Mula ditayangkan pada 29 Jun lepas, k-drama terbaru di Netflix iaitu “Extraordinary Attorney Woo” ini sedikit berbeza dengan drama-drama Korea yang lain, drama ini mengetengahkan watak autistik sebagai watak utamanya.
ARTIKEL BERKAITAN : K-Drama ‘It’s Okay Not To Be Okay’ Ajar Butterfly Hug Untuk Kesihatan Mental
Berkisar tentang wanita bernama Woo Young-woo (yang dilakonkan oleh Park Eun-bin) , seorang peguam autisme yang menyelesaikan pelbagai kes dengan caranya tersendiri.
Dalam episod awal ini, Woo Young-woo disajikan dengan kes yang mencabar kredibilitinya sebagai peguam. Walau bagaimanapun, dengan sokongan rakan dan keluarga rapat, peguam itu berjaya menyelesaikan kes berkenaan dengan baik.
Malah Woo Young-woo yang sering tidak dilayan apabila bercerita mengenai ikan paus telah menemui rakan baru iaitu Lee Jun-ho yang seronok melayannya. Malah lelaki itu juga kelihatan tertarik dan mahu belajar menjadi peguam yang baik dari Woo Young-woo.
Meskipun menyentuh pelbagai isu guaman, namun “Extraordinary Attorney Woo”
berjaya menjelaskan hal itu dalam susut yang ringan selain disertai dengan telatah Woo Young-woo yang comel namun berdedikasi.Drama ini turut membawa mesej-mesej yang sangat mendalam dan terdapat banyak perkara yang menarik mengenainya.
Tak dinafikan lakonan Park Eun-bin juga harus diberikan pujian kerana dapat membawa watak ini dengan baik.
Jadi, tak hairanlah meskipun baru 2 episod sahaja ke udara, drama itu berjaya meraih rating yang tinggi buat saluran berkenaan iaitu 1.8%. Malah ianya turut tersenarai tinggi di Netflix beberapa negara kini.
Di tangga kedua di Netflix Korea, “Extraordinary Attorney Woo” menduduki tangga ke-5 di negara seperti Jepun, Singapura, Taiwan dan Thailand selain berada di tangga ke-6 di Malaysia.
Best sangat drama ini, tak sabar nak tunggu next episode.
Sumber : 1
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.