
Lain orang, lain bau kegemarannya.
Betulkan penulis jika tersalah. Tetapi ada rakan korang, ahli keluarga korang ataupun korang sendiri yang menggemari bau tertentu.
Contohnya seperti bau lavendar, bau pinewood daripada gedung perabot IKEA, bau halaman muka surat buku baru atau dalam kes ini, bau minuman Starbucks panas.
Iya, aroma minuman kopi daripada stor tersebut memang mudah untuk menusuk ke hidung. Lalu membuatkan orang di sekeliling terliur ingin merasainya.
Kini, seluruh kereta boleh berbau minuman Starbucks pada setiap hari! Hanya sangkutkan saja pewangi kereta edisi terhad ini di dalam kereta.
Semalam, Starbucks Malaysia telah mengumumkan produk edisi terhad ini di akaun media sosial mereka. Ia hadir dalam dua jenis aroma berlainan iaitu teh hijau (matcha) dan coklat.
Bagi korang yang berminat, dapatkannya di cawangan Starbucks pandu lalu pada harga RM25.
Korang juga boleh membelinya pada harga RM15 jika membeli minuman bersaiz Venti.
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK!
Nabil Aqil Terkejut Bapa Bina Rumah Kayu Kampung Cecah RM500k Untuk Majlis Persandingannya Nanti

Isi Kandungan
ToggleAktor tampan, Nabil Aqil terkejut selepas mengetahui bahawa bapa tercintanya, Ahmad Zaidi Masri, telah membina sebuah rumah kayu kampung yang dianggarkan bernilai lebih RM500,000 di Kuang, Sungai Buloh, khusus untuk majlis persandingannya kelak.
Menurut Nabil yang membesar di bandar, dia memang sudah lama mempunyai impian untuk mengadakan majlis perkahwinan dalam suasana kampung. Namun, dia tidak menyangka bapa tercinta akan membina sebuah rumah khas untuk impian tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Nabil Aqil Tumpang Gembira Lihat Adik Bahagia -“Imran Memang Layak Untuk Ada Puteri Dalam Hidupnya”
“Saya tak sangka dia sanggup bina sebuah rumah kampung khas untuk majlis persandingan saya nanti.
“Memang saya ada cakap saya mempunyai impian untuk mengadakan majlis kenduri kahwin di kampung dan ini satu kejutan besar buat saya,” katanya.
Namun begitu, Nabil mengakui bahawa dia masih belum menemui calon isteri yang sesuai untuk merealisasikan impian tersebut.
“Memang saya berharap dapat mendirikan rumah tangga secepat mungkin, tetapi buat masa ini saya reda kerana belum bertemu dengan jodoh yang sesuai.
“Saya percaya Allah sudah aturkan yang terbaik untuk saya,” tambahnya lagi.
Bapa Nabil, turut berkongsi mengenai rumah kayu tersebut yang asalnya dibina pada tahun 1928 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Rumah tersebut dipindahkan dengan penuh teliti menggunakan teknik tanggam tanpa menggunakan paku.
“Rumah ini dipindahkan dan dipasang semula di lokasi sekarang.
“Ia adalah simbol keunikan seni bina tradisional yang masih relevan dalam memenuhi keperluan moden hari ini,” kata Ahmad Zaidi.
Tambahnya lagi, memandangkan Nabil masih belum mempunyai calon isteri, rumah yang diberi nama Rumah Kayu 1928 itu, kini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk majlis eksklusif seperti perkahwinan, sambutan hari lahir, dan acara korporat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Timang Anak Usia 25 Tahun, Selebriti Berduyun Ucap Tahniah Pada Elfira Loy

Baru sebentar tadi, pelakon cantik Elfira Loy dan suaminya, Faris Anuar telah menimang cahaya mata sulung mereka di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Andorra Selangor.
Pejam celik, Elfira pantas mengharungi tempoh sembilan bulan kehamilan.
Mereka berdua menaiki pelamin pada tahun baru, 1 Januari lalu dan selang 10 bulan, hari yang dinanti tiba juga.
Nama dan jantina kepada bayi ini masih dirahsiakan sehinggalah waktu yang tepat tiba. Namun Elfira tidak melengah-lengahkan masa untuk berkongsi berita gembira ini dengan rakan, keluarga dan peminat.
View this post on Instagram
Syukur Alhamdulillah | 1.10.19
A post shared by 25 | 🇲🇾 | (@elfiraloy) on
Menerusi posting itu juga, ramai rakan selebriti yang tidak terkecuali mengucapkan tahniah kepada Elfira dan Faris.
Wow, memang jelas Elfira dan Faris disenangi oleh ramai rakan selebriti.
Mereka berdua terutamanya Elfira ikhlas ketika berkawan dan bekerja, jadi ramai yang mendoakan segalanya dipermudahkan ketika fasa menimang cahaya mata ini.
Apapun, REMAJA ingin ucapkan TAHNIAH kepada kalian berdua. Semoga fasa menjadi ibu dan ayah selepas ini akan kalian enjoy bersama.
P.S: Tak sabar nak tahu nama bayi mereka.
Ketahui 5 Perkara Mengenai Tengku Mahkota Pahang Berusia 23 Tahun Ini

Isi Kandungan
Toggle
Hari ini merupakan hari bersejarah buat Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah setelah dimasyurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang DAN Pemangku Raja Pahang.
Seperti yang dilaporkan oleh rakan media di Astro Awani, istiadat pelantikan dan pemasyuran di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di Kuantan itu juga mencatat sejarah dalam Kesultanan Pahang moden apabila proses pemasyuran kedua-dua jawatan utama kerabat Diraja Pahang itu dilakukan serentak ke atas seorang ahli kerabat.
Berbanding beberapa ahli kerabat kesultanan negeri lain yang lebih – hhm – menonjol di khalayak ramai, Tengku Hassanal nyata lebih selesa dengan sikap low profile.
Walaupun tak banyak info yang rakyat ketahui mengenai Baginda, ini adalah 5 perkara yang menarik mengenai Tengku Hassanal.
01
Diputerakan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Baginda merupakan anakanda sulung kepada Al-Sultan Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang Tungku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar.
02
Baginda mempunyai dua orang adinda lelaki dan dua orang adinda perempuan. Mereka terdiri daripada Tengku Muhammad Iskandar Riayatuddin Shah, Tengku Ahmad Ismail Muad’zam Shah, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah.
Tengku Hassanal juga merupakan sepupu kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
03
Baginda Sultan mengakui akan kekurangan pengalaman yang dimiliki oleh Tengku Hassanal.
“Namun, Beta percaya Tengku Hassanal telah dilatih dengan baik untuk memegang kepercayaan dan menjalankan tuhas. Beta yakin dia boleh menjadi seorang pemimpin yang baik untuk negeri dan rakyat Pahang,” kata Baginda semasa mesyuarat Majlis Raja-Raja pada minggu lalu.
04
Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah St. Thomas Kuantan sebelum menyambung pengajian di Caldicott Preparatory School dan di Sherborne School, kesemuanya terletak di Great Britain.
Pada tahun lalu, Baginda memperoleh ijazah sarjana muda dalam jurusan Perhubungan Antarabangsa daripada Fakulti Diplomasi Geneva di Switzerland. Sekaligus, baginda merupakan anakanda ketiga yang menerima ijazah selepas YM Tengku Amir Nasser dan YM Tengku Iman Afzan.
Buat masa ini, Tengku Hassanal sedang menjalani latihan di Royal Military Academy Sandhurst di Great Britain, lokasi sama yang disertai oleh Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan DYTM Tengku Amir Shah. Namun setelah perlatikan dan pemasyuran ini, status pendidikan Baginda itu masih belum dapat dipastikan.
05
Pada usia 23 tahun, Tengku Hassanal mewarisi sikap ibunya yang cukup mesra rakyat semasa mencemar duli pada aktiviti kemasyarakatan di sekitar negeri Pahang terutamanya semasa rakyat negeri ditimpa musibah.
BACA: Putera Harry Telah Dimiliki, Ini 5 Lagi Putera Bujang Kacak