Hangat betul kisah sardin ya sekarang ni…

Kalau anda ke mana-mana kedai runcit mahupun pasar raya di Malaysia, produk Ayam Brand pasti akan mudah diperolehi. Menawarkan pelbagai produk berbentuk masakan, sardine dalam tin merupakan antara produk yang paling laris dan sinonim dengan masyarakat Malaysia.

Mana tidaknya, produk yang dihasilkan berkualiti tinggi dan sedap dimakan. Mungkin sebelum ni ramai yang menyangka jenama ini merupakan sebuah jenama lokal Malaysia, namun tahukah anda jenama ini sebenarnya berpangkalan di Singapura dan ia diasaskan oleh orang Perancis?

Kisah Sardin Cap Ayam. Diasaskan Orang Perancis, Popular Di Malaysia
Kredit foto: Instagram Ayam Brand Malaysia

Kisah jejama ini bermula pada tahun 1892 apabila lelaki Perancis yang bernama Alfred Clouet memustuskan untuk untuk mengunakan ayam jantan sebagai simbol syarikatnya. Pada permulaannya syarikat ini bukanlah memfokuskan makanan tetapi sebaliknya sebagai syarikat minyak wangi dan kosmetik.

“Apa yang menakjubkan adalah pada permulaannya ia merupakan jenama untuk kosmetik dan minyak wangi. Dan selepas beberapa tahun, dia memutuskan untuk mengimport makanan dalam tin. Bermula dengan ikan sardin dan ia memperoleh kajayaan yang besar,” kongsi Herve Simon yang merupakan Pengarah Pemasaran Kumpulan syarikat ini dalam satu temu bual pada tahun 2018.

Ads

Mengimbau kembali sejarah, penglibatan Alfred Clouet bersama syarikat ini tidak panjang apabila dia mengambil keputusan untuk berhijrah ke Mesir. Perniagaan ini kemudiannya diambil alih dan dijadikan perniagaan keluarga oleh Kumpulan Syarikat Denis Freres yang juga merupakan bangsa Perancis.

Kisah Sardin Cap Ayam. Diasaskan Orang Perancis, Popular Di Malaysia
Kredit foto: Instagram Ayam Brand Malaysia

BACA JUGA: Biarpun Muncul Ratusan Video Masakan Online, Ketuk-Ketuk Ramadan Tetap ‘Legend’. Rindunya!

Hampir 50 tahun berada di pasaran, jenama Ayam Brand cukup popular namun tersekat dalam pasaran yang kecil. Jenama ini terkenal dalam kalangan pengguna yang menetap di Malaya, Singapura dan Brunei. Selepas tahun 1956 jenama ini melalui transformasi yang lebih hebat.

Ads

“Selapas tahun 1956, jenama ini melebarkan sayap ke pasaran lebih luas di Asia dan seteruskan ke seluruh dunia,” tambah Herve Simon lagi. Kini Jenama Ayam Brand telah melebarkan sayap ke lebih 30 negara di seluruh dunia termasuk China, Australia dan Perancis.

Haaaa… korang jangan silap lagi tau. Ayam Brand bukanlah jenama Malaysia, tetapi ia memiliki kilang di Taiping, Perak dan Batu Pahat, Johor. Jenama ini juga telah mendapat pengiktirafan halal daripada JAKIM Malaysia. Tak perlu ragu-ragu ya.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ads

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI