Baru-baru ini kecoh apabila MBSA menggantung kain rentang menyatakan peraturan yang mana masyarakat tidak dibenarkan untuk memberi makan kepada haiwan liar dan terbiar. Tindakan itu mendapat kecaman hebat masyarakat yang rata-rata menyatakan bahawa sepatutnya pihak MBSA mencari jalan yang lebih sesuai.

Mungkin kita boleh melupakan kisah ini dan mengambil teladan perkongsian dari hantaran Facebook Royal Office Selangor yang berkongsi, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menitahkan sekalian rakyat jelata khususnya di Negeri Selangor agar tidak mengabaikan tanggungjawab melindungi haiwan-haiwan terbiar (stray) khususnya kucing dan anjing.

Menurut Baginda berdua, sangat penting untuk kita semua memiliki sifat belas kasihan terhadap haiwan sebegini dan menjadi tanggungjawab bersama untuk memberi mereka makan dan perlindungan, sama ada ketika dalam peliharaan atau pun apabila mereka berada di dalam habitat sendiri.

Ads
Kisah Snowy, Si Peneman Setia Sultan Dan Tengku Permaisuri Selangor
Comelnya Snowy di samping Baginda yang sedang memunaikan solat.

KISAH SNOWY YANG COMEL

Ads

Baginda berdua memiliki beberapa ekor kucing peliharaan yang pada asalnya merupakan kucing terbiar (Stray) dan kesemua mereka telah dikasi dan diberi perlindungan yang baik. Ini termasuklah Snowy seekor kucing yang kira-kira empat tahun lalu berkeliaran di kediaman DYMM Tuanku Sultan untuk mencari makanan. Melihat keadaan Snowy, Baginda membuat keputusan untuk mengambil Snowy sebagai haiwan angkat. Kini Snowy merupakan haiwan peliharaan kesayangan dan menjadi peneman setia Baginda.

Ads
Kisah Snowy, Si Peneman Setia Sultan Dan Tengku Permaisuri Selangor
DYMM Tuanku Sultan juga menitahkan agar pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT) lebih pro-aktif dan bijak menangani isu haiwan terbiar ini secara holistik, dan bukan memberi gambaran buruk yang akhirnya akan menyebabkan haiwan-haiwan ini dikurung atau dibunuh.

Selain Snowy, DYMM Tengku Permaisuri Norashikin yang juga Penaung Diraja kepada program Stray Free Selangor (SFS) kendalian Society for The Prevention of Cruelty Animals (SPCA Selangor) telah menyelamatkan lebih 100 ekor kucing terbiar di mana kira-kira 30 ekor daripadanya dipelihara oleh Baginda sendiri, manakala selebihnya diberi sebagai haiwan angkat. Sejak Mac 2017 sehingga Disember 2020, sejumlah 7,117 ekor kucing dan anjing terbiar telah dikasi di bawah program SFS yang diselia oleh SPCA Selangor.

Sumber & Gambar : via Selangor Royal Office

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI