Pembukaan tahun 2020 ini kita disajikan dengan filem perang epik daripada Universal Pictures dan Dreamworks yang berjudul ‘1917’ garapan seorang pengarah yang pernah memenangi anugerah Oscar, Sam Mendes.
Di luar dugaan ramai, filem epik tentang dua tentera muda yang berjuang dalam Perang Dunia Pertama, 1917, arahan Sam Mendes ini merebut Anugerah Filem Drama Terbaik, beberapa hari sebelum filem ini ditayangkan di pawagam merata dunia.
Filem ini diramal bakal ‘meletup’ dan kemenangannya ini bakal melonjakkan lagi penjualan tiket filem 1917 ini. Ia juga baru ditayang di Malaysia pada tayangan perdana semalam, 7 Januari 2020.
Menariknya tentang pembikinan filem ini, ia diinspirasi dari sebuah kisah yang diceritakan datuk Mendes – seorang novelis, Alfred Mendes ketika zaman kanak-kanaknya tentang ‘penghantar utusan yang membawa mesej dalam perang’. Alfred Mendes pernah menulis kisahnya ketika bertugas sebagai askar dalam sebuah misi berbahaya.
Teknik Single continuous Shot
Bukan itu sahaja, filem 1917 yang berlatarbelakangkan era Perang Dunia Pertama ini dihasilkan melalui teknik ‘single continuous shot’ iaitu penggambaraan dibuat dengan menggunakan satu kamera tanpa ‘cut’ (secara terus menerus).
Difahamkan bahawa Sam Mendes menggunakan single shot dimana kamera memfokuskan kepada karakter. Untuk pengetahuan korang, apabila menggunakan teknik ini, ianya bukan mudah kerana kena berterusan untuk melakukan ia tanpa ada silap.
Selain itu, filem ini sebenarnya dirakamkan di luar studio dan menyukarkan team produksi untuk lakukan penggambaran kerana perlu menunggu masa yang sesuai serta continuity setiap babak itu sempurna.
Mana tidaknya, arah angin dan cahaya matahari juga memainkan peranan yang penting dalam setiap babak kerana setiap babak memiliki waktu-waktu tertentu. Jika arah cahaya matahari atau bayang tidak sama, pastinya akan menganggu shot dalam filem.
Hebatkan belum ditayangkan dah menang anugerah. So kalau korang sejenis pecinta filem aksi dan sejarah, penulis sarankan korang patut menonton filem ini.