Pengalaman terperangkap di Lebuh Raya Karak-KL pada tengah malam kelmarin nyata bukanlah satu pengalaman yang akan dilupakan oleh sebilangan rakyat Malaysia.
Ratusan kenderaan yang melalui kawasan tersebut terpaksa bermalam di sana setelah berlakunya tanah runtuh dan pokok tumbang di Kilometer 62.9 menghala ke Bentong seperti yang dilaporkan oleh kebanyakan media tempatan. Kisah terperangkap di sana turut kembali diceritakan oleh mangsa di platform media sosial masing-masing pada tinjauan REMAJA.
Antara mangsa terlibat termasuklah pelakon, pengacara dan usahawan, Fizo Omar.
Kongsi Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar berkongsi akaun Instagram, di berada di tempat kejadian sekitar jam 11 malam dan sedang dalam perjalanan pulang dari Kuantan Pahang menuju ke ibu negara setelah menghadiri sebuah majlis di spa milik rakannya
Tanpa disangka, disebabkan oleh kejadian tersebut, Fizo hanya selamat tiba di Kuala Lumpur kira-kira pada jam tiga pagi semalam. Ini berikutan tanah runtuh yang baru sahaja berlaku di situ akibat hujan lebat.
“Nak patah balik pun tak boleh sebab banjir air sudah mula cross jalan dan tak lepas untuk kendaraan (mengharunginya). Ramai yang terkandas termasuklah anak-anak kecil daan warga emas. Pada waktu tersebut, kami hanya berharap agar mana-mana pihak dapat menghantar bantuan secepat mungkin.
“Terima kasih semalam (kelmarin) kepada semua yang bersama-sama membuka besi penghadang (emergency divider) lawan arus. ‘Gamble’ juga menghala ke Kuala Lumpur.
“Sepanjang laluan itu, tanah runtuh dan pokok tumbang bersepak di Lebuhraya Karak itu. MasyaAllah. Ramai mangsa yang terkandas dan terpaksa keluar dari kereta dan bas untuk mencari tempat selamat, takut (sekiranya) tanah runtuh sekali lagi dan air naik mendadak).
“Beberapa kereta sahaja yang mengikut kereta kami semalam dan akhirnya berjaya sampai ke Tol Karak sebelum berhenti di (stesen minyak) BHP, Alhamdulillah sekitar jam tiga pagi saya selamat sampai di Kuala Lumpur. Syukur Alhamdullilah,” catatnya.
View this post on Instagram
ARTIKEL BERKAITAN : Ini Cara Untuk Buat Tuntutan Insurans Bagi Kereta Ketika Musim Banjir – REMAJA
Kisah yang sama diceritakan oleh warganet lain yang terpaksa bermalam di sana dan hanya mampu pulang semula setelah lebih 12 jam terperangkap.
Malah, ahli keluarga mereka yang berada di lokasi lain turut menceritakan perasaan sedih kerana tidak mampu menolong keluarga yang menjadi mangsa di Lebuh Raya Karak-KL selain menyampaikan doa serta menasihati agar mereka menjaga diri.
BACA LAGI : UiTM Beri Cuti Bencana Hingga 25 Disember Susulan Banjir Luar Biasa – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.