Dalam kemelut politik yang melanda negara hari ini, Menteri Teknologi, Sains dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK); Yang Berbahagia Khairy Jamaluddin menjadi antara individu pertama yang mengesahkan pemberian surat peletakan jawatan oleh Kabinet kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
ARTIKEL BERKAITAN : Apa Akan Jadi Jika PM Muhyiddin Yassin Letak Jawatan? Ini Yang Remaja Kena Tahu – REMAJA
Menerusi hantaran di Instagram Story, beliau berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana sekali lagi telah memberi kepercayaan untuknya berkhidmat demi negara. Sambil itu, beliau berharap agar Malaysia akan terus makmur dengan izin-Nya selepas ini.
Turut melakukan pengesahan menerusi media sosial ialah Menteri Kanan Luar Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein.
It has been an honour and a privilege to serve our beloved country and her people. May Allah SWT bless us all.
— Hishammuddin Hussein 🇲🇾 (@HishammuddinH2O) August 16, 2021
Terdahulu hari ini, Khairy telah memuat naik dua rakaman video versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi menzahirkan penghargaan beliau kepada rakyat Malaysia serta pihak yang telah membantunya selama memegang mandat.
“Saya mengambil peluang di sini untuk memohon maaf kepada sesiapa yang ada pengalaman buruk dengan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sejak dilancarkan kerajaan.
“Namun, saya berjanji akan terus lagi belajar, menambah baik dan berjuang untuk keadaan lebih sempurna selepas ini,” luah beliau. Sepanjang video tersebut, Khairy, 45 tidak berselindung daripada isu-isu berkaitan PICK selama ia dilangsungkan pada tahun ini.
View this post on Instagram
Persoalannya, apakah nasib program imunisasi Covid-19 kita semua selepas ini?
Khairy memberi jaminan bahawa tugas pengagihan dos vaksin kepada rakyat akan diteruskan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) yang menyasarkan 50 peratus orang dewasa di Malaysia lengkap diberikan dua dos suntikan pada akhir bulan Ogos.
ARTIKEL BERKAITAN : Lelaki Ini Ajar Cara Dapatkan Suntikan Vaksin Semula, Jika Terlepas Temu Janji AstraZeneca – REMAJA
BACA LAGI : Malaysia Terima Lagi 415,000 Dos Vaksin AstraZeneca Sumbangan Dari UK – REMAJA
Beliau turut menyentuh mengenai nasib program imunisasi melibatkan remaja berusia 12 tahun hingga 17 tahun yang akan dimaklumkan pada minggu hadapan.
Selain itu, Institut Perubatan di Kementerian Kesihatan (KKM) juga akan menerbitkan laporan mengenai tahap antibodi individu pasca vaksinasi tidak lama lagi. Ini memandangkan spekulasi penambahan dos vaksin dari dua kepada tiga dos hangat diperkatakan kebelakangan ini setelah beberapa negara melakukannya.