Menduduki tangga ketiga dalam rekod filem box office di Indonesia tahun lalu, ternyata filem Dua Garis Biru menjadi hit di kalangan pengunjung pawagam di sana.
Dua Garis Biru juga ada ditayangkan di Malaysia pada Oktober 2019 tetapi tidak semua di kalangan kita berkesempatan untuk menontonnya.
Kini korang boleh menontonnya secara percuma di iflix sejak 5 Mac lalu! Berikut adalah reviu REMAJA terhadapnya.
Hanya dengan menonton trailer Dua Garis Biru, ramai yang pantas tertarik dengan topik hubungan bebas di kalangan remaja sehingga membawa kepada isu remaja hamil luar nikah.
Whether we would like to admit it or not, gejala hubungan bebas semakin berleluasa di kalangan kita. Dengan kebebasan infotainment yang merebak di semua platform, remaja yang sekadar duduk di rumah pun boleh mengetahui tentang hubungan bebas semudah satu klik.
Apa yang Dua Garis Biru ingin sampaikan kepada penonton adalah bagaimana seorang remaja yang telah melakukan kesalahan sebesar ini berusaha untuk mencari jalan penyelesaian.
Dua orang pelakonnya iaitu Zara JKT48 (Dara) dan Angga Yunanda (Bima) ingin sampaikan adalah betapa pentingnya pendidikan seks daripada guru mahu pun ibu bapa.
Penonton diajak untuk lebih berpengetahuan dalam menjaga diri dan tidak tersalah langkah ketika menjalinkan hubungan cinta. Amat berbahaya jika kita mendapat informasi menyesatkan dari orang yang salah tanpa memikirkan kesan jangka panjang.
Bila seorang remaja itu semakin matang, bagaimanakah solusi yang ingin diambil olehnya agar masalah tidak berubah menjadi tekanan kepada keluarga? Haa nak tahu kenalah tonton!
Rata-rata penonton memuji Dua Garis Biru kerana jalan cerita yang mudah difahami dan sarat mesej tanpa membuatkan korang bosan.
And now you can ride on the bandwagon. Filem ini kini ditayangkan di iflix – go and catch it out!
Better tonton filem di rumah sekarang memandangkan banyak filem best yang ditunda tarikh tayangannya..