Pelbagai perkara aneh dan pelik sering kali kita dengar ketika seseorang berada di Tanah Suci Makkah. Sama ada ianya spontan ataupun disedari. Kadang-kadang kita terfikir adakah ini ujian dari Allah atas apa yang kita lakukan di dunia ini ataupun disebabkan kelalaian kita sendiri. Apa jua pun ujian dari Allah, ianya untuk menyedarkan kita untuk menyedarkan kita dari terus alpa dengan duniawi. Bersama-samalah kita ambil iktibar dan akan terus menambahkan ketakwaan kita kepada Allah swt.
REMAJA berkongsi kisah yang dikongsikan oleh seorang penceramah terkenal, Ustaz MK Azman dari Emkay Future Training & Consultancy mengenai kisah pelik yang berlaku kepada seorang warga emas di Tanah Suci Makkah.
Ustaz Mk Azman
“Pakcik ini sudah berusia 75 tahun. Bila dapat jemputan jadi tetamu Allah mengerjakan ibadah haji dia gembira kerana terpilih dari jutaan umat Nabi Muhammad dapat ke sana. Segala persiapan sudah dilakukannya termasuk menghafal segala doa yang perlu.
“Mungkin membawa sama sikapnya semasa di kampung yang tidak menutup aurat ketika mandi, ketika berada di Makkah, pakcik ini melakukan hal yang sama di Makkah. Seperti sedia maklum, apa saja yang kita niatkan atau lakukan di Makkah, doa lebih mudah termakbul.
“Selepas mandi tanpa memakai kain demi menutup auratnya, malam itu warga emas ini bermimpi didatangi lalat yang menghurung seluruh tubuhnya terutama di bahagian kemaluannya. Mungkin petanda bahawa dia patut “malu” dan menutup auratnya. Pakcik ini kemudiannya bertanya kepada mutawiif yang bertugas tentang mimpinya itu. Mutawaf ini kemudian menerangkan kepadanya bahawa Allah memberinya petanda bahawa tutuplah aurat. Dia kemudian malu dengan perbuatannya dan seterusnya bertaubat meminta ampun di atas kelalaiannya. Ahamdulilillah selepas itu, tiada lagi lalat mengharunginya.
Masa yang sama kata Ustaz Mk Azman, sebenarnya ketika individu mandi di dalam bilik yang bertutup, dinding dan pintu itu sudah ditafsirkan sebagai menutup auratnya tetapi adalah lebih afdal jika ada kain yang menutup auratnya.
Ads
Amalan tidak menutup aurat ketika mandi di Makkah akhirnya membuatkan dirinya dihurungi lalat setiap masa. Pakcik ini kemudiannya bertaubat atas kesilapannya.
Kata Ustaz Mk Azman lagi, tidak hanya cerita warga emas berkenaan tetapi ada satu yang cukup memberi pengajaran. Ia mengenai seorang anak muda yang berjaya dalam pelajarannya. Dari kecil dia dibela oleh ibu tirinya selepas kematian emak kandungnya.
Dia dijaga bagai minyak yang penuh, tidak luak kasih sayangnya biarpun dia punya adik beradik tiri yang lain. Tapi sayang, kasih sayang ibu tirinya sedikit pun tidak pernah melekat di hatinya. Hatinya selalu memberontak biar pada hal yang kecil. Mulutnya sentiasa berkata jahat dan tidak menghormati langsung emak tirinya biar ditegur oleh bapanya.
Rezekinya, dia dapat mengerjakan haji pada usia muda. Malangnya sebelum berangkat, dia tidak pun meminta maaf kepada ibu tirinya di mana egonya tetap tinggi.
Ads
Namun Allah mahu menunjukkan kuasanya. Sebaik kakinya dijejak ke Tanah Suci Makkah, dia terpandang ribuan anjing. Ke mana-mana saja dia pergi, anjing mengekorinya. Bila ditanya kepada rakan-rakan jemaah, kata mereka bagaimana sucinya kota Makkah, tak mungkin anjing yang sifatnya najis berat itu berada di sini. Dia terus bingung dan pelik dengan kejadian. Ketika solat di Masjidilharam pun dia terpandang anjing. Sehinggalah dia bertemu mutawif yang kemudian menyoal latar belakangnya. Kerana tidak hormatkan emak tirinya dan selalu memarahi orang tua itu, Allah pertunjukkan anjing yang mewakili sifat dirinya.
Apa sifat anjing? Biar orang beri makanan, dia sanggup menggigit, samalah dirinya biar diberi kasih sayang, tapi tidak tahu membalasnya,” kata Ustaz Mk Azman ketika dihubungi.
Suasana di Makkah ketika musim haji
Dalam pada itu, kala ditanya tentang doa haji mambur yang selalu didoakan oleh orang ramai kepada mereka yang dapat mengerjakan haji, kata Ustaz Mk Azman, haji mambur bermaksud menepati syarat dan rukun haji di mana individu itu melalui semua ujian di Tanah Suci Makkah dengan penuh kerendahan hati dan jiwa.
Ads
“Untuk mendapat haji mambur, kita boleh lihat sebaik dia pulang ke tanah air. Sebagai contoh, dulu solat hujung waktu, kini berubah lakukan awal. Perbuatan, tata cara hidupnya juga bertukar. Kata orang satu perubahan yang lebih baik. Tapi kalau perbuatan dan caranya masih sama, biar dia pernah mengerjakan haji, hanya tittle haji sajalah dia peroleh, bukan haji yang mambur,” katanya menjelaskan jika seseorang pergi mengerjakan haji kita mendoakannya dengan perkataan haji mabrur, tapi jika mengerjakan umrah disarankan berdoa perkataan maqbul bullah.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Amboi, kalau barang percuma cepat je eh korang take action! Hehe..
Laporan Menteri Kewangan telah menyatakan bahawa sambutan luar biasa ditunjukkan oleh rakyat Malaysia terhadap perlaksaan program e-Tunai Rakyat.
Buktinya, dalam tempoh 2 hari saja, sebanyak RM18.8 juta telah dibelanjakan. Perbelanjaan tersebut hadir daripada sejumlah 672,000 pemohon yang diluluskan.
Untuk pengetahuan, korang hanya boleh menuntu pemberian e-Tunai sebanyak RM30 itu daripada tiga pengendali e-Dompet saja kaktu Boost, GrabPay dan Touch ‘n Go.
Penggunaannya hanya sah dari 15 Januari lalu hinggalah 14 Mac akan datang. Jika ada jumlah yang tak dibelanjakan dalam tempoh tersebut, ia akan luput selepas itu.
*
Mungkin korang boleh belanjakan e-Tunai itu di Tealive sempena promosi mereka bulan ni.
Siapa yang sudahpun menonton filem Disney paling dinanti-nantikan tahun ini iaitu Mulan?
Best-kan!
Jujurnya, ini adalah salah sebuah filem Disney yang membuatkan kami enggan pergi ke bilik air, enggan bercakap dengan rakan di sebelah dan menghayatinya daripada mula hingga akhir. It really has that effect on you.
REMAJA bertuah kerana diberikan peluang oleh KLOOK Malaysia untuk menonton Mulan pada hari pertama ia ditayangkan di pawagam Malaysia. Mulan turut boleh distrim menerusi Disney+.
Terlalu banyak perkara menarik yang boleh kami sentuh mengenai Mulan.
Tentunya, salah satu daripadanya adalah pemilihan Liu Yifei sebagai Hua Mulan/Hua Jun dalam filem tersebut. Bukan saja cantik, tetapi lakonan dan skil bertarungnya juga mantap.
Siapa sebenarnya Liu Yifei ini?
01
Liu Yifei dilahirkan di Wuhan, China pada 25 Ogos 1987.
Ketika berusia 10 tahun, Yifei mengikut ibunya untuk bermastautin ke Queens, New York di Amerika Syarikat yang pada ketika itu bekerja sebagai penari. Selama 4 tahun di sana, Yifei menguasai bahasa Inggeris dan mempunyai pasport Amerika Syarikat.
Tak lama selepas itu, mereka kembali ke China dan di pada waktu itulah, Yifei menceburi bidang hiburan.
02
Pada usia 15 tahun saja, Yifei diterima masuk ke Institut Persembahan Akademi Filem Beijing. Di sinilah karier Yifei mula berkembang dalam sebagai bintang cilik di televisyen dan filem.
03
Mulan jelas merupakan filem yang membawa nama Yifei ke peringkat antarabangsa. Iyalah, mukanya menghiasi segala macam billboard di seluruh dunia!
Bagaimanapun, perjalanan Yifei untuk merebut watak Hua Mulan itu tidak datang dengan senang. Pengarah ujibakat filem Walt Disney itu telah ‘terbang’ ke 5 buah benua dan menemui hampir 1,000 orang peserta untuk watak Mulan.
Akhirnya, Yifei terpilih kerana memiliki skil seni tempur yang bagus, boleh bercakap dalam bahasa Inggeris dan mempunyai kualiti sebagai seorang bintang filem.
04
Untuk pengetahuan korang, Mulan bukanlah filem Hollywood pertama yang menampilkan Yifei. Sebelum ini, dia pernah terlibat daalm filem bajet besar seperti Outcast (2004) dan The Forbidden Kingdom (2008).
05
Selain berlakon, rupa-rupanya Yifei juga mempunyai bakat menyanyi! Thriple threat sungguh dia ni. Dia telah merekodkan versi Mandarin untuk lagu Reflection dan ia dimuat naik sebagai salah sebuah soundtrack filem Mulan.
She truly is a Disney Princess.
Jom dengarkan lagu nyanyiannya itu.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Malam anugerah yang mengangkat undian daripada peminat iaitu Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 kembali dilangsungkan pada malam ini bagi mengangkat seorang (atau sekumpulan) selebriti paling popular tanah air sepanjang tahun lepas.
Di samping 14 kategori utama yang dipertandingkan, ABPBH-34 turut menampilkan beberapa kategori online selari dengan kerancakan dunia digital terutamanya media sosial. Menerusi kategori YouTuber Popular iaitu sebuah kategori khas buat penggiat kreatif dunia maya, beberapa calon popular dalam kalangan generasi Y dan Z telahpun bersaing termasuklah calon popular seperti Azfar Heri, Baby Shima, Alieff Irfan, Bella Khan, Syahmi Syazli, Princemeed, Ustaz Ebit Liew dan ramai lagi.
Namun, rezeki nyata berpihak kepada calon muda, Aqil Zulkiflee. Semasa dicalonkan pun, remaja ini tidak langsung menyangka bahawa anugerah berprestij seperti ABPBH akan mengiktiraf dirinya dan kreativitinya selama ini melalui pencalonan awal.
Apatah lagi setelah dinobatkan sebagai pemenang YouTuber Popular malam ini, tentunya Aqil bersyukur dan berterima kasih kepada para pengikut dan penonton setianya di YouTube atas usaha keras mempergiatkan undian buatnya selama sebulan ini.
“Aqil nak ucapkan terima kasih banyak semua yang dah mengundi Aqil yang banyak kali mengundi setiap hari untuk pastikan Aqil menang. Aqil hargai sangat semua yang sokong Aqil dari awal buat YouTube sampailah sekarang. Trofi ini untuk #KitaBersama okay,” catatnya di Instagram.
Bagi korang yang tidak begitu familiar dengan Aqil Zulkiflee, jom kita lihat lima fakta menarik mengenainya.
01
Aqil memulakan saluran YouTube-nya pada September 2015. Namun, dia mulai aktif menghasilkan kandungan sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 pada tahun lalu kerana merasa bosan perlu terkurung di rumah. Siapa sangka, ia terus mendapat sambutan baik daripada penonton. Aqil yang mula dikenali menerusi kandungan tular di Instagram mula serius di YouTube sejak itu.
02
Dalam tempoh yang singkat, Aqil telah memperolehi lebih 1.3 juta subscribers dalam masa lebih kurang setahun saja. Bukan setakat berjaya dari segi jumlah penyokong saja, rezekinya juga bertambah murah apabila lebih banyak peluang kerja menghampirinya di luar dunia YouTube.
03
Sejak bertambah popular ini, remaja berusia 25 tahun ini juga telah menerima penghargaan daripada YouTube. Silver Play Button dan Gold Play Button yang menjadi idaman semua pencipta kandungan di YouTube telah diperolehinya. Ia sekaligus memjadikannya lebih bersemangat untuk memulakan dua saluran YouTube iaitu Aqil Zulkiflee Gaming & Aqil Zulkiflee Shorts. Oh, patutlah dapat banyak undian malam ini! Pandai Aqil mencuri tumpuan daripada pelbagai golongan termasuklah gamers.
04
Menerusi pendapatan sebagai pencipta kandungan di YouTube, Aqil bersyukur apabila dia berjaya membuka sebuah kafe di Pasir Gudang, Johor. Bukan setakat itu, dia juga mampu membeli sebuah rumah dan memiliki kerata yang diidam-idamkannya. Ini semua demi membalas jasa ibu bapanya yang tidak lagi perlu berhempas-pulas untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.
05
Tapi semua itu tidak datang dengan mudah tau. Aqil merasakan tekanan apabila penonton setianya akan mengharapkan sesuatu yang berbeza dan lebih menghiburkan dari semasa ke semasa. Tambahan pula, kandungan, idea video, proses penggambaran dan proses menyunting video juga memenatkan dek kerana semuanya perlu dihasilkan sendirian. Aqil juga perlu menguruskan kempen bersama klien yang melantiknya. Apapun, kerja keras tersebut nyata berbaloi setelah memperolehi kategori YouTuber Popular pada malam ini.
*
ABPBH-34 dibawakan oleh penaja utama, Xiaomi secara langsung pada malam ini daripada Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung di saluran TV3 dan YouTube TV3Malaysia Official.
Baru-baru ini, penyanyi dan juga salah seorang anggota idola K-Pop terkenal, Beomgyu TOMORROW X TOGETHER (TXT) meraih perhatian peminat apabila mendermakan wang sebanyak 30...