Kit Ujian Kendiri COVID-19 Kini Boleh Didapati Dengan Harga Serendah RM6.90

Share

Berita baik buat rakyat Malaysia, kit ujian kendiri COVID-19 kini boleh didapati dengan hanya harga serendah RM6.90 seunit di pasar raya, rangkaian kedai serbaneka dan stesen minyak tertentu.

BACA: Harga Kit Ujian Kendiri COVID-19 Dijangka Turun Lagi, Serendah RM9.90

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia susulan langkah perluasan penjualan kit ujian kendiri itu secara berperingkat termasuk di pasaraya, rangkaian kedai serbaneka dan stesen minyak.

Foto: Kosmo

Walaupun KPDNHEP dimaklumkan harga yang ditawarkan adalah serendah RM6.90, namun ada yang menjualnya pada harga lebih rendah seperti rangkaian kedai serbaneka KK Supermarket yang menawarkannya pada RM6.60 seunit.

Sebelum ini, kit ujian kendiri COVID-19 yang menerima kelulusan bersyarat daripada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dijual di klinik dan premis farmasi yang terpilih. Kerajaan menetapkan harga runcit maksimum bagi kit berkenaan pada harga RM19.90 dan harga borong RM16.00 seunit, berkuat kuasa 5 Sept lepas.

Foto: Astro Awani

Boleh dikatakan hampir RM10 harga dikurangkan daripada harga sebenar kit ujian kendiri. Dengan pengurangan harga ini, diharap ia tidak lagi menjadi beban buat masyarakat untuk mendapatkan kit ujian kendiri bagi melakukan saringan COVID-19 di rumah.

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman