Kemunculan personaliti media sosial kontroversi, Iqbal Zulkefli pada minggu pertama Big Stage 2022 semalam masih tidak mencukupkan bilangan 12 pesertanya apabila kelibat Megat Rahim tidak dapat dilihat.
Ini susulan pendedahan Megat bahawa dirinya positif Covid-19 sejak 31 Januari lalu dan terpaksa menjalani kuarantin di rumah.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Megat memberikan penjelasan lanjut mengenai keadaannya dan berharap agar peminat dapat mendoakan kesejahteraannya bagi menyertai peserta lain di Big Stage 2022, Ahad ini.
“Assalamualaikum semua. Saya hanya nak katakan bahawa saya memohon maaf kerana tidak muncul pada minggu pertama (Big Stage 2022). InsyaAllah kita jumpa minggu hadapan. Sebab mengapa Megat tak muncul untuk minggu pertama ini adalah kerana saya disahkan positif Covid-19,” kata penyanyi berusia 20 tahun itu sebelum menyambung, “Apapun, Megat tiada kena-mengena dengan (penyertaan) Iqbal.”
Megat yang dijadualkan untuk memotong gelangnya pada hari ini bukan satu-satunya yang dijangkiti wabak tersebut. Ibunya, Shahidah Mohd Hashim, 60 juga disahkan positif kesan kontak rapat dengannya pada 2 Februari lalu.
Ketiadaan Megat semalam juga membuatkan juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ajai sebulat suara untuk tidak menggunakan ‘immunity unlock’ demi bertindak adil kepada Megat yang tidak dapat membuktikan kemampunan nyanyiannya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Masya Allah! Tak Sangka Bunyi Mengiau Kucing Sebenarnya Bermaksud YA RAHIM @ Allah Maha Pengasih
Ramai yang tahu kucing merupakan binatang kesayangan Rasulullah SAW. Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW mempunyai seekor kucing diberi nama Mueeza. Salah satu sifat Mueeza yang paling Nabi suka ialah Mueeza selalu mengiau ketika mendengar suara azan, seolah-olah seperti mengikuti alunan suara azan. Nabi berpesan kepada para sahabatnya untuk menyayangi kucing peliharaan seperti mana menyayangi keluarga mereka sendiri.
Pernah juga Nabi mahu mengambil jubahnya dan Mueeza sedang tidur di atasnya. Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza daripada jubahnya supaya tidak menganggu Mueeza. Selepas Nabi pulang ke rumah, Mueeza terbangun dan pergi merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu sebanyak tiga kali. Nabi menekankan dalam beberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis. (sumber Utusan Malaysia).
Namun tentu ramai yang tertanya-tanya apa maksud di sebalik bunyi mengiau seekor kucing?. Binatang manja ini selain mahu mencari perhatian, ia biasanya lapar atau ingin bermanja.
Baca perkongsian seperti disyerkan oleh Amyatz di laman fbnya. Tak sangka, maksud di sebalik mengiau kucing membawa maksud Ya Rahim atau Allah maha mengasihani.
Tahukah anda…?
Kucing merupakan makhluk yang berkat. Mengapa? Kisah ini dipetik daripada kisah Badiuzzaman Said Nursi; seorang pejuang dan pemikir Islam Turki. Ketika beliau berseorangan di pondok, beliau hanya ditemani oleh 4 ekor kucing.
Terlintas di hatinya mengapa kucing dikatakan makhluk yang berkat sedangkan kucing kerjanya hanya bermain, makan dan tidur tidak seperti makhluk lain yang melakukan pekerjaan.
Pada malam itu, Badiuzzaman Said Nursi ingin tidur dan datang seekor kucing duduk di tepi bantalnya. Kemudian kucing itu menghampirkan mulutnya ke telinga Badiuzzaman Said Nursi lalu berzikir “YA RAHIM” berulang kali.
Pada awalnya beliau berkira ia hanya mimpi namun ia memang benar. Semakin lama beliau mendengar semakin jelas kucing-kucing ini mengiau dengan menyebut YA RAHIM dan ia berzikir dengan begitu fasih dan penuh kesedihan. Kucing-kucing ini seperti sedang merayu kepada TuhanNya yang bersifat Ar-Rahim.
Allahuakbar. Tanpa kita sedar inilah zikir dan munajat kucing setiap hari dan kerana inilah kucing adalah makhluk yang berkat di sisi Allah dan kucing tidak berzikir dengan nada haiwan sebaliknya ia berzikir dengan nada insan kerana ia hidup bergaul dengan manusia. Kucing sangat memerlukan belas kasihan daripada manusia.
Selepas kucing ini mendapat kasih sayang dan makanan daripada tuannya ia tidak berhenti mengucapkan syukur dan pasti ia akan berdoa untuk kebaikan dan kemurahan rezeki buat tuannya kerana tidak kedekut berkongsi rezeki dengan makhluk sepertinya. Dan adakah kita mengira doa daripada kucing ini tidak makbul? Ia pasti makbul kerana darjatnya tinggi di sisi Allah walau ia hanya seekor kucing.
Dan kucinglah haiwan kesayangan Rasulullah SAW. Jadi kwn-kawan, sayangilah kucing dan jangan pernah sesekali menzaliminya. Ketahuilah bahawa doa kucing berkekalan hingga ke akhirat untuk kita. Setidak- tidaknya mungkin dengan kita berlaku ihsan pada kucing, Allah SWT akan redha pada kita dan dapat menolong kita di akhirat kelak.
Hormat sapa yang sudi kongsi makanan dengan kucing.
#PatutlahRezekiTidakPutus
Wallahu a’lam…
8 K-Drama Terbaru ‘Paling Hot’ Tayangan Oktober Ini, Wajib Korang Tonton
Isi Kandungan
ToggleMenjelang akhir tahun 2021, semakin banyak drama-drama Korea menarik yang bakal dihidangkan kepada penonton. Pelbagai genre yang pastinya menarik minat pengikut tegar k-drama.
Berikut kami senaraikan antara drama-drama Korea yang bakal ditayangkan Oktober ini.
1. Jirisan/Mount Jiri
Drama ini mengisahkan tentang ranger yang bekerja di taman negara gunung Jiri, mencari dan menyelamatkan orang yang hilang, orang yang cuba membunuh diri dan pelbagai kisah di sana.
Kang Hyeon Jo, rookie ranger taman negara yang menyimpan satu rahsia. Kang Hyeon Jo pernah menjadi leftenan tentera dan kehilangan rakan penggantinya ketika latihan berkawad di gunung Jiri.
2. My Name/Undercover
Dilakonkan oleh Han Soo Hee, pelakon ini memegang watak sebagai Yoon Ji Woo yang ingin membalas dendam terhadap individu yang bertanggungjawab atas kematian ayahnya.
Ji-Woo bekerja untuk kumpulan jenayah dadah, Dongcheonpa. Choi Moo Jin (Park Hee Soon) adalah ketua kumpulan itu. Dengan pertolongan Choi Moo-Jin dan untuk mengetahui sebab kematian ayahnya, Yoon Ji Woo menjadi anggota polis dan menjadi mata-mata untuk kumpulan kongsi gelap itu.
3. The King’s Affection
Mengisahkan tentang raja yang dilupakan dan tidak pernah wujud dalam sejarah. Isteri Putera Mahkota melahirkan anak kembar, seorang lelaki dan seorang perempuan, tetapi anak kembar pada waktu itu dianggap sebagai pembawa sial.
Anak perempuan kembar itu sepatutnya dibunuh, tetapi ibunya memohon supaya anak perempuannya diselamatkan. Secara diam-diam, anak kembar perempuan itu dihantar keluar dari istana.
4. Reflection Of You
Hee Joo mengalami pengalaman yang buruk dan mencabar pada masa mudanya. Dia kini seorang pelukis dan penulis esei yang berjaya. Suaminya adalah pengarah hospital dan mereka mempunyai dua orang anak. Kehidupan keluarganya sering menjadi umpatan jiran-jiran dan dicemburui ramai.
Hee Joo kemudiannya bertemu dengan seorang wanita, Goo Hae Won iaitu wanita miskin sepertinya pada masa muda dahulu.
5. Chimera
Sebuah insiden letupan berlaku pada 35 tahun lepas, berkait dengan kes pembunuhan bersiri yang dikenali sebagai Chimera. Kini, kejadian letupan yang sama berlaku lagi.
6. Inspector Koo
Koo Kyung Yi seorang wanita berusia 40-an, merupakan bekas pegawai polis tetapi kini bekerja sebagai penyiasat insurans dan detektif peribadi. Dengan berbekalkan kecerdikan dan gerak hati yang sentiasa tepat, dia sentiasa dapat menyelesaikan kes.
7. Work Later Drink Now
Ahn So Hee, Han Ji Yeon dan Kang Ji Gu, selalu berseronok selepas waktu kerja dan mabuk bersama. Mereka masih bujang dan berumur 30-an. Hee bekerja sebagai penulis skrip tv, Ji Yeon bekerja sebagai pelatih yoga dan Ji Gu bekerja sebagai YouTuber.
8. Jinx
Kyu Han seorang pelajar sekolah yang disumpah dengan nasib malang. Setiap kali dia bersin, perkara akan berlaku sebaliknya dari apa yang diharap, menyebabkannya berhadapan dengan situasi buruk setiap hari.
Selamat menonton!
Sumber: (1)
Respon Campur-Baur Lepas Teaser ‘Pulau’ Keluar, Ada Warganet Teruja Lihat Filem Tempatan Kini Lebih Terbuka
Tarikh tayangannya dijadualkan pada bulan Mac, namun seawal bulan Januari lagi filem ini sudahpun mencetuskan kontroversi.
Paparan klip acah (teaser) bagi sebuah filem tempatan berjudul Pulau pada minggu ini telahpun mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Filem Pulau dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal termasuklah Alif Satar, Namron, Amelia Handerson dan Ikmal Amry serta memperkenalkan bintang baharu seperti Jazmy Juma Khan, Harris Annuar, Sabronzo, Mark O’dea dan Sanjna Suri dan Miss Pui Yi telah menjadi perbualan hangat di media sosial.
Rata-rata meluahkan rasa terkejut apabila mereka melihat beberapa babak ‘berani mati’ yang ditonjolkan dalam klip filem terbitan Web TV Asia itu. Bukan hanya perihal pakaian dalam filem ini yang memaparkan lelaki tidak berbaju dan wanita berbikini yang menjadi persoalan.
Malah, beberapa aksi tidak sesuai untuk tontonan di pawagam tempatan juga turut disertakan dalam klip acah berkenaan featuring model-deejay berimej seksi, Miss Pui Yi.
ARTIKEL BERKAITAN: Nekad Tinggalkan OnlyFans! Model Malaysia Popular Akui Keterujaan Hilang, Ingin Fokus Jadi DJ – REMAJA
Dalam satu babak di pertengahan klip, ia turut memaparkan gandingan pelakon lelaki dan wanita yang seakan sedang berasmara biarpun filem tersebut menggunakan teknik kamera.
Tidak cukup sekadar itu, warganet juga terkesan dengan tarikh tayangan filem Pulau ini yang hanya dipisahkan selama dua minggu sahaja dari 1 Ramadan di mana umat Islam mula mengerjakan ibadah berpuasa. Ia dilihat seakan meminggirkan aspek sensitiviti penonton di Malaysia yang rata-ratanya daripada kaum Melayu.
Call me kolot but this should never be accepted in local filming industry. https://t.co/zlJX1NbE8o
— احمد كانيكي (@Ahmad_KanekiKen) January 16, 2023
bila ada instafemes dan softporn nak lariskan filem, better not go.
macam mana filem melanggar nilai2 ketimuran macam ni bole lepas? nak kena ikut barat ada softporn baru berkualiti ke?
low class mentality. https://t.co/anupRu7Oq2
— H🔺ziq banyak kerja (@Haziqmahmur9) January 16, 2023
Di sebalik kritikan ini, timbul juga rasa tidak sabar kritikan daripada pemerhati filem yang sebenarnya ingin menonton filem Pulau ini disebabkan keberaniaan penggiat filem merealisasikan sebuah naskah yang bersifat terbuka.
The hate this movie is getting for having bikini/kissing scenes is really sad actually. These scenes are in your popular Hollywood, Korean movies n series. Tak bising pun? https://t.co/qr0DW5kSzT
— Shazwan Ze (@ZeSpoooky) January 17, 2023
This movie looks good!!!! 😚 y’all can support cliche local drama with bad cinematography but can’t support actual good movies like this 🤷🏻♀️ and also this doesn’t surpass as soft porn y’all https://t.co/oQMiKeUMsK
— Alvy ଘ(੭ˊᵕˋ)੭* ੈ (@missalvy__) January 16, 2023
9000 times better than Mat Kilau. Definitely gonna give my money to this movie. Hopefully it’s on par with KIL The Movie https://t.co/0qPddjocsb
— syvzwvn (@syvzwvn) January 16, 2023
Cuma dari sudut seni hiburan, mereka mengkritik karya poster terawal filem Pulau ini yang dilihat mirip filem Hollywood berjudul Fantasy Island.
Malah mereka juga berpendapat pembikinan klip acah bagi filem Pulau ini tidak seharusnya menayangkan keseluruhan jalan ceritanya sehinggakan tiada lagi elemen kejutan yang ada semasa tayangan kelak.
Apa pendapat korang? Adakah korang sebahagian daripada warganet yang menentang tayanang filem Pulau ini? Ataupun korang merasakan filem sedemikian boleh sahaja ditayangkan asalkan bagi penonton berusia 18 tahun ke atas sahaja.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran klip acah filem Pulau oleh akaun GSC Cinemas di Twitter telahpun dimuat naik semula sebanyak 2,889 kali dengan rata-rata warganet meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap filem tersebut.
FOTO: Tangkap Layar dari Web TV Asia
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.