Percintaan antara manusia dan naga, is it possible?
Sering kali terdengar kisah percintaan antara dua darjat yang ditentang seperti kisah cinta epik Romeo dan Juliet, pernah tak terfikir percintaan antara makhluk mistik dan juga manusia?
Filem hit Thailand, Nakee 2 merupakan kesinambungan kisah naga Nakee yang pernah hits di Thailand pada tahun 2016 dibarisi oleh para pelakon popular seperti Nadech Kugimiya, Yaya Urassaya, Ken Phupoom, Taew Natapohn dan ramai lagi.
Nakee dimulakan menerusi penceritaan semula mengenai kisah cinta Nakee yang merupakan seekor naga betina dengan seorang manusia hinggalah mereka bakal dikurniakan cahaya mata. Namun, oleh kerana tidak mahu dihukum kerana menentang hukum karma, maka Nakee menyorokkan kehamilannya itu.
Namun, pelbagai dugaan buruk melanda hinggalah Nakee terpaksa berpisah dengan kekasih namun mereka berjanji akan bersama semula untuk kelahiran seterusnya. 1000 tahun kemudian, Nakee dan juga kekasih hatinya dilahirkan semula.
Namun, nasib malang tetap menimpa mereka apabila ibu Nakee dibunuh dihadapan matanya membuatkan dia mengamuk dan membunuh seluruh penduduk kampung. Susulan itu, dia dihukum dan jika engkar perkara yang lebih buruk akan menimpanya.
Fast forward, Sroi yang dilakonkan oleh Yaya Urassaya merupakan gadis sunti di kampung tersebut bermimpi orang-orang kampung yang dibunuh. Tanpa diketahui bahawa mimpi-mimpinya itu menjadi benar.
Sementara itu, Pongprab yang dilakonkan oleh Nadech Kugimiya merupakan inspektor polis yang baru tiba di kampung tersebut pada mulanya tidak mempercayai makhluk-makhluk mistik tersebut namun dia mempercayai Sroi.
Entah bagaimana, penduduk kampung yang paranoid ingin menangkan dan membunuh Sroi kerana mempercayai bahawa dia adalah dalang segala pembunuhan di kampung tersebut.
Rupa-rupanya, segala kisah antara Nakee, Sroi dan juga Pongprab ini saling berkait dan segalanya terungkai di penghujung cerita.
Cinta, lucu, seram, mistik semuanya ada dalam Nakee 2. Malah, lakonan kesemua pelakon di dalam filem ini juga menjadi malah ada babak dimana penonton tertawa.
Namun begitu, terdapat juga pengajaran yang boleh kita pelajari dalam filem ini seperti kita tidak sepatutnya menuduh tanpa usul periksa, sepatutnya siasat dahulu dan setelah pasti barulah menjatuhkan hukuman.
Selain itu, ada ketika Pongprab juga seolah-olah muak dengan kepercayaan penduduk kampung yang dianggapnya karut. Kadang-kadang, kita harus menghormati kepercayaan seseorang itu walaupun kita anggap ia tidak munasabah.
Dan akhir sekali, jika sudah jodoh…berpisah bagaimanapun pasti akan bersama juga. Dalam filem ini, Sroi berdoa agar Nakee dapat bertemu cinta sejatinya. Well, kalau sudah tertulis jodoh kita, pasti tak akan ke mana?