Lagi khidmat bas percuma telah diperkenalkan di negara kita dan kali ini negeri Melaka pula mengambil langkah sama seperti kerajaan Selangor lakukan sejak beberapa tahun lalu.
Berita tentang pelancaran bas percuma di Melaka ini telah dilakukan pada awal bulan ini yang telah dilancarkan oleh Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.
Berkuatkuasa mulai semalam, bas percuma yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Melaka dijangka memberikan manfaat kepada lebih 290 ribu orang penduduk dalam tempih setahun.
ARTIKEL BERKAITAN: Viral Kereta VIP Cuba Potong Barisan – Wajib Ke Mereka Diberi Laluan?
Sektor pelancongan terutamanya di kalangan orang muda dna pencong asing dijangka akan terus meningkat dengan pengenalan bas percuma ini.
Di manakah laluan yang akan digunakan oleh bas percuma Melaka?
Terdapat 3 laluan utama iaitu Melaka Sentral ke Mydin (melalui Simpang Kipmart), Melaka Sentral ke Mydin (melalui Hospital Besar) dan Melaka Sentral ke Pasar Transit. Bas percuma ini beroperasi bermula dari jam 6.30 pagi hingga 8.00 malam.
Menurut pengendali iaitu syarikat di bawah kerajaan Melaka, Panorama Melaka Sdn. Bhd., ia merupakan sebagai salah satu inisiatif dalam tempoh 100 hari kerajaan Pakatan Harapan untuk memberikan khidmat cukup bermanfaat ini.
Jadi buat kamu yang ingin berjalan-jalan di Melaka, gunakanlah peluang menikmati bas percuma ini. Boleh jimat duit!