Semakin hari, semakin meningkat kes Covid-19 di negara kita.
Perkembangan terbaru hari ini,20 Mac 2020 kenyataan rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia , terdapat 130 kes baharu yang telah dilaporkan.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 1030 kes. Berdasarkan siasatan awal, daripada 130 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 48 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.
Sehingga kini, seramai 26 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.
Selain itu, terdapat 12 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Hal ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang ppulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 87 kes.
Secara langsungnya, Selangor mencatatkan kes paling tinggi sebanyak 263 kes, diikuti Kuala Lumpur sebanyak 139 kes, dan Sabah 119 kes.
Itu lah sebabnya kita digalakkan tidak keluar rumah kerana semakin hari semakin ramai dijangkiti.
Men In Black: International Tampil Dengan Gandingan Ejen Baru Yang Mantap
Filem Men In Black yang pertama dilancarkan pada tahun 1997, dibintangi oleh Will Smith dan Tommy Lee Jones sebagai Ejen J dan Ejen K mendapat kutipan box office sebanyak USD 589.4 juta, sekali gus membuktikan kehebatan filem tersebut.
Kemudian, muncul pula Men In Black 3 pada 2012 dan selepas lebih kurang 7 tahun menunggu naskhah terbaru daripada filem perisik nombor satu ini, Men In Black: International kini bakal menemui peminat di Malaysia.
Menampilkan wajah baru sebagai peranan utama dalam filem tersebut, gandingan Chris Hemsworth dan Tessa Thompson dilihat mempunyai kekuatan yang tersendiri.
Bukan hanya memperkenalkan ejen-ejen terbaru mereka, Men In Black: International juga memperlihatkan kesan khas dan senjata lebih canggih dalam aktiviti risikan mereka, serta makhluk asing yang lebih ganas.
Bermula agak perlahan
Di awal permulaan cerita, filem ini dirasakan agak perlahan sedikit dan menimbulkan rasa kurang senang sebagai penonton. Namun begitu, setelah bermulanya perjalanan mereka untuk merungkai siapakah ‘musuh dalam selimut’ di MIB, penonton diasak dengan rasa tanda tanya siapakah sebenarnya dalang dalam kes tersebut.
Sebab utama ramai yang meminati filem MIB adalah kerana watak aliennya. Walaupun ganas, mereka agak comel dan menghiburkan. Hiks!
Kehadiran karakter ‘pawny’ juga sedikit sebanyak dapat menghidupkan elemen jenaka dan sepertinya membantu filem ini untuk menjadi lebih menarik ditonton.
Walaupun jalan ceritanya agak longgar, namun yang boleh kami katakan adalah Men In Black: International tidak kurang hebatnya. Lihat saja pelakon kacak Chris Hermsworth beraksi, pasti perempuan semua cair. Haha!
Lagak Tessa Thompson menjadi perisik juga menampilkan karakter berkaliber dan menyakinkan. Sungguh pun baru pertama kali beraksi dalam siri MIB, gandingan mantap mereka nampak serasi dan harus dipuji.
Apa-apa pun ini hanya pandangan peribadi kami. Kalau korang nak tahu, kenalah tonton sendiri kan?
Men In Black: International bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 13 Jun 2019.
Selamat menonton!
UPM Beri Respon Mengenai Staf Yang Didakwa Bertengkar Kerana Kesalahan Lalu Lintas
Semalam tular di media sosial tentang pengguna lalu lintas yang telah menghemburkan kata-kata kesat kerana membunyikan hon kepadanya selepas melakukan pusingan U di kawasan larangan. Pada mulanya, netizen menganggap individu tersebut adalah seorang staf Hospital Serdang, namun pihak KKM telah pun menafikan dakwaan tersebut.
Walau bagaimanapun, wanita tersebut adalah salah seorang staf di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan pihak universiti telah pun mengeluarkan maklum balas di laman Facebook mereka dengan mengatakan bahawa UPM memandang serius berkenaan hal ini dan ia adalah reaksi spontan peribadi beliau.
Menurut UPM lagi, tatakelakuan beliau sama sekali tidak mencerminkan sahsiah serta etika yang sepatutnya diterapkan oleh warga UPM dan sehubungan dengan itu, perkara ini sedang dalam siasatan pihak UPM untuk tindakan selanjutnya.
Video tular yang dimuat naik oleh Fadzli Amin dua hari lalu mendapat perhatian ramai apabila kelakuan wanita tersebut berjaya dirakam. Lokasi kejadian berlaku di Hospital Serdang dan cara wanita itu membuat pusingan U adalah membahayakan orang lain. Beliau juga telah melakukan provokasi yang melampau serta mendoakan mereka dijangkiti COVID-19.
@kkmm_gov @KKMPutrajaya macam ni ke sahsiah seorang doktor? Lokasi di hospital serdang. Cara dia uturn membahayakan orang lain dan melakukan provokasi yang melampau. Wajar ke seorang doktor doakan orang kena covid? pic.twitter.com/AvuCadtPLO
— Fadzli Amin (@Fadzmin_) February 2, 2021
Wow dah la uturn macam tu..pukimak kan orang 👍🏻 pic.twitter.com/aqZ8cXLxQi
— Fadzli Amin (@Fadzmin_) February 2, 2021
Rata-rata netizen menyifatkan perbuatan staf UPM itu adalah tidak sepatutnya berlaku kerana beliau seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada pelajar.
Namun begitu, individu yang juga merupakan seorang Prof Madya itu telah pun membuat permohonan maaf di Instagramnya.
Hm, biarlah pihak UPM menjalankan siasatan tentang kes yang berlaku ini. Kita serahkan sahaja kepada pihak yang bertanggungjawab. Semoga semuanya dapat diselesaikan dengan baik.
Sumber: UPM, Fadzli Amin
Datang Nak ‘Enjoy’ Aksi LIMA 2023, Sekali Hati Terpaut Pada Juruterbang Oppa!
Memasuki hari ketiga Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ’23), ia ternyata telah menarik tumpuan dunia penerbangan antarabangsa.
Tambahan pula dengan penyertaan 525 pempamer mewakili 140 syarikat dari seluruh dunia, edisi kali ini dilaporkan sebagai yang terbesar dalam sejarah penganjurannya.
Bagi kebanyakan pengunjung yang bertandang ke Pulau Langkawi, tentunya mereka teruja untuk menyaksikan aksi-aksi menarik persembahan akrobatik udara yang menanti mereka pada setiap hari.
Begitu juga dengan ruangan pameran yang menyediakan pelbagai jentera penerbangan ‘rare’ untuk tontonan umum.
Begitupun sejak hari pertama penganjuran LIMA, ia sudahpun tular di media sosial bukan kerana tarikan yang dinamakan tadi. Sebaliknya, LIMA ‘trending’ terutamanya di platform TikTok serta YouTube disebabkan kehadiran juruterbang ‘oppa’ dari pasukan penerbangan akrobatik Korea Selatan, Black Eagle.
Bukan hanya aksi mereka di awan biru yang dipuji warganet, malah rupa paras kacak mereka sewaktu merentasi trek penerbangan juga seakan menjadi kegilaan ramai!
@wan_hazlami Kenapa anda perlu datang LIMA? Ini jawapannya🤭🤭#limalangkawi2023 #oppasaranghaeyoo #blackeagle #acrobaticflight #fypage #korea 🇰🇷 #fypシ゚viral #aviationlife #foryoupage ♬ bunyi asal – T Rex Wan
Ada yang turut membandingkan momen mereka berjalan di trek dengan babak daripada drama, Descendants of the Sun yang dibintangi oleh ‘oppa tentera’ Song Joong-ki, Jin Goo dan Kim Min-seok.
Tidak kurang juga yang tertarik untuk menonton semula K-drama terkenal dari tahun 2016 setelah melihat kelibat para juruterbang Korea di LIMA itu.
Amboii, sabar sis! Hehe..
ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon K-Drama ‘Descendant Of The Sun’, Meninggal Dunia Berpunca Kanser Usus Besar – REMAJA
Apapun, aksi berani pasukan Black Eagle di ruang udara sememangnya wajar dipuji. Jom lihatnya di pautan di bawah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.