Peserta pertandingan ratu cantik selalunya akan mencuba untuk terus mencapai tahap terbaik untuk diri mereka. Dari satu pertandingan ke satu pertandingan yang lain, ada yang berjaya mencapai kedudukan yang lebih baik dari sebelumnya dan ada juga yang langsung gagal mencapai apa yang diperolehi sebelumnya.
Kisah wanita-wanita cantik ini pastinya mengimbau kembali ingatan anda bagaimana kecantikan mereka mempesona dari pentas Miss World ke pentas Miss Universe. Mereka bertiga melambangkan persona seorang wanita yang bukan sekadar cantik namun lengkap dengan minda cerdas.
Pada tahun 2007, tiga wanita dari ceruk benua berbeza, Dominican Republic, Jamaica dan Malaysia telah diumumkan sebagai semifinalis 16 peserta tebaik dari 106 yang menyertai. Walaupun tidak berjaya ke peringkat top 5, mereka kemudiannya meneruskan cita-cita di pentas Miss Universe.
ADA DE LA CRUZ
Ada merupakan yang pertama menyertai pertandingan Miss Universe pada 2009. Dengan kecantikan dan kebijaksanaan yang diserlahkan dia berjaya menempatkan dirinya dalam kalangan 15 peserta terbaik dan kemudiannya diumumkan sebagai pemenang tempat kedua. Dia yang mewakili Dominican Republic menerima markah tertinggi dalam sesi gaun malam dan kedua tertinggi dalam pertandingan baju renang. Walaupun mencapai markah keseluruhan tertinggi, dia terpaksa akur kalah dengan wakil dari Venezuela, Stefania Fernandez.
YENDI PHILLIPPS
Yendi Phillipps dari Jamaica menyambung kecemerlangan Ada De La Cruz di pentas Miss Universe. Dia mengambil bahagian dalam edisi 2010 pertandngan itu dan menampilkan penampilan cemerlang. Menariknya, dia juga dinobatkan sebagai first runner-up atau tempat kedua. Dia yang cantik menggayakan gaun rona biru terang itu kalah kepada peserta dari Mexico, Ximena Navarette. Menurut maklumat di Instagramnya, Yendi kini merupakan seorang pengacara televisyen di negaranya.
DEBORAH HENRY
Nasib ratu cantik Malaysia ini mungkin tidak sebaik dua lagi rakannya yang bersama-sama bergelar top 16 di Miss World 2007. Dia yang bertanding sekali lagi di pentas Miss Universe 2011 tidak berjaya mara ke peringkat seterusnya. Ini sekaligus meranapkan impian pageant lovers yang tidak putus menyokongnya walaupun dia antara peserta mega favourite yang disebut-sebut untuk menjadi Miss Universe oleh ramai pemerhati pertandingan itu.
Dek kejadian dia tidak berjaya menembus ke jajaran top 16 di Miss Universe, dia digelar sebagai El Tocuyo bagi tahun tersebut. Gelaran itu diberikan kepada peserta yang menjadi mega favourite namun kandas di tengah jalan. Sehingga kini Deborah menjadi antara wakil Malaysia yang paling menyerlah di pentas Miss Universe dan diingati ramai.
BACA JUGA: Unik Dan Kreatif. Kostum Nasional Menarik Miss Universe Malaysia.
Ramai sebenarnya peserta-peserta Miss World yang berjaya lebih cemerlang apabila menyertai pertandingan Miss Universe. Contoh terbaik adalah Catriona Grey yang mana dia merupakan peserta top 5 Miss World 2016 dan kemudiannya dinobatkan sebagai Miss Universe 2018.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.