Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun bermula Februari ini dan tempahan janji temu vaksinasi tersebut telah pun dibuka secara berperingkat sejak 31 Jan lalu.
Anak bongsu kepada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, Raif yang berumur 6 tahun telah pun selamat menerima vaksinasi dos pertama di World Trade Centre (WTC) semalam. KJ juga telah berkongsi perkara itu di laman Twitter dan turut memuat naik video pengambilan vaksin anaknya itu di TikTok.
Alhamdulillah selesai vaksinasi dos pertama untuk anak bongsu saya Raif di @wtcklofficial. Rasa lega beliau dapat perlindungan dari COVID-19. Daftar anak anda untuk #PICKids #LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/mDZTcpbQJH
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) February 13, 2022
Menerusi video tersebut dilihat Raif tenang menerima suntikan vaksin sambil tangannya dipegang oleh ibunya Nori Abdullah. Selepas suntikan, KJ turut bertanyakan kepada Raif bagaimana keadaannya selepas dicucuk dan anak lelakinya itu menjawab ‘Good!’.
@khairykj Raif’s vaccine day. #PICKids #fyp ♬ original sound – Khairykj
Walau bagaimanapun, perkongsian yang telah dibuat ini mendapat respon yang berbeza oleh warganet kerana ada yang masih tidak percaya dan ada juga yang turut berkongsi cerita bahawa telah membenarkan anak mereka menerima suntikan vaksin.
Apa-apa pun sama-samalah kita berdoa agar dilindungi daripada virus pandemik ini dan sekiranya korang semua sudah mendapatkan dos suntikan vaksin, bertawakal dan berdoalah agar kita diberikan kesihatan yang baik.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=wbbIGGPiHeM