Kini Menuntut Di Juilliard New York, Tengku Irfan Ajak Korang Dekati Muzik Klasikal

Share

 

Semuanya bermula pada tahun 2009 sejak pemain piano berbakat ini berkolaborasi rapat dengan Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO).

 

Sejak peluang untuk melakukan persembahan pertamanya di pentas tersebut. Tengku Ahmad Irfan Tengku Ahmad Shahrizal atau lebih mesra dengan panggilan Tengku Irfan telah diberikan kesempatan untuk memperlihatkan bakat luar biasa dalam bermain piano.

Kini pada usia 20 tahun, Tengku Irfan bukan saja bergelar penuntut di akademi berprestij – Juilliard School di New York. Dia juga baru-baru ini dilantik sebagai Duta Remaja MPO pertama.

 

 

“Ya, saya rasakan terharu dan bersyukur dengan pelantikan ini. Melaluinya, saya ingin sebaik mungkin mengajak remaja di luar sana yang tidak pernah mendengar muzik klasikal untuk datang ke sini sempena ulang tahun MPO dan Dewan Filharmonik Petronas (DFP).

Try to give it a chance. Muzik klasikal sebenarnya sama saja dengan genre lain. Ia mempunyai tempo, bass dan beat yang ramai remaja gemarkan sekarang,” katanya yang turut ditemani pentadbir artistik MPO, Khor Chin Yang.

 

Khor Chin Yang dan Tengku Irfan.

 

Remaja yang murah dengan senyuman ini menganggap muzik klasikal kini boleh didengari di mana-mana. Sama ada dalam alunan muzik ‘mainstream’ yang dimainkan di radio ataupun dalam skor muzik latar filem terkenal seperti Harry Potter, kita semua sebenarnya terdedah kepada muzik klasikal – dalam sedar atau tidak.

Cumanya, pengalaman menonton dan mendengar secara live adalah sesuatu yang harus dialami oleh semua orang, terutamanya golongan remaja seperti korang.

“Saya sedar ramai yang takut untuk cuba mendengar. Tapi jika tak cuba, bagaimana kita tahu sama ada ia sedap didengar atau tidak.”

 

Sudah 9 tahun Tengku Irfan melakukan persembahan untuk MPO sejak 2009.

 

Bercakap mengenai pengalamannya sebagai pelajar di Julliard New York, Tengku Irfan sempat berkongsi bagaimana kondisi pembelajaran di sana.

It is a great place. Saya dapat melihat ramai lagi pelajar seperti saya melakukan rutin yang sama.

“Dan persekitaran di Julliard juga sebenarnya friendly walaupun kami kompetitif dan berada dalam satu jurusan,” katanya lagi.

Pada masa terluang pula, dia lebih gemar menghabiskan masa di Central Park kerana di situ, dirinya boleh merasa tenang dan menghilangkan diri daripada kesibukan New York.

 

“Selain itu, saya juga gemar menonton pementasan Broadway memandangkan ia sukar didapati di Kuala Lumpur. Walaupun harga tiketnya mungkin sedikit mahal, tetapi Broadway adalah antara keistimewaan yang ada di New York. Pelancong seluruh dunia datang ke sini semata-mata untuk menontonnya secara live.

“Antara yang saya gemari ialah Phantom of the Opera dan Aladdin. But because of my student budget, saya tak boleh menonton lebih banyak muzikal buat masa ini,” simpulnya yang tak sabar untuk menjayakan Konsert Gala 20 Tahun Ulang Tahun MPO pada 17 dan 18 Ogos ini.

 

 

Untuk makluman lanjut mengenainya, layari laman web mpo. Jumpa korang dekat sana!

 

Published by
FZ