“Kita Tengok Dulu..” – Respon Terhadap Penutupan Twitter Raja Permaisuri Agong

Share

 

Itu saja respon yang mampu diberikan setakat ini oleh Menteri Komunikasi & Multimedia, Gobind Singh Deo mengenai penutupan akaun Twitter rasmi milik Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah semalam.

 

Akaun diRaja yang popular dengan nama @cheminahsayang itu didapati telah ditutup oleh rakyat yang mengikuti Tuanku setiap hari di media sosial.

Apa saja yang dikongsikan oleh Tuanku pasti akan mencuit hati rakyat sama ada gambar, video, retweet atau sekadar status biasa.

Ramai yang beranggapan di ditutup kerana sesetengah rakyat berkelakuan tidak beradab ketika menghantarkan reply kepada posting Tuanku.

BACA: Netizen Terkejut Permaisuri Agong ‘Hilang’, Sebabkan Ada Yang Hati Busuk

Mereka terlupa bahawa Tuanku merupakan Raja Permaisuri Agong Malaysia walaupun Tuanku bersifat chill

di mata rakyat.

Apabila Yang Berhormat Gobind diminta untuk mengulas mengenai penutupan akaun Twitter itu, satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan secepat mungkin selepas mendapat maklumat lengkap.

“Saya dimaklumkan mengenai isu ini pagi tadi. Saya belum lihat secara terperinci mengenainya. Saya akan minta laporan apabila kembali ke pejabat selepas ini, kemudian barulah buat keputusan.

“Kita tengok dulu..,” kata beliau secara ringkas.

Gobind juga meminta agar diberikan ruang dan masa sebelum mereka mengeluarkan kenyataan walaupun isu tersebut kini viral di media sosial dengan hashtag #AmpunTuanku bagi mengajak Tuanku untuk kembali semula ke dunia Twitter.

Published by
FZ