Inpirasi

Kisah MIZZ NINA Tinggalkan Dunia Glamor Hanya Kerana Allah. Jadi Inspirasi!

Share

Siapa yang tidak mengenali Mizz Nina atau nama sebenarnya, Syazrina Azman, seorang yang dahulunya penyanyi, penerbit dan kini merupakan seorang aktivis kemanusiaan yang cukup aktif.

Kisah MIZZ NINA Tinggalkan Dunia Glamor Hanya Kerana Allah. Sering Jadi Inspirasi!

ARTIKEL BERKAITAN : Mizz Nina Selamat Bernikah Dengan Pelakon, Penyanyi Dan Penulis Lirik

Foto Via Instagram Mizz Nina

Pernah mengemparkan industri muzik dengan ‘penghijrahnya’ selepas pemergian ke Tanah Suci Mekah sekitar tahun 2013 benar-benar mengubah dirinya sampai ke hari ini. Dari seorang penghibur seni popular dan bertaraf antarabangsa, berkat kurniaan hidayah dari Allah dia berubah menjadi seorang muslim sejati. Malah, kisah penghijrahan Mizz Nina sering menjadi inspirasi.

Penghijrahan Mizz Nina sering menjadi inspirasi.

Dalam temu bual bersama Mizz Nina ketika menjadi penghias muka depan Nona suatu ketika dulu, dia mengambil restu dan doa daripada bekas suami (ketika itu suaminya) serta keluarga untuk mempelajari Islam dengan lebih mendalam. Baginya, dia tak pernah penat belajar dan mendalami ilmu kerana percaya ia mampu menjadi kekuatan seseorang.

“Sewaktu di sana, mula timbul dalam hati untuk mengerjakan haji pula. Bermula dari sana, saya belajar mendalami Islam sedikit demi sedikit. Saya belajar mengaji, banyak menghadiri ceramah dan beberapa kelas lain.”

Foto Via Instagram Mizz Nina

Sejak bergelar Hajah, pemilik nama Shazrina Tan Sri Azman ini mengakui lebih selektif dan teliti dengan tawaran seni yang diterima. Ujarnya, “Saya lebih teliti dalam soal penyampaian kerana ada batasan yang perlu dijaga. Allah telah merencanakan kisah yang cukup cantik dalam kehidupan saya.

Mula-mula, diberikan rezeki untuk saya bersama dalam rancangan Chichi & Chacha, sebuah rancangan bersiri kanak-kanak. Kemudian dibukakan hati untuk terus dekat denganNya. Saya lupakan segalanya hanya kerana Allah Taala.”

Berbekal azam untuk berubah menjadi insan yang lebih baik, Mizz Nina pulang ke tanah air dengan imej baharu dan sopan. Namun penampilannya mendapat reaksi negatif daripada sesetengah pihak.

“Perkara pertama yang diulas peminat tatkala saya mula memuat naik gambar berhijab adalah ‘permanent ke tudung tu?’. Saya hanya mampu tersenyum kerana manusia ada banyak ragam dan cara. Kita banyak mengadili manusia lain sebelum kita melihat diri sendiri.

Saya cuba menjadi seorang Muslim yang baik dan menjaga hubungan baik dengan Allah. Dari segi kerjaya seni, saya cuba buat yang termampu dan paling penting, saya tetapkan dalam hati agar tidak kembali kepada Mizz Nina yang dulu, jauh sekali untuk membuka hijab semula.

Semua orang ada pengalaman sendiri dan penyampaian hidayah Allah kepada mereka berbeza. Begitu juga saya. Keputusan untuk mengerjakan haji adalah keputusan terbaik saya buat dalam kehidupan. Saya lakukan kerana Allah.”

Bapa tersayang sebagai inspirasi

Dalam temu bual eksklusif itu juga, Mizz Nina mendedahkan dia melihat figura bapa tersayang sebagai inspirasi ke arah kebaikan.

“Saya tahu dengan siapa saya perlu bertanya dan pada siapa saya perlu merujuk. Impak penghijrahan ini membawa makna yang cukup besar. Ayah menunaikan haji baru sekali tetapi perubahan yang dibawa dalam hidup cukup-cukup terkesan dan ini yang saya cuba teladani.

Begitu ramai yang menghantar permohonan untuk menunaikan haji tetapi saya pula yang dijemput Allah untuk menyahut seruanNya. Hanya syukur mampu dipanjatkan.

Untuk terus berada di landasan Allah, saya cuba mencari bahan untuk menyumbang kepada agama. Dalam bidang seni suara pula, penyampaian itu adalah daripada perkara yang baik-baik kerana saya mahu berkongsi bersama peminat terutamanya apa yang sedang berlaku dalam hidup saya kini.”

Meniti usia 43 tahun, Mizz Nina merupakan anak bongsu daripada lima beradik buat pasangan Tan Sri Azman Hashim dan Tunku Arishah Tunku Maamor.

Terdahulu, Mizz Nina mengumumkan sudah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Essam Muhammad dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat baru-baru ini.

Sedikit informasi, sebelum ini Mizz Nina pernah berkahwin dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh selama lebih sepuluh tahun sebelum mengumumkan perceraian pada Ogos tahun lalu. Mereka juga memiliki seorang anak angkat yang dikenali dengan nama Musa.

Moga Mizz Nina terus istiqomah dan menjadi muslimah yang berjaya di dunia dan akhirat!

Artikel ini diambil dan diolah dari NONA.

BACA LAGI : Ikut Jejak Mizz Nina Dan Neelofa, Terkini Caprice Bakal Lancar Aplikasi Islamik JustSolat.com

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana