Jika sebelum ini pemberian fasa pertama vaksin Astrazeneca habis kesemua 268,000 slot dimohon dan terisi. Terbaru, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin memaklumkan permohonan fara kedua akan dibuka bulan Mei ini.
Pemberian vaksin di empat buah pusat diberikan keutamaan untuk pendaftaran yang dibuka , penduduk di di Lembah Klang, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang. Persekutuan telah bersedia untuk menerima vaksin mereka.
ARTIKEL BERKAITAN : Warganet Kongsi Berjaya Daftar Suntikan Vaksin AstraZeneca, Tinggal 50k Slot! – REMAJA
Tapi perlu diingatkan, pemberian vaksin fasa kedua Astrazeneca ini hanya diutamakan kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas sahaja.
The next AstraZeneca opt in will open on 23 May and will only be available to above 60s in Selangor, KL, Penang, Sarawak & Johor where cases are highest. Bookings via website & community clinic outreach. AZ will also be sent to elderly care homes.
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) May 17, 2021
Khairy Jamaluddin turut menyatakan melalui ciapan di laman Twitter bahawa sesiapa yang masih berada di senarai tunggu pusingan 1 sekarang akan mendapat janji temu.
However, those on the present round 1 waitlist will get appointments.
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) May 17, 2021
Untuk info, vaksin AstraZeneca iaitu vaksi ketiga negara selepas vaksin jenis Pfizer dan Sinovac
Sumber : Twitter Khairy Jamaluddin / Astro Awani