Semalam REMAJA ada menulis tidak adakah syarikat-syarikat bermurah hati menghulurkan bantuan makanan atau minuman buat petugas hadapan COVID-19 ini. Alhamdulillah, walau bukan dari usaha kami (sekadar bertanya sahaja), hari ini Pusat Perubatan Universiti Malaya di fbnya mengucapkan terima kasih kepada syarikat-syarikat yang membuat sumbangan kepada mereka.

PPUM dalam ucapannya turut membuat list-list syarikat yang prihatin menghulurkan bantuan. Ya INILAH MALAYSIA kerana terbukti kita memang bersatu hati dalam apa saja situasi khususnya dalam menangani situasi wabak COVID-19 yang semakin menggila ini.

Rasa simpati terhadap petugas hadapan hospital yang terpaksa menangani isu COVID-19 ini tidak boleh dipandang remeh begitu sahaja.

Tengoklah begitu banyak yang menyumbang dan ini buktinya kita adalah rakyat yang bersatu hati.

Terima kasih diucapkan kepada syarikat/jabatan/organisasi yang menyumbang kepada PPUM yang sedang berusaha dalam memberi perkhidmatan perubatan terutamanya bagi kes COVID-19.

Ads

Nestle, Mr. DIY, Pharmaniaga, Sekoplas,  Baitulmal, McDonald’s, JAWI,  TESCO, Allianz Insurance,  ITP Company, Sime Darby,  YTL Masks dan Nasi Lan Kedah.

#ThankYou #StayAtHome #WeGiveTheBestForYou #UMMC

Ads

Hantar portable aircond untuk Hospital Ampang

Sementara itu, Ustaz Ebit Lew  di pagenya turut berkongsi menghantar portable aircond sumbangan Pertubuhan Kasih Umat Islam untuk Hospital Ampang bagi meringankan keadaan petugas yang terpaksa bertugas dalam cuaca panas.

Tak tahan air mata bila tahu kesusahan mereka. Bila baca kesusahan dan pengorbanan front liner di Hospital Ampang. Terus order aircond portable untuk Hospital Ampang. Syukur dapat pergi hantar sekejap ni. Tak tahan tengok mereka panas pakai suit macam tu. Panas. Mujahadahnya kerja mereka. Kerja bertambah-tambah. Ramai juga yang dah kuarantin. Ya Allah terimalah sedikit usaha ini buat kami bersatu hati.

Ads

Dapat mendengar kesusahan mereka. Beri sedikit kata semangat betapa besar nilai jihad mereka ketika ini. Ya Allah jagakanlah mereka semua ya Allah. Beri kekuatan dan ketabahan pada mereka semua ya Allah.

Terima kasih Dr Ridzuan dan team menerima sumbangan kecil ini. Terima kasih Dato Seri Syed Zainal bagi nombor contact dan kak Dini tadi.

#PertubuhanKasihUmatMalaysia

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI