Kit Ujian Kendiri Covid 19 Berharga RM39.90, Ini Cara Guna Yang Betul

Share

Kit ujian kendiri pantas antigen Covid-19 buatan Malaysia yang pertama, ‘Kit Ujian Pantas Antigen Salixium Covid-19’, sudah pun dijual kepada orang awam.

Perkongsian dari Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH) mengenai informasi yang korang perlu tahu melalui Facebook. Kit ujian kendiri yang diluluskan oleh KKM yang lain adalah Gmate COVID-19 Ag Saliva untuk Kegunaan Rumah oleh Philosys Co Ltd, Korea.

Kit ujian ini boleh dijual di farmasi komuniti berdaftar atau kemudahan kesihatan dan senarai akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Pada masa ini, Salixium boleh dibeli di laman web MeDEKAD dengan harga hanya RM39.90.

Berikut adalah cara-cara untuk menggunakan kit ujian tersebut:

  1. Masukkan air liur ke dalam paper bag
  2. Ambil sekitar 3 titis air liur tersebut
  3. Letakkan air liur itu ke dalam extraction tube
  4. Pasang penutup tiup itu rapat-rapat dan goncang selama 1 minit
  5. Letak 3 titis air liur itu ke atas test card dan tunggu sehingga 15 minit.
  6. Sekiranya test card itu memaparkan satu garisan, ianya bermakna negatif, namun jika ianya memaparkan 2 garisan, bermakna ianya positif.

Seorang pengguna TikTok bernama @amirahlaa berkongsikan video tentang cara-cara yang betul menggunakan Covid-19 Antigen Detection Kit ini.

 

@amirahlaaSenang la lepasni dah takde takut2 jadi pembawa,boleh cek kat rumah je,result 15 minit sahaja ##fypシ♬ original sound – dekwaaaaaa

Untuk info, alat ujian diri dapat digunakan oleh orang ramai untuk melakukan pemeriksaan diri untuk mendapatkan hasil status jangkitan COVID-19 mereka dengan cepat dan mudah sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Ia juga membantu memudahkan pengesanan dan kawalan jangkitan COVID-19 sambil membantu mengurangkan beban pekerja kesihatan.

Hanya mengambil masa 15 minit untuk mengetahui keputusan dan boleh dilakukan sendiri dirumah. Senang kan?

 

Published by
Nana