“Kita Selalu Kalah Kepada Singapura, I’ll Change This” – Syed Saddiq Pertahan Bawa BTS

Share

 

Penulis tak menjangkakan perancangan untuk membawa masuk grup K-Pop popular, BTS ke Malaysia pada tahun hadapan boleh mencetuskan perdebatan hebat di kalangan remaja tempatan seperti korang!

 

Tujuan utama untuk menjemput BTS ke Kuala Lumpur bagi menjayakan konsert khas adalah sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, ia bukan saja akan membantu ekonomi negara dengan menarik penonton dari dalam negara, tetapi juga pelancong dari luar negara.

Tanpa disangka, inisiatif ini telah dipandang serong oleh banyak pihak termasuklah penyanyi popular negara.

BACA: Awie Luah Rasa Kecewa Perancangan Bawa Masuk Grup BTS, Ini Respon Netizen..

Hal demikian, Syed Saddiq tampil untuk menjelaskan tujuan utama dia ingin cuba menjemput grup BTS.

“Apabila Coldplay dan BTS memilih Singapura sebagai destinasi grup popular seperti ini, stadium negara mereka selalunya akan penuh dan tiket habis dijual dalam tempoh kurang dari 4 jam. Berpuluh-puluh ribu orang akan terbang masuk ke Singapura.

“Malaysia? Kita selalu ‘kalah’ kepada Singapura sebagai destinasi pilihan penyanyi dan grup antarabangsa. I will change this,” kata Ahli Parlimen berusia 26 tahun ini sebelum menyambung..

“Tak serikkah kita untuk asyik tewas kepada Singapura atau Thailand, sekarang juga tewas di tangan Indonesia dan Vietnam. Saya ingin ubah trend ini.

Twitter

“Dulu, Malaysia sentiasa dipilih sebagai destinasi utama bagi persidangan antarabangsa dan konsert antarabangsa yang menarik minat ramai pelancong luar. Tetapi sekarang tidak lagi.

“(Semasa konsert antarabangsa diadakan di Singapura), negara itu juga akan dapat multiplier effect kepada sektor pelancongan mereka. Mata dunia tertumpu kepada Singapura, bukan lagi Malaysia,” tuntas beliau menerusi akaun Twitter.

Hhm, Kuala Lumpur sememangnya mempunyai fasiliti yang terbaik di Asia. Dan mungkin ada benarnya jika ia harus digunakan sebaik mungkin untuk menjana pendapatan negara, terutamanya semasa Tahun Melawat Malaysia.

Adakah Tan Sri Tony Fernandes sedang melihat Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menampung konsert BTS, seperti yang dilakukan untuk konsert Ed Sheeran baru-baru ini?

 

Pendapat Remaja Malaysia Bercanggah

Seperti biasa apabila wujud isu kontroversi seperti ini, ramai yang akan meluahkan pendapat masing-masing. Ada yang akan setuju ada yang tidak.

Bagi yang melihat kemasukan BTS ke Malaysia dari sudut positif, mereka merasakan impak yang bakal BTS bawa adalah besar bagi menarik perhatian pelancong luar.

Apabila ada pihak yang mencerca BTS sebagai artis bermasalah, adakah mereka tidak melihat sumbangan BTS melalui platform sosial mereka dan juga kempen bersama UNICEF pada tahun lalu? Oleh itu, mereka berharap agar netizen tak bersikap skeptikal terhadap perancangan ini.

Akan tetapi, sebahagian daripada mereka mempertikaikan mengapa kita tidak menjemput saja penyanyi Malaysia untuk memenuhi stadium seperti yang boleh dilakukan oleh BTS?

Yuna yang baru menerima anugerah RIAA Gold melalui single ‘Crush’, merupakan antara nama yang disebut-sebut di ruangan komen. Ya, bukan calang-calang penyanyi boleh melakukan apa yang Dato Sri Siti Nurhaliza telah lakukan semasa menjayakan konsert beliau.

Tetapi kalau kita tak cuba, kita tak tahu kan?

Jadi kesimpulannya..

REMAJA merasakan tak salah untuk kita memberi peluang kepada BTS untuk datang ke Malaysia dan menjayakan sebuah konsert. After all, telah ramai penyanyi K-Pop yang pernah datang ke Malaysia.

Girls Generation, Super Junior, Big Bang, Twice (walaupun tak jadi, ouch!), Blackpink, Winner, iKON, Mamamoo, FT Island, EXO dan ramai lagi. Lagipun, penyanyi Barat (Ed Sheeran, One Republic) serta penyanyi tempatan (Ella, Jamal Abdillah) juga pernah menjayakan konsert mereka di Kuala Lumpur.

Ella merupakan antara penyanyi tempatan yang berjaya memenuhi Istana Budaya bagi konsert beliau awal tahun ini.

Jadi mengapa kehadiran BTS pula yang harus dipertikaikan. Adakah kerana seorang menteri yang ingin initiate kehadiran mereka, ada yang terpanggil untuk membantah?

Di samping itu, tahun 2020 mempunyai 365 hari seperti tahun-tahun sebelumnya. BTS hanya mengambil 1 atau 2 hari daripada tempoh setahun. Selebihnya, lebih banyak persatuan atau penganjur yang boleh mengadakan konsert penyanyi tempatan, festival kebudayaan negara atau apa-apa jenis persembahan lain.

Seharusnya tak patut ada sebarang isu pun.

Comment pendapat korang di Instagram & Facebook @majalahremaja ya.

Published by
FZ