
Isi Kandungan
ToggleJerawat dan kehidupan remaja memang berpisah tiada, pimples come and go as they wish. Ia sebahagian daripada norma perubahan hormon pada diri masing-masing.
Kecutkan Jerawat. DIY Sendiri Je Ketulan Ais ALOE VERA
Hold up, sebelum korang lakukan tindakan yang akan korang sesali.. cuba dulu home hacks dari Kiub Ais ALOE VERA yang REMAJA sarankan ini.
Perkongsian dari TheSisters Cookingproject di mana aloe vera ini dibuat seperti ketulan ais dan oleskan sahaja dimuka. Hasilnya jerawat akan kecut dan kulit juga jadi lebih lembut, lembap dan cerah.

Seperti yang kita maklum, lendir lidah buaya ini boleh juga terus disapu pada wajah dan biarkan kering. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih.
Cara Membuatnya:
1. Ambil aloe vera dan buangkan duri di kiri dan kanan dan juga kulit bahagian bawah (yang melengkung ke dalam).
2. Ambil sudu dan korek isinya isi dalam mangkuk.
3. Masukkan isi tadi dalam blender dan kisar hingga hancur. Tak perlu tambah air kerana lender itu memudahkan proses kisaran.
4. Masukkan dalam acuan air batu bentuk kecil-kecil. Penuh bekas berkenaan. Kemudian masukkan dalam bahagian sejuk beku.
Cara Memakai:
1. Keluarkan kiub dan oleskan di bahagian wajah sampai kiub mencair. Biarkan kering dan jadi seperti masker.
2. Kemudian basuh dan hasilnya kulit jadi lembut, licin dan ‘flawless’.
3. Boleh dibuat 3 kali seminggu sekali. Insya-Allah cara ini akan dapat memelihara dan memperbaiki kulit anda.
Berikut adalah senarai beberapa manfaat utama aloe vera untuk kulit:
- Melembapkan Kulit: Aloe vera membantu melembapkan kulit secara semulajadi. Gel aloe vera mengandungi air yang tinggi, membantu menjaga kelembapan kulit.
- Mengurangkan Kemerahan dan Keradangan: Kandungan anti-radang dalam aloe vera membantu mengurangkan kemerahan dan keradangan pada kulit, menjadikannya sesuai untuk merawat kulit yang sensitif atau berjerawat.
- Pengurangan Jerawat: Aloe vera mempunyai sifat antibakteria dan antiseptik, membantu mengawal pertumbuhan bakteria penyebab jerawat. Ia juga membantu mengurangkan parut jerawat.
- Mengurangkan Gatal-Gatal: Aloe vera dapat memberikan kelegaan kepada kulit yang gatal disebabkan oleh alahan atau penyakit kulit tertentu.
- Mempercepatkan Pemulihan Luka: Gel aloe vera dikenali untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka dan lecet pada kulit.
- Mengurangkan Kesan Penuaan: Kandungan anti-oksidan dalam aloe vera membantu melambatkan proses penuaan kulit dan mengurangkan garis halus.
- Melindungi Kulit daripada Sinar Matahari: Aloe vera membantu melindungi kulit daripada kesan buruk sinar UV matahari dan dapat digunakan sebagai losyen kulit selepas terkena matahari.
- Mengurangkan Kesan Garis Halus dan Kedutan: Penggunaan aloe vera secara konsisten boleh membantu mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan pada kulit.
- Mengatasi Kesan Pemutihan Kulit: Aloe vera dapat membantu mengurangkan kemerahan dan kegelapan pada kulit, memberikan kulit penampilan yang lebih sekata.
- Menyegarkan Kulit: Aloe vera memberikan sensasi penyegaran pada kulit, menjadikannya sesuai untuk penggunaan harian sebagai toner atau pelembap.
Penting untuk mengingat bahawa hasil aloe vera mungkin berbeza antara individu. Sebelum menggunakan aloe vera secara terperinci, disyorkan untuk melakukan ujian kecil di bahagian kulit yang kecil untuk mengelakkan sebarang reaksi alergi atau sensitiviti.
SUMBER: THE SISTERS COOKING PROJECT VIA PETUA IBU
BACA LAGI: 6 Makna Disebalik Warna Darah Haid, Petanda Tahap Kesihatan Wanita
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Lady Gaga Pun Pernah Pakai! Kaca Mata TOM EEREBOUT Kini Di Malaysia Pada Harga Berbaloi

Isi Kandungan
Toggle
Setiap kali penyanyi dan pelakon terkenal Hollywood, Lady Gaga melangkahkan kaki ke karpet merah ataupun di mana-mana kemunculan awam, pastinya stail fesyennya akan menjadi topik tular di media sosial.
Gaga jarang sekali gagal dalam soal fesyen. Keberanian dan kelantangannya dalam mengekspresikan diri sememangnya diakui sejak dirinya mula menembusi industri hiburan massa pada tahun 2005.
Kini, korang juga boleh mendapatkan ilham daripada Gaga dalam menentukan gaya harian masing-masing setelah salah satu jenama kaca mata terkenal yang digemari oleh Gaga kini telahpun tiba bagi pasaran Malaysia.
TIME ZONE Group dengan bangganya mengumumkan kolaborasi kaca mata terbaru KOMONO bersama penata gaya serta penasihat fesyen antarabangsa, Tom Eerebout. Nama Tom seringkali dikaitkan dengan Gaga setelah dia diberi mandat untuk menyiapkan persalinan jelajah konsert Joanne dan residensi Las Vegas Gaga sebelum ini. Malah, Tom jugalah yang bertanggungjawab menyiapkan Gaga untuk anugerah Grammy 2022 dan Critics Choice Awards 2022, baru-baru ini.
ARTIKEL BERKAITAN : 6 Gaya LADY GAGA Dalam ‘House of Gucci’ Memang Wow – REMAJA
Koleksi kapsul kaca mata rekaan Tom Eerebout bersama KOMONO ini telahpun mula dijual bagi pasaran Malaysia menerusi butik Time Zone.

Koleksi pertama yang dilancarkan pada akhir bulan Mac lalu diilhamkan daripada ahli muzik era 1959, Buddy Holly dan Waylon Jennings sewaktu mereka berdua sibuk mengambil foto di Grand Central New York satu masa dahulu. Ia amat diminati ramai sehinggakan Gaga sendiri pernah menyarungkan model M, Raven sewaktu beberapa kali melakukan kemunculan!
M, Raven
Dua lagi rona berbeza yang ditawarkan ialah M, Nectar dan M, Whiskey Coke. Ketiga-tiga pada hemat REMAJA melengkapi satu sama lain dan bersesuaian mengikut stail, mood serta situasi berbeza.
M, Nectar
M, Whiskey Coke
To all of you amazing, sizzling fashionistas; korang boleh memiliki kaca mata koleksi KOMONO x Tom Eerebout ini di stor fizikal Time Zone Group yang terletak di Vernakular Store Bangsar; Time Zone Gallery Ampang; Time Zone IOI City Mall Putrajaya dan Time Zone SOGO Kuala Lumpur. Setiap satu dijual pada harga RM799.
BACA LAGI : Jam Tangan ‘High Fashion’ Tanpa Tag Harga Premium, KOMONO Untuk Remaja Pentingkan Stail – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Puteri Indonesia Aceh Santun Berhijab, Lambang Negeri Yang Mengamalkan Undang-Undang Syariah

Puteri Indonesia antara pertandingan ratu cantik yang mendapat perhatian bagi pageant lovers yang menantikan siapakah yang bakal mewakili negara itu ke pertandingan-pertandingan ratu cantik peringkat antarabangsa.
Pemenang tiga tempat teratas di Puteri Indonesia akan mewakili negara kepulauan itu di pentas Miss Universe, Miss International dan Miss Supranational. Baru-baru ini organisasi Puteri Indonesia telah mengumumkan 45 finalis yang bakal berentap merebut gelaran utama.
Menarik perhatian adalah penampilan salah seorang peserta yang mewakili negeri Aceh. Eggy Fegri Lindira Putri yang telah dipilih setelah melalui sesi ujibakat yang ketat telah dinobatkan sebagai pemenang terbaru Puteri Indonesia Aceh.
Wanita anggun berusia 25 tahun ini bukanlah orang baru dalam dunia ratu cantik, sebaliknya dia sudah banyak menyertai pertandingan antaranya seperti Puteri Pariwisata Indonesia 2015 dan juga Miss Grand Indonesia 2018.
Nampaknya, setelah 4 tahun berehat dia kembali membuat kemunculan di pentas ratiucantik paling berprestij di Indonesia ini. Bukan sekadar tampil cantik, Eggy juga seorang wanita yang berpelajaran tinggi. Dia merupakan graduan lulusan undang-undang dari Universiti Syiah Kuala yang terletak di Banda Aceh.
Saat terpilih sebagai peserta mewakili Aceh, wanita berkulit putih bersih ini menyuarakan kegembiraannya di Instagram. Tulisnya, “MashaAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Terima kasih atas doa dan sokongan rakan-rakan sekalian sehingga saya tiba di titik ini. Teruskan menyokong saya ya. Mari kisa bersama-sama menunjukkan pada dunia bahawa Aceh dengan adat budaya bersyariat.”
Biarpun berhijab, kehadiran Eggy menarik perhatian pageant lovers dek penampilannya yang menawan. Gaya fesyennya yang moden namun masih mengekalkan kesopanan sebagai wanita Muslim mendapat pujian.
Sesuai dengan negeri yang mengamalkan undang-undang Syariah, pemilihannya mencetuskan pujian bahkan dia banyak terlibat dengan kegiatan pembangunan sosial setempat.
BACA JUGA: Andina Julie, Gadis Asal Palembang Dipilih Sebagai Miss Grand Indonesia 2022
Untuk pengetahuan pembaca, sebelum ini Qory Sandioriva yang mewakili Aceh pernah memenangi pertandingan Puteri Indonesia pada tahun 2009. Namun kemenangan itu telah mendapat kecaman dari penduduk Aceh kerana penampilannya yang tidak berhijab.
Semoga Eggy berjaya menjadi wanita Aceh yang berhijab pertama memegang gelaran Puteri Indonesia nanti lantas mencipta sejarah tersendiri.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kredit foto: Instagram Eggy Fegri
Kim Kardashian Muncul Di MET Gala Dengan Saiz Pinggang Tak Masuk Akal & Netizen Berang!

Tidak sah sekiranya pempengaruh dan usahawan sensasi, Kim Kardashian tidak mendatangkan elemen sensasi setiap kali menghadiri acara tahunan, Met Gala di kota New York.
Sebagaimana tahun-tahun sudah, Kim, 43 membuat kemunculan di tangga keramat Muzium Met pada awal pagi tadi waktu tempatan sempena acara Met Gala bagi edisi 2024.
Bertemakan kod pemakaian ‘The Garden of Time’, Kim menggayakan rekaan khas Maison Margiela oleh John Galliano serba metalik dengan perincian dedaun, bungaan, mutiara, kristal dan elemen kaca yang diwarnakan perak. Gaya itu dilengkapkan dengan kardigan cashmere yang mendakapi bahagian lengan serta bahunya.
Biarpun pemilihan kardigan Kim itu sedikit sebanyak menjadi titik perdebatan dalam kalangan netizen sejak pagi tadi, apa yang membuatkan netizen berang dengan Kim (seperti kebiasaan) di Met Gala tahun ini adalah disebabkan saiz pinggangnya yang tidak seiring dengan ketinggian serta bentuk badan asalnya.
Pada bahagian bodice gaun tersebut, Kim mengenakan korset metalik ketat yang diperbuat daripada fabrik brocade vintaj yang cukup menepati tema acara.
Imej pinggang Kim yang tidak masuk akal ini justeru meraih pelbagai komen negatif di media sosial yang risau sekiranya pengikutnya turut ingin mengekori jejak langkah Kim yang mengamalkan diet ekstrem atau lebih teruk, menjalani pembedahan kosmetik semata-mata demi fesyen.
“Anda boleh tahu dia sedang mengalami kesukaran untuk bernafas. Saya tidak cemburukannya. Saya kasihaninya.” – @mycolombiandaydream
“Kali ini, tidakkah di sedang berdepan simptom body dismorphia?? Ingat lagi zaman dahulu di mana wanita dipaksa memakai korset yang terlalu ketat dan secara kerap untuk mencipta tubuh badan sempurna? Kim bukan bergerak ke hadapan, dia mengambil bermacam-macam langkah ke belakang.” – @lmc1077
“Anak perempun kecil sepatutnya ingin kelihatan seperti ini satu hari nanti? Amat tidak sihat.”- @missjgfit24
“Saya benar-benar merasa sedih untuknya. Kehidupan Kim penuh dengan realiti kepalsuan dan dia harus mengekal imejnya itu setiap kali keluar dari rumah. Saya berharap dia akan mengecapi ketenangan dalam dirinya satu hari nanti.” – @sfclou
Ini bukanlah kali pertama Kim menerima kritikan disebabkan imej pinggangnya itu. Pada tahun 2022, ibu kepada empat cahaya mata itu pernah menggayakan gaun asal milik primadona Hollywood, Marilyn Monroe ke acara Met Gala.
ARTIKEL BERKAITAN: Gaun Marilyn Monroe Dikhabarkan Rosak Selepas Dipakai Kim Kardashian – REMAJA
Bukan hanya pemilihan gaun ikonik itu yang mencetuskan kontroversi.
Pendedahan Kim dalam satu temubual bersama Vogue di mana dia berbangga kerana berjaya menurunkan 11.33kg dalam tempoh 2 minggu sebelum acara tersebut turut dikritik hebat kerana beliau mempromosikan diet tidak sihat sehingga mengakibatkan kesakitan pada tubuhnya yang disebut sebagai psoriasis flareup.
ARTIKEL BERKAITAN: Kim Kardashian Sanggup Turunkan Berat Lebih 7 Kg Untuk Muat Gaun Marilyn Monroe – REMAJA
BACA LAGI: Uh-oh! Pelakon Riverdale Menempelak Taktik Kim Kardashian Turun Berat Demi Fesyen – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.