Baru-baru ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita mengenai kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, 82, yang didakwa menghidapi demensia.
Hal ini selepas Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa keadaan kesihatan bapa mertuanya semakin merosot kerana tidak berupaya untuk mengingati nama ahli keluarga terdekat termasuk dirinya dan isteri.
Foto Via Instagram
“Mungkin ramai antara anda tertanya-tanya, di mana PM kelima (Pak Lah). Ya, beliau telah bersara (sejak 2009) dengan terhormat dan tidak akan menimbulkan masalah untuk penggantinya.
“Beliau mempunyai demensia. Itulah sebabnya beliau tidak kelihatan lagi di mana-mana,” katanya dalam satu kenyataan seperti yang dilapor Awani kelmarin.
Tambah Khairy, keadaan yang dialami ayah mertuanya itu bagaikan ‘tubuh ada tapi minda tiada’ ekoran daya ingatannya sudah merosot.
“Demensia itu satu situasi yang sangat kejam, kerana tubuhnya ada, mindanya tiada.
“Saya lihat bapa mertua saya merosot ke tahap beliau tidak lagi berfungsi secara normal. Beliau tidak ingat nama saya, tidak ingat nama isteri saya,” tambahnya ketika itu.
SEL Otak MATI
Menurut Persatuan Penyakit Alzheimer, demensia merupakan penyakit yang menyebabkan sel otak anda mati pada kadar dipercepat. Ini juga membawa kepada kemerosotan mental secara keseluruhan di mana seseorang mengalami kegagalan memori, fungsi intelek lemah dan perubahan pada sikap.
Foto Via Pexels
Malah, menurut laman web Alzheimer’s Disease International, setiap tiga saat akan ada seseorang yang menghidap demensia di dunia ini. Secara keseluruhan, statistik global mencatatkan lebih 55 juta orang disahkan menghidap penyakit tersebut pada tahun 2020.
Ads
Tip Elak Demensia
1. Sikat Rambut Dan Berus Gigi Guna Tangan Bukan Dominan
Jika korang sering menggunakan tangan kanan, tukar kepada tangan kiri untuk menyikat rambut atau memberus gigi. Begitu juga jika anda kidal – tukar kepada tangan kanan. Ia mungkin agak tidak selesa pada mulanya tetapi anda sedang menggalakkan penghasilan ‘jalan’ baru dalam otak bila anda “belajar” menggunakan tangan bukan dominan anda.
2. Lakukan Senaman
Memastikan anda kekal aktif secara fizikal adalah baik bagi otak anda. Malah, ia terbukti melambatkan kemerosotan kognitif.
3. Elak Tonton Alat Elektronik Terlalu Kerap Dan Cuba Baca Buku
Ads
Dalam satu kajian yang dijalankan JAMA Psychiatry, penyelidik memerhatikan lebih 3,000 orang dewasa selama 25 tahun dan mendapati mereka yang menonton televisyen lebih dari tiga jam sehari mendapat prestasi terendah dalam beberapa ujian kognitif. Jika anda mahu merehatkan minda, cuba baca buku, atau setidak-tidaknya, kurangkan masa di hadapan skrin televisyen.
4. Cuba Jalan Baru
Selalunya kita akan mengambil jalan yang sama untuk ke tempat kerja. Meskipun kebiasaan merupakan suatu yang selesa, cuba tukar perjalanan anda sekali-sekala. Ini memaksa otak anda digunakan dengan berfikir ke hadapan dan kekal aktif.
5. Jadi Sukarelawan
Cari peluang melakukan kerja-kerja sukarela dan memperjuang sesuatu yang anda yakini. Menjadi sukarela bukan sahaja baik untuk kesihatan tetapi ia juga diketahui dapat membaiki fungsi kognitif. Dalam satu kajian, mereka yang sering melakukan kerja-kerja sukarela mempunyai risiko lebih rendah untuk menerima rawatan anti-demensia, berbanding mereka yang tidak.
6. Selalu Hirup Udara Segar
Ads
Ia cukup merehatkan dan menyegarkan jika kita meluangkan masa untuk menikmati alam semula jadi. Dalam satu jurnal Natural England, ia didapati berjalan-jalan di taman amat baik bagi pesakit demensia dan penjaga mereka.
7. Kawal Tekanan
Kita boleh anggap tekanan sebagai sesuatu yang normal. Tetapi, satu kajian menunjukkan wanita pertengahan tahun yang sudah lama menghadapi tekanan mempunyai risiko yang meningkat untuk menghidapi Alzheimer atau nyanyuk. Walaupun tekanan tidak boleh dihindarkan, kita harus belajar untuk kawal tekanan itu dengan mencari wadah bagi menenangkan fikiran misalnya melalui muzik, bersenam atau berkongsi masalah dengan rakan.
8. Makan Coklat Gelap
Coklat yang tinggi kandungan koko diiktiraf sebagai makanan yang baik untuk otak. Ia didapati bahawa koko mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi yang memperlahan perkembangan Alzheimer.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bruno Mars mengenepikan Kuala Lumpur sebagai destinasi konsertnya pada awal tahun ini? Never mind, REMAJA ada perkhabaran yang lebih mengujakan untuk korang!
adidas Malaysia menerusi kelompok eksklusif peminat jenama tersebut, adiClub pada minggu lalu telahpun mengumumkan bahawa ia sedang bersiap-sedia menyambut kehadiran bekas pemain bola sensasi England, David Beckham di Kuala Lumpur!
David Beckham yang sinonim dengan jenama adidas.
Menurut notifikasi yang diterima oleh ahli adiClub (termasuklah kami, hehe) itu, Beckham dijangka turun padang sempena pameran World of Predator pada 1 Februari 2024 (Selasa) dari jam 1 tengah hari hingga 3 petang di The Exchange TRX.
Biarpun adidas masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi setakat ini, peminat jenama itu sudahpun sakan berkongsi berita gembira itu menerusi media sosial.
Stor adidas yang baru dilancarkan di The Exchange TRX.
Rata-rata daripada mereka tidak teragak-agak menyertai peraduan mudah menerusi pembelian minimum bernilai RM999 dalam resit tunggal untuk merebut peluang bertemu Beckham sendiri.
Pembelian itu perlulah terdiri daripada sekurang-kurangnya satu persalinan bola sepak atau sepasang kasut adidas.
Iyalah, bila lagi kita boleh hadir ke sesi meet & greet istimewa bersama ikon sukan itu, bukan?
Malangnya, peraduan itu telahpun berakhir pada 21 Januari lalu. Namun, REMAJA pasti David Beckham akan membuat kemunculan ringkas di lokasi awam di dalam bangunan The Exchange TRX itu sendiri. Jadi bersiap-sedia menantikan tanggal 1 Februari ini, okay!
Beckham pernah membuat kemunculan di Singapura pada tahun 2023 untuk adidas. Tahun ini tiba giliran Kuala Lumpur pula!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sempena dengan ulang tahun Petronas yang ke-49, rakyat Malaysia yang lahir pada bulan Ogos boleh menebus satu tiket masuk secara percuma untuk melawat ke Menara Berkembar Petronas, sepanjang bulan Merdeka ini.
Untuk penebusan tiket, anda hanya perlu membawa MyKad atau MyKid dan tunjukkan sahaja kepada pekerja di kaunter tiket sebagai bukti anda lahir pada bulan Ogos.
Selain itu, anda juga perlu mengesahkan tarikh dan masa lawatan dengan kakitangan di bahagian kaunter kerana tempahan slot perlu dirujuk mengikut kekosongan.
Terma Dan Syarat
Tawaran ini hanya terbuka untuk warganegara Malaysia yang lahir pada bulan Ogos sahaja.
Tiket tidak boleh ditukar kepada bentuk wang tunai atau mana-mana servis dan produk.
Tiket kemasukan ini hanya sah pada bulan Ogos sahaja berdasarkan ‘First Come, First Serve’.
Tiket kemasukan hanya boleh ditebus secara ‘walk-in’ sahaja.
Tidak boleh menukar tarikh slot dan waktu jika sudah membuat tempahan.
Jadi kepada ‘August babies’ sekalian, jangan lepaskan peluang untuk menikmati pemandangan bandar Kuala Lumpur dari tingkat atas Menara Berkembar Petronas secara percuma ya!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jika ada dalam kalangan korang yang sedang berhajat untuk membeli kereta, kami ada berita baik untuk korang kerana Honda telah memperkenalkan model terbaharu mereka, HR-V (2022) serba baharu dan tempah sudahpun dibuka.
Honda Malaysia telah menerima lebih 20,000 tempahan untuk HR-V serba baharu ini dengan sistem janaan kuasa termaju dan ciri-ciri inovatif. Tempoh menunggu untuk model tersebut ialah 12 bulan, bergantung kepada ketersediaan varian yang dipilih.
Ditawarkan dalam empat varian iaitu S, E, V dan RS (paling premium). Honda Malaysia juga turut mengumumkan senarai harga untuk kesemua varian itu dan berikut adalah harga mengikut varian tidak termasuk insurans.
Terdapat lima pilihan warna, termasuk Ignite Red Metallic (merah), Meteoroid Gray Metallic (kelabu), Platinum White Pearl (putih), Lunar Silver Metallic (perak), Ruse Black Metallic (hitam).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Banyak di antara kita yang sering terlepas pandang tentang pentingnya penggunaan pelindung matahari SPF atau sunblock, kan?
Tapi, sebenarnya, penggunaan sunblock setiap hari, terutamanya...