“Kita Tak Tahu Bila Akan Berdepan Dengan Mangsa Buli, Macam Ini..” Model Pertahan Diri Secara LIVE

Share

 

Sebab itulah kita harus berhati-hati sebelum giat menaip kata-kata cercaan di comment section media sosial.

 

Gejala buli siber bukan lagi isu baru.

Sejak internet tercipta untuk kegunaan penduduk dunia lagi, ramai yang telah terjerat dalam kalangan mangsa buli siber.

Era media sosial jelas tak membantu isu tersebut, malah penggunanya ataupun netizen semakin liar mengetuk papan kekunci demi melontarkan pendapat masing-masing terhadap apa jua kes yang sedang hangat diperkatakan.

Lebih tular, lebih galak mereka menuang minyak ke arah api yang membara.

ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa Body Shaming? Hafal Respon Paling Win 7 Selebriti Ini

Sentimen ini dirasakan oleh model albino pertama negara yang dikenali sebagai Azfar Firdaus. Dia merupakan seorang pelajar pengajian PhD yang semakin aktif dalam bidang peragaan.

Instagram

Walaupun sukar mengimbangi antara kedua-dua bidang itu, Azfar ingin jadikan karier sebagai seorang model bukan hanya untuk memenuhi tuntutan minat. Tetapi dia ingin menyebarkan mesej positif kepada remaja lain yang berdepan dengan albinisma untuk yakin menjadi diri sendiri dan jalani hidup seperti orang lain.

*

“Semasa usia remaja, saya enggan menjadi ‘lain’. Namun sebagai seorang albino, saya tak boleh terdedah kepada matahari. Sehingga satu masa itu, saya bertanya sampai bila saya perlu berdiam diri.

Instagram

“Salah satu sebab mengapa saya ceburi bidang peragaan adalah untuk memberi kesedaran mengenai albanism terutamanya kepada remaja seperti saya. They can go out there and just be themselves, without having the need to explain,” katanya lagi dalam temubual bersama CLEO.

*

Hari ini, satu lagi momen penting berlaku kepada Azfar. Dia dijemput ke rancangan Malaysia Hari Ini yang disiarkan secara langsung pada pagi tadi.

Bercakap mengenai topik body shaming, ia amat berkait rapat dengan isu buli siber. Apa saja yang tak kena mengenai tubuh badan seseorang di mata netizen, mereka pantas untuk mencerca.

Azfar dijemput untuk mengupas topik body shaming bersama dua lagi tetamu iaitu Shazwan Zafran dan selebriti, Zulin Aziz. Mereka bertiga pernah berdepan dengan isu ini.

Sebaik memasuki segmen dan tiba waktu untuk Azfar bercakap mengenainya, dia membuat pendedahan bahawa dia juga pernah dibuli oleh salah seorang tetamu jemputan iaitu Shazwan Zafran.

*Lets take a moment of silence. Awkward*

Semuanya gara-gara satu tweet yang pernah dimuat naik oleh Shazwan. Bukan saja ia berbaur body shaming tetapi juga ancaman ke arah Azfar.

Now, kita sebagai pemerhati tak tahu niat sebenar Shazwan ketika memuat naik tweet tersebut. Namun berdasarkan kepada kata-katanya, ia bukanlah kata-kata yang boleh dibawa bergurau.

Tweet tersebut berantaian daripada sebuah artikel Astro Awani yang mengupas mengenai isu golongan albino yang diburu oleh puak tertentu bagi upacara ritual sihir.

Shazwan kemudian memuat naik semula article link tersebut dengan kata-kata seperti di bawah.

Ini pula apa yang ingin dijelaskan oleh Azfar. Baginya, tindakan mencerca orang di sebalik papan kekunci itu mampu memakan diri di kemudian hari.


Pendedahan terhadap Syazwan di randangan MHI pada hari ini adalah satu pengajaran yang bukan saja harus diambil olehnya tetapi juga oleh kita semua yang terikat dengan akaun media sosial.

“Body shaming ini benda yang orang tak sedar. Jari tu dia rasa macam invisible. Tapi kadang-kadang (kita) tak tahu yang kita akan berhadapan dengan orang yang kita buli, in real life. Macam ini lah..”

TBH, kami tidak tahu apa yang terjadi selepas itu dan bagaimana mereka berdua menyelesaikannya.

Apa yang pasti, baik Azfar mahupun Syazwan tidak menyangka impak yang akan tercetus di media sosial hasil segmen temuramah mereka pada pagi ini.

Kami berharap agar ia dijadikan pengajaran berguna untuk kita semua tidak sewenang-wenangnya melontarkan kata-kata negatif terhadap orang lain, terutamanya kepada orang yang kita tidak pernah temui dan kenali in real life.

Jangan sampai sudah terlambat untuk meminta maaf..

 

Published by
FZ