Percintaan antara manusia dan naga, is it possible?
Sering kali terdengar kisah percintaan antara dua darjat yang ditentang seperti kisah cinta epik Romeo dan Juliet, pernah tak terfikir percintaan antara makhluk mistik dan juga manusia?
Filem hit Thailand, Nakee 2 merupakan kesinambungan kisah naga Nakee yang pernah hits di Thailand pada tahun 2016 dibarisi oleh para pelakon popular seperti Nadech Kugimiya, Yaya Urassaya, Ken Phupoom, Taew Natapohn dan ramai lagi.
Nakee dimulakan menerusi penceritaan semula mengenai kisah cinta Nakee yang merupakan seekor naga betina dengan seorang manusia hinggalah mereka bakal dikurniakan cahaya mata. Namun, oleh kerana tidak mahu dihukum kerana menentang hukum karma, maka Nakee menyorokkan kehamilannya itu.
Namun, pelbagai dugaan buruk melanda hinggalah Nakee terpaksa berpisah dengan kekasih namun mereka berjanji akan bersama semula untuk kelahiran seterusnya. 1000 tahun kemudian, Nakee dan juga kekasih hatinya dilahirkan semula.
Namun, nasib malang tetap menimpa mereka apabila ibu Nakee dibunuh dihadapan matanya membuatkan dia mengamuk dan membunuh seluruh penduduk kampung. Susulan itu, dia dihukum dan jika engkar perkara yang lebih buruk akan menimpanya.
Ads
Fast forward, Sroi yang dilakonkan oleh Yaya Urassaya merupakan gadis sunti di kampung tersebut bermimpi orang-orang kampung yang dibunuh. Tanpa diketahui bahawa mimpi-mimpinya itu menjadi benar.
Sementara itu, Pongprab yang dilakonkan oleh Nadech Kugimiya merupakan inspektor polis yang baru tiba di kampung tersebut pada mulanya tidak mempercayai makhluk-makhluk mistik tersebut namun dia mempercayai Sroi.
Entah bagaimana, penduduk kampung yang paranoid ingin menangkan dan membunuh Sroi kerana mempercayai bahawa dia adalah dalang segala pembunuhan di kampung tersebut.
Ads
Rupa-rupanya, segala kisah antara Nakee, Sroi dan juga Pongprab ini saling berkait dan segalanya terungkai di penghujung cerita.
Cinta, lucu, seram, mistik semuanya ada dalam Nakee 2. Malah, lakonan kesemua pelakon di dalam filem ini juga menjadi malah ada babak dimana penonton tertawa.
Namun begitu, terdapat juga pengajaran yang boleh kita pelajari dalam filem ini seperti kita tidak sepatutnya menuduh tanpa usul periksa, sepatutnya siasat dahulu dan setelah pasti barulah menjatuhkan hukuman.
Ads
Selain itu, ada ketika Pongprab juga seolah-olah muak dengan kepercayaan penduduk kampung yang dianggapnya karut. Kadang-kadang, kita harus menghormati kepercayaan seseorang itu walaupun kita anggap ia tidak munasabah.
Dan akhir sekali, jika sudah jodoh…berpisah bagaimanapun pasti akan bersama juga. Dalam filem ini, Sroi berdoa agar Nakee dapat bertemu cinta sejatinya. Well, kalau sudah tertulis jodoh kita, pasti tak akan ke mana?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kes buli dalam kalangan pelajar merupakan isu serius yang patut diambil perhatian. Kelakuan membuli ini sebenarnya meninggalkan kesan kepada mangsa buli seperti trauma dan paling sadis ia mampu meragut nyawa.
Kelmarin, seorang pelajar lelaki di sebuah asrama anak yatim dan miskin di Pahang, meninggal dunia dipercayai dipukul rakan hanya kerana duit RM4. Dituduh mencuri, mangsa maut dibelasah rakannya dalam kejadian di asrama anak yatim dan miskin di Kuantan, Pahang,
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa bersama tujuh lagi rakan lain termasuk suspek berusia 16 tahun yang dilantik sebagai ketua untuk melakukan tugasan gotong-royong membersihkan surau.
Suspek menuduh mangsa telah mengambil wangnya sebanyak RM4. Tetapi mangsa dikatakan tidak mengendahkan ‘teguran’ itu menyebabkan suspek berang lalu menyepak, mencekik dan menghempas mangsa ke atas lantai menyebabkan kanak-kanak itu tidak sedarkan diri.
Kejadian itu disaksikan oleh tujuh penghuni asrama lain. Suspek bersama dengan dua saksi kemudian membawa mangsa ke bilik penyelia asrama berusia 35 tahun dalam keadaan masih bernyawa sebelum diserang sawan.
Bimbang melihat keadaannya, mangsa terus dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk mendapatkan rawatan. Namun pegawai perubatan menegsahkan mangsa telah meninggal dunia.
Ekoran kejadian itu, penyelia asrama tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik HTAA untuk dibedah siasat, manakala suspek direman selama tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Kita seharusnya mengambil pengajaran dari apa yang berlaku ini. Takziah kami ucapkan kepada ahli keluarga dan kenalan rapat mangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiada apa yang lebih menyedihkan di saat minat mendalam namun akhirnya terpaksa terhenti akibat kecederaan. Namun lebih mengecewakan apabila kontrak ditamatkan.
Dalam satu laporan Harian Metro, tamatnya perlumbaan di Grand Prix (GP) Portugal minggu lalu bermakna berakhir sudah karier Khairul Idham Pawi dalam Kejuaraan Motosikal Dunia dalam saingan Moto3 apabila kontraknya bersama Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) tidak disambung.
Ia menjadi pengakhiran mengecewakan buat pelumba itu selepas apa diusahakan selama ini oleh ayahnya, Pawi Omar berakhir dengan cara paling tidak diingini.
Pawi berkata, dia cuba memujuk Khairul Idham atau lebih dikenali dengan Super KIP untuk meninggalkan dunia permotoran dan beralih kerjaya sebagai penternak lembu. Ia bukan gurauan, malah Super KIP ketika bersiaran di laman sosial Instagram baru-baru ini turut memaklumkan dia mungkin beralih angin menjadi petani dengan menanam pisang.
Kata Pawi, dia kecewa dengan apa berlaku dan selepas bergolok-gadai dan diisytiharkan muflis, malah sehingga KIP mengorbankan jarinya, namun karier anaknya itu berakhir dengan cara tidak disangka pada usia 22 tahun.
"Khairul satu dalam sejuta. Saya bukan nak bangga, tapi saya didik dia dari kecil sejak sekolah lagi. Macam mana susahnya saya didik dia, asuh dia bergolok-bergadai rumah. Berniaga hingga muflis sampai ke hari ini.
"Malah sekarang saya masih tanggung saman dari LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) sebanyak RM36,000 tiap-tiap bulan sebab tak bayar cukai demi jadikan Khairul sebagai pelumba. Tiba-tiba jadi macam ini. Saya amat kecewa," katanya.
Khairul kini berada di tanah air dan menjalani proses kuarantin wajib di salah sebuah hotel di ibu negara.
Dia dijangka pulang ke kampung halaman, Batu Gajah, Perak pada 7 Disember depan selepas tamat tempoh itu.
Kata Pawi, Khairul mungkin bertukar kerjaya dan beliau cuba pujuk anaknya untuk tinggalkan perlumbaan dan mulakan hidup baharu.
"Saya sangat kecewa dengan SRT, termasuk Khairul. Saya tak pernah lihat dia betul-betul kecewa seperti hari ini. SRT tak bagi dia peluang. Masa di Moto2 dia jatuh cedera dan berehat panjang tukar ke Moto3. Jatuh lagi dan cedera lagi sehingga potong jari.
"Sebenarnya perkhabaran khidmat Khairul ditamatkan itu saya tahu sejak Julai. Sudah ada khabar angin bertiup. Sebelum dia potong jari dan kalau dah tahu begitu, kenapa mereka suruh dia potong jarinya," kata Pawi.
Khairul menyertai Petronas SRT pada 2019 dalam kategori Moto2, tetapi selepas bergelut dengan masalah kecederaan, dia memasuki kategori Moto3 setahun kemudian. Sepanjang bergelar pelumba, Khairul pernah dua kali menaiki podium sebagai juara dalam Moto3 pada 2016 di Argentina dan Jerman. Sumber : Harian Metro / Gambar : Petronas SRT
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jumlah peningkatan mendadak jumlah kes pesakit COVID-19 di Selangor disumbangkan dari Kluster Teratai. Dua hari lalu diberitakan Kluster Teratai membabitkan pekerja kilang Top Glove di Meru, Klang, mencatatkan peningkatan jangkitan Covid-19 tertinggi iaitu 1,067.
Untuk pertama kalinya, semalam 24 November 2020, Malaysia telah merekodkan kes harian mencecah angka dua ribu iaitu sebanyak 2,188 kes baharu. Inimenjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 58,847 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 14,353 kes. Tiada kes import yang dilaporkan pada hari ini.
Negeri Selangor masih lagi mencatatkan pelaporan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,623 kes (74.2 peratus). Ini diikuti oleh negeri Sabah iaitu sebanyak 232 kes (10.6 peratus) dan negeri Perak sebanyak 112 kes (5.1 peratus). Sebahagian besar daripada kes yang dilaporkan di negeri Selangor adalah daripada Kluster Teratai dengan pertambahan sebanyak 1,511 kes (93.1 peratus). Ini bermakna dalam tempoh dua hari sahaha, hampir 500 orang pekerja Top Glove dijangkiti.
Di sebalik isu ini, apa yang mengecewakan, pekerja asing dilihat masih selamba berada di luar kawasan asrama mereka, seolah-olah tidak risaukan wabak yang telah menular di kawasan tersebut.
Ekoran itu, ADUN Meru, YB Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar di fb Pusat Khidmat Masyarakat N42 Meru Klang telah berkongsi beberapa keping gambar warga asing berada di luar asrama mereka seolah-olah kawasan tersebut bebas dari wabak. Ia jelas menakutkan penduduk sekitar yang turut menghuni kawasan tersebut kebolehjangkitan di kawasan tersebut.
Dalam catatan di fb tersebut, Ustaz Mohd Fakhrulrazi berkata, pihak Top Glove patut bertanggung jawab di atas penyebaran wabak Covid-19 kepada warga Meru.
Sikap pekerja asing mereka yang terus merayau dan ingkar arahan PKPD di khuatiri akan membawa wabak Covid-19 kepada warga tempatan.
Saya secara peribadi amat kecewa dengan sikap mereka walaupun pihak pengurusan Top Glove telah berjanji dengan saya untuk mengawal mereka.
Bagi saya pihak Top Glove telah gagal mengawal dan menunaikan janji anda! Sumber & gambar : Pusat Khidmat Masyarakat N42 Meru Klang – YB Fakhrulrazi Mokhtar
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024 sudah pun bermula pada hari ini. Bagi pelajar SPM, selain sibuk dalam mengulang kaji semula segala...