Koleksi tiara dan mahkota yang dimiliki oleh Ratu Elizabeth II selalunya akan dipinjamkan kepada kaum keluarga untuk digayakan sempena majlis rasmi atau pun hari perkahwinan.

Sebagai contoh, isteri Putera William, Kate Middleton dilihat menggayakan tiara Cartier Halo manakala isteri Putera Harry, Meghan Markle pula mengenakan tiara Queen Mary Diamond Bandeau pada hari perkahwinan mereka. Kedua-dua tiara ini dipinjamkan oleh Queen Elizabeth II kepada isteri cucu-cucunya itu.

Kisah Tiara Puteri Diana Yang Acapkali Digayakan Sepanjang Bergelar Princess of Wales
The Spencer Tiara. Sumber gambar: thebeaumonde.org

Namun begitu berbeza dengan mendiang ibu kepada dua putera ini.

Puteri Diana memilih untuk tidak menggayakan tiara dari koleksi DiRaja Britain pada hari perkahwinan dengan Putera Charles, sebaliknya menggayakan tiara milik keluarganya sendiri.

Ads

Tiara yang diberi nama The Spencer itu merupakan harta warisan keluarganya yang merupakan keluarga aristokrat Inggeris. Bahkan sepanjang hidupnya dia dilihat lebih selesa menggayakan tiara milik keluarganya saat menghadiri majlis-majlis rasmi.

Kisah Tiara Puteri Diana Yang Acapkali Digayakan Sepanjang Bergelar Princess of Wales
Puteri Diana bangga menggayakan tiara warisan keluarganya. Ada juga sumber menyatakan banginda lebih suka menggayakan tiara ini kerana ia lebih ringan berbanding tiada dari koleksi DiRaja. Sumber gambar: Instagram @princessdianaa

Tiara tersebut dibuat pada tahun 1930an oleh pakar perhiasan kemas, Garrad, menggunakan perhiasan kemas pusaka yang dimiliki dari abad ke-18 lagi. Tiara tersebut terdiri daripada rekaan bunga berlian, motif dedaunan dan elemen berbentuk hati. Kesemua batuan tersebut diikat dengan perak dan emas.

Ads

Tiara ini pernah digayakan oleh nenek Puteri Diana, Lady Cynthia Spencer yang merupakan Lady of Bedchamber kepada Ibu Ratu Elizabeth II, Ratu Elizabeth Angela Marguerite Bowes-Lyon.

Ads

Lady of Bedcamber merupakan seorang pembantu peribadi kepada Ratu yang mesti berasal dari keturunan wanita aristokrat. Dari arkib lama, dilihat nenek Puteri Diana menggayakan tiara ini saat berada di majlis keraian DiRaja.

Kisah Tiara Puteri Diana Yang Acapkali Digayakan Sepanjang Bergelar Princess of Wales
Rekaan tiara The Spencer yang moden menjadikan ia sesuai digayakan dengan pelbagai jenis busana. Sumber gambar: Instagram @princessdianaa

Selepas kematian Puteri Diana, tiara The Spencer ini disimpan rapi oleh keluarganya dan pernah digayakan oleh anak saudara mendiang, Celia McCorquodale ketika hari perkahwinannya.

Kisah Tiara Puteri Diana Yang Acapkali Digayakan Sepanjang Bergelar Princess of Wales
Anak saudara Puteri Diana menggayakan tiara The Spencer di hari perkahwinannya. Sumber gambar: Glamour

Walaupun begitu kedua-dua menantunya Kate Middleton dan Meghan Markle dilihat tidak pernah lagi menggayakan tiara ini.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI