Antara banyak peristiwa sedih dalam industri pembikinan sesebuah filem di Hollywood, salah satu darinya adalah kematian mengejut Paul Walker akibat kemalangan ketika dia masih lagi dalam penggambaran filem Fast & Furious 7.
Filem tersebut akhirnya disudahkan dengan menggunakan teknik CGI yang menyaksikan adik lelakinya membantu mengambil alih watak yang dilakonkan oleh Paul. Ketika meninggal dunia Paul memiliki anak perempuan yang berusia 14 tahun.
Meadow Walker yang kini sudahpun berusia 22 tahun membesar sebagai seorang gadis yang sangat berhati-hati dengan cerita peribadinya. Tidak gemar berkongsi dan tidak mahu menjadikan kehidupanya sebagai tumpuan kamera, dia lebih selesa untuk meneruskan legasi yang ditinggalkan ayahnya menerusi penubuhan Paul Walker Foundation.
Gadis ini juga rapat dengan Vin Diesel dan memandang lelaki itu sebagai seorang figura ayah selepas pemergian bapa kandungnya. Tambahan pula, Vin yang merupakan teman rapat mendiang Paul sudah menjadi ‘godfather’ kepada Meadow sejak hari dia dilahirkan.
Terbaharu Meadow berkongsi kepada umum yang dia sudahpun bertunang dengan jejaka pilihannnya, Louis Thorton Allen. Mengumumkan perkara itu pada 9 Ogos 2021, dia memuat naik sebuah video di dalam kolam renang sambil menunjukkan cincin berlian dijarinya.
Pertunangan itu diumumkan selepas seminggu pasangan ini secara rasminya membuat pengakuan umum yang mereka sedang bercinta. Ketika itu Louis memuat naik sebuah gambar mesra mereka dengan ungkapan ‘Best Friend’, dan kemudian Meadow membalas dengan ucapan ‘My Love’.
View this post on Instagram
Selain menggerakkan yayasan yang didedikasikan khas kepada ayahnya. Gadis cantik ini juga merupakan seorang model dan pernah menghiasi kulit majalah serta kempen fesyen kepada jenama terkenal seperti Proenza Schouler.
Sumber gambar: Instagram Meadow Walker