KKM Batal Pendaftaran Ubat Batuk & Sakit Tekak Popular

Share

Biasanya, bila korang mengalami batuk, tak terus pergi klinik dan hanya dapatkan ubat di farmasi atau kedai serbaneka sebab kalau jumpa doktor pun mesti mereka beri ubat batuk yang kitab oleh dapatkan diluar.

ARTIKEL BERKAITAN : Doktor Ini Kongsi 15 Jenis Ubat Yang Wajib Korang Simpan Di Rumah

Foto Via Pexels

Tapi, awas ye!

Baru-baru ini, KKM  melalui pihak Twitter @health_malaysia telah mendedahkan 14 produk mengandungi pholcodine di Malaysia di mana produk-produk ini telah dibatalkan pendaftaran.

 

Ubat pilihan ramai daripada jenama Difflam juaga tersenarai. Didakwa berkesan menghilangkan sakit tekak dan batuk antara yang membuatkan jenama ini menjadi pilihan.

Antara yang mengejutkan ramai adalah Difflam: Anti-Inflammatory Lozenges With Cough Suppressant juga antara yang turut tersedia. Turut disertakan bersama beberapa produk lain yang dikeluarkan oleh pihak Pharmaniaga, Sunward Pharmaceutical dan sebagainya.

Perkongsian yang dibuat pihak Public Health ini telah mengejutkan ramai sekaligus menerima pelbagai respon di kalangan netizen. Berikut merupakan respon netizen mengenai penyenaraian ubat-ubat popular di pasaran ini.

Alamak, jadi korang hati-hati bila membeli ubat batuk okay? Atau korang guna je bahan semulajadi yang selamat di rumah. Mana tahu berkesan!

BACA LAGI : Tak Sangka! GARAM Rupanya Ubat Penawar Paling Mujarab Bagi Demam, Batuk & Selsema

FOTO VIA : Twitter @health_malaysia


Published by
Nana