Kisah Upin Ipin Sekali Lagi Trending, Kali Ini Kerana Arwah Ibu Bapa Kembar

Share

 

Kejayaan produksi Les’ Copaque menduduki tangga ketiga video paling popular di kalangan penonton YouTube Malaysia pada saat ini adalah kerana plot cerita musim ke-14 itu yang semakin menarik.

 

Sekiranya di awal musim, Upin Ipin menjadi tular disebabkan mulut salah satu karakternya, Fizi yang ‘tidak ada insurans’. Kali ini, ramai pula yang bertukar sedih dengan episod yang diberi judul ‘Kain Merah’ ini.

Sehingga kini, video tersebut telahpun mencecah lebih 13 juta tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN“Tak Makan Saman..” Fizi Buat Hal Lagi, Kali Ini Body Shaming Pula – REMAJA

Rata-rata komen di media sosial Les’ Copaque dibanjiri dengan perasaan menyayat hati sehinggakan ada penontonnya yang menitiskan air mata. Ini jelas adalah sesuatu yang membanggakan kerana tidak selalu animasi tempatan berjaya membuahkan impak sebegini.

*

‘Kain Merah’ mengisahkan fabrik berwarna merah milik Ipin yang diterbangkan oleh angin.

Ia merupakan fabrik yang diwariskan oleh arwah ibunya dan disebabkan itulah, Ipin menjadi sedih. Demi mengelakkan kesedihan Ipin berterusan, kembarnya Upin memberikan kain merah miliknya.

Ketika di bahagian akhir episod tersebut, team Upin Ipin mengambil peluang memaparkan bahagian ‘flashback’ ibu bapa mereka tanpa menunjukkan wajah. Kelihatan ibunya sedang menjahit kain merah yang kini menjadi milik Upin dan Ipin.

Hanya suara yang menjadi ingatan kepada pasangan kembar itu akan arwah ibu bapa mereka.

Untuk pengetahuan, episod kali ini bukan sekadar trending di YouTube di Malaysia saja. Malah di Indonesia, ia menjadi tular di stesen televisyen Indonesia, MNCTV yang menayangkannya. Pergh, hebat!

Jika korang belum menontonnya, klik pautan video di bawah okay.

Published by
FZ