta gambar yang memperlihatkan dia mendukung bayi mereka.
Pasangan ini turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan agar proses kelahiran anak pertama mereka berjalan lancar.
Pada Isnin lepas, Sofyank telah mengumumkan di laman Instagram tentang kehamilan isterinya yang sudah hampir melahirkan anak pertama tersebut dan meminta doa daripada orang ramai.
Pengumuman Sofyank ini mendapat sambutan positif daripada netizen, yang turut mengucapkan tahniah kepada pasangan ini atas kelahiran anak pertama mereka.
Menjenguk ke ruangan komen pula, terdapat segelintir netizen yang memberi komen berbaur usikan dan gurauan terhadap pasangan tersebut.
“Tahniah bro. Tapi tu real kan? Bukan effect kan?” tanya seorang netizen.
“Tahniah Pyan dan isteri. Semoga anak tersebut menjadi anak yang solehah. Jangan buat magic tiba-tiba minggu depan dah convo,” usik peminat lain.
KREDIT FOTO: Instagram Sofyank
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram , Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.