Kiub Ais ALOE VERA Mampu Kecutkan Jerawat, Kulit Pun Jadi Licin!
Disember 13, 2023
Share
Jerawat dan kehidupan remaja memang berpisah tiada, pimples come and go as they wish. Ia sebahagian daripada norma perubahan hormon pada diri masing-masing.
Kecutkan Jerawat. DIY Sendiri Je Ketulan Ais ALOE VERA
Hold up, sebelum korang lakukan tindakan yang akan korang sesali.. cuba dulu home hacks dari Kiub Ais ALOE VERA yang REMAJA sarankan ini.
Perkongsian dari TheSisters Cookingproject di mana aloe vera ini dibuat seperti ketulan ais dan oleskan sahaja dimuka. Hasilnya jerawat akan kecut dan kulit juga jadi lebih lembut, lembap dan cerah.
Seperti yang kita maklum, lendir lidah buaya ini boleh juga terus disapu pada wajah dan biarkan kering. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih.
Cara Membuatnya:
1. Ambil aloe vera dan buangkan duri di kiri dan kanan dan juga kulit bahagian bawah (yang melengkung ke dalam).
2. Ambil sudu dan korek isinya isi dalam mangkuk.
3. Masukkan isi tadi dalam blender dan kisar hingga hancur. Tak perlu tambah air kerana lender itu memudahkan proses kisaran.
4. Masukkan dalam acuan air batu bentuk kecil-kecil. Penuh bekas berkenaan. Kemudian masukkan dalam bahagian sejuk beku.
Cara Memakai:
1. Keluarkan kiub dan oleskan di bahagian wajah sampai kiub mencair. Biarkan kering dan jadi seperti masker.
2. Kemudian basuh dan hasilnya kulit jadi lembut, licin dan ‘flawless’.
3. Boleh dibuat 3 kali seminggu sekali. Insya-Allah cara ini akan dapat memelihara dan memperbaiki kulit anda.
Berikut adalah senarai beberapa manfaat utama aloe vera untuk kulit:
Melembapkan Kulit: Aloe vera membantu melembapkan kulit secara semulajadi. Gel aloe vera mengandungi air yang tinggi, membantu menjaga kelembapan kulit.
Mengurangkan Kemerahan dan Keradangan: Kandungan anti-radang dalam aloe vera membantu mengurangkan kemerahan dan keradangan pada kulit, menjadikannya sesuai untuk merawat kulit yang sensitif atau berjerawat.
Pengurangan Jerawat: Aloe vera mempunyai sifat antibakteria dan antiseptik, membantu mengawal pertumbuhan bakteria penyebab jerawat. Ia juga membantu mengurangkan parut jerawat.
Mengurangkan Gatal-Gatal: Aloe vera dapat memberikan kelegaan kepada kulit yang gatal disebabkan oleh alahan atau penyakit kulit tertentu.
Mempercepatkan Pemulihan Luka: Gel aloe vera dikenali untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka dan lecet pada kulit.
Mengurangkan Kesan Penuaan: Kandungan anti-oksidan dalam aloe vera membantu melambatkan proses penuaan kulit dan mengurangkan garis halus.
Melindungi Kulit daripada Sinar Matahari: Aloe vera membantu melindungi kulit daripada kesan buruk sinar UV matahari dan dapat digunakan sebagai losyen kulit selepas terkena matahari.
Mengurangkan Kesan Garis Halus dan Kedutan: Penggunaan aloe vera secara konsisten boleh membantu mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan pada kulit.
Mengatasi Kesan Pemutihan Kulit: Aloe vera dapat membantu mengurangkan kemerahan dan kegelapan pada kulit, memberikan kulit penampilan yang lebih sekata.
Menyegarkan Kulit: Aloe vera memberikan sensasi penyegaran pada kulit, menjadikannya sesuai untuk penggunaan harian sebagai toner atau pelembap.
Penting untuk mengingat bahawa hasil aloe vera mungkin berbeza antara individu. Sebelum menggunakan aloe vera secara terperinci, disyorkan untuk melakukan ujian kecil di bahagian kulit yang kecil untuk mengelakkan sebarang reaksi alergi atau sensitiviti.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.