KKM Bakal Beri Kelonggaran SOP Lagi, Bakal Umum Rabu Ini

Share

Adakah ini gembira yang dinantikan oleh rakyat Malaysia?

Malaysia kini berada ke fasa peralihan Endemik bermula 1 April yang lepas, dan terbaru Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka mengumumkan kelonggaran beberapa prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 pada Rabu.

BACA: Enam Item Wajib Ada Bagi Pesakit Covid-19 Yang Kuarantin Di Rumah

Menurut Menterinya, Khairy Jamaludin perancangan KKM itu telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaludin

“Saya sudah maklumkan kepada Perdana Menteri tentang perancangan KKM, nanti hari Rabu saya akan umumkan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka mengumumkan kelonggaran beberapa prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 pada Rabu ini, kata Menterinya Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata perancangan KKM itu telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Saya sudah maklumkan kepada Perdana Menteri tentang perancangan KKM, nanti hari Rabu saya akan umumkan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Perdana Menteri berkata terdapat tiga kelonggaran SOP akan diumum dalam masa terdekat berkaitan pemakaian pelitup muka, penggunaan imbasan MySejahtera serta ujian pengesanan COVID-19 di lapangan terbang.

Alhamdulillah, satu-persatu kelonggaran SOP telah diumumkan seiring dengan negara berstatus Endemik. Raya nanti jangan dilupa SOP yang ditetapkan okay.

ARTIKEL BERKAITAN : Apa Yang Dimaksudkan Dengan Fasa Endemik, Berbeza Daripada Pandemik? – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber : KKM/ Astro Awani

 

Published by
Nana