Kini Berhijrah, Cristiano Ronaldo Menetap Dan Jadi Warga Arab Saudi

Share

Lagenda hidup bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo akhirnya memutuskan untuk berhijrah  ke Arab Saudi untuk menyertai kelab bola sepak Al-Nassr.

Hal ini selepas beliau meninggalkan kelab bola sepak Manchester United.

ARTIKEL BERKAITAN : “Bye MU”, Cristiano Ronaldo Sah Tinggalkan Kelab Manchester United Serta-Merta

Pemain legenda Portugal itu telah menyertai kelab Arab Saudi, Al-Nassr dengan gaji yang dilaporkan 200 juta euro (RM945 juta) setahun dengan kontrak dua setengah tahun. Hal ini sekali gus menjadikannya pemain dengan bayaran gaji paling lumayan sepanjang zaman.

Selepas beberapa bulan di Arab Saudi, kekasihnya, Georgina Rodriguez dikatakan sudah mula belajar untuk menyesuaikan diri di negara tersebut.

Cristiano Ronaldo dan keluarga (Instagram)

Perpindahan Cristiano Ronaldo ke Arab Saudi telah membuka lebih ramai yang meminati bola sepak Asia, khususnya Arab Saudi. Atlet yang sering dipanggil CR7 itu memberi pengaruh positif dalam menarik pelancong menonton perlawanan Al Nassr serta membeli jersi Ronaldo di Al-Nassr.

Mengikut laporan, Cristiano Ronaldo kini tinggal di kawasan elit di Arab Saudi bernama Al-Muhammadiyah. Kawasan itu adalah kawasan elit yang tidak boleh dimasuki oleh orang biasa secara sembarangan.

Wah, memang hebat CR7 ni!

BACA LAGI :

Melebihi Harta Messi dan Cristiano Ronaldo, Faiq Bolkiah Pemain Bola Terkaya Di Dunia!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 


Published by
Nana