Kemunculan personaliti media sosial kontroversi, Iqbal Zulkefli pada minggu pertama Big Stage 2022 semalam masih tidak mencukupkan bilangan 12 pesertanya apabila kelibat Megat Rahim tidak dapat dilihat.
Ini susulan pendedahan Megat bahawa dirinya positif Covid-19 sejak 31 Januari lalu dan terpaksa menjalani kuarantin di rumah.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Megat memberikan penjelasan lanjut mengenai keadaannya dan berharap agar peminat dapat mendoakan kesejahteraannya bagi menyertai peserta lain di Big Stage 2022, Ahad ini.
“Assalamualaikum semua. Saya hanya nak katakan bahawa saya memohon maaf kerana tidak muncul pada minggu pertama (Big Stage 2022). InsyaAllah kita jumpa minggu hadapan. Sebab mengapa Megat tak muncul untuk minggu pertama ini adalah kerana saya disahkan positif Covid-19,” kata penyanyi berusia 20 tahun itu sebelum menyambung, “Apapun, Megat tiada kena-mengena dengan (penyertaan) Iqbal.”
Megat yang dijadualkan untuk memotong gelangnya pada hari ini bukan satu-satunya yang dijangkiti wabak tersebut. Ibunya, Shahidah Mohd Hashim, 60 juga disahkan positif kesan kontak rapat dengannya pada 2 Februari lalu.
Ketiadaan Megat semalam juga membuatkan juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ajai sebulat suara untuk tidak menggunakan ‘immunity unlock’ demi bertindak adil kepada Megat yang tidak dapat membuktikan kemampunan nyanyiannya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.